MENGINAP 3 HARI 2 MALAM DI NALUYAN JUNGLE LODGE BERI KETENANGAN JIWA DAN EMOSI AKU!

Sis Lin
6
MENGINAP 3 HARI 2 MALAM DI NALUYAN JUNGLE LODGE BERI KETENANGAN JIWA DAN EMOSI AKU!. ADA orang kalau stay atau bermalam di celah hutan dan ceruk kampung, dia akan rasa anxiety dan ketakutan dengan gelapnya malam dan sunyinya suasana, tapi beza dengan Sis, menginap 3 hari 2 malam di Naluyan Jungle Lodge beri ketenangan jiwa dan emosi Sis sepanjang di sana. 

Mungkin kalau yang dah terbiasa dengan suasana kampung akan suka suasana di Naluyan Jungle Lodge ni. Dari mula perjalanan menuju ke sini, jalannya memang agak mencabar dan sangat jauh juga dari bandar, sejauh 9km dari bandar Tenom, so kalau nak ke sini, pastikan bawalah bekalan makan/jajan secukupnya terutama jika ada bawa baby atau kanak-kanak. 

Tapi tak silap Sis, di Cafenya juga ada menjual makanan ringan dan minuman jika memerlukan. 

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Para pengamal media dari Johor, Penang dan Brunei

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Ruang makan dan juga atasnya ada bilik dan Game Room

Ketika Sis ikuti program FAmediatrip ke Sabah baru ni selama 5 hari 4 malam, salah satu tempat penginapan kami adalah di Naluyan Jungle Logde ni. Kami bermalam selama 2 malam. Kedatangan kami pengamal media dari Penang, Johor dan Penang di sambut dengan begitu beradat. Teruja sekejap melihat kecantikan para penari dengan pakaian tradisonal mereka dan di persembahkan juga tarian kaum Dusun dan aktiviti menyumpit sebagai menyambut kedatangan kami. 

Bukan itu sahaja, kami juga di sediakan dengan hidangan buah-buahan dan menu-menu makan malam yang sangat lazat. Sampai memang lapar, so apalagi memang terus makan laa jawabnya hehehe.. dua malam kami di sini, memang hidangan makan malam dan sarapan pagi mereka sangat memuaskan selera kami. 

Dan yang penting, setiap pagi dan malam, kopi O Tenom pasti tidak ketinggalan. Bercawan-cawan Sis hirup, nasib baik tidur malam pun lena. 

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Di sambut meriah sekali 

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
2 malam di sajikan dengan hidangan buffet yang sangat sedap

Untuk pengetahuan penting bagi korang, di sini line internet memang takde yaa, mendatar terus signal hahahaa... tapi, yang bestnya di sini ada di sediakan WiFii kelajuan yang sangat puashati laa, boleh laa korang still connection dengan media sosial korang. Ye laa, kang takde internet, beku pulak korang kann hahahaha.. 

Penginapan 3 hari 2 malam Sis di sini, Sis di tempatkan di bilik 'Papaya'.. hahahaha yerr nama bilik-bilik di sini semua nama buah-buahan. Dan terdapat juga chalet yang di jadikan sebagai Spa kecantikkan. Jangan ingat penginapan dalam hutan gini takde servis kecantikkan yaa.. kata nak relax-relax kan, mestilah ada. 

BUkan itu aja, di ruang atas Cafe juga, ada di sediakan aktivit permainan Snooker dan juga Karaoke. Bolehlah kalau dah terminum kopi banyak, tak b0oleh tidur, boleh lepak-lepak sambil buat aktiviti suka-suka. Haa jom tengok bilik Sis.. 

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Game Room 

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Depan bilik Sis, bilik Papaya

Bilk Papaya ni menepatkan 2 katil Queen dan boleh menempatkan seramai 4 orang jika berbadan kecil sederhana. Biliknya juga semuanya berasaskan kayu kayan dari hutan yaa. Mengikut kata pemilik Naluyan Jungle Resort ni, mereka menyiapkan semuanya ketika kita berada dalam fasa PKP. 

Dan dalam masa struggle dengan keadaan ekonomi negara ketika itu, mereka bekerja keras untuk menyiapkannya dan akhirnya di buka sepenuhnya pada bulan March 2023 baru ni. Dan terdapat 7 buah bilik di sini. Antaranya ; Bilik Papaya, Bilik Pamelo, Bilik Avocado, Bilik Tarap, Bilik Langsat, Bilik Durian dan juga satu bilik di mana di jadikan Spa iaitu Tenom Beauty Spa. 

Dan antara bilik-bilik tu, bilik Durian dan Pamelo yang paling besar yang boleh menenpatkan seramai 8 orang dalam satru bilik. 

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
2 Queen Bed, boleh menempatkan 4 orang, tapi Sis berdua aja dengan Yaya.

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Toilet yang bersih dan mesra OKU ..

Antara kemudahan bilik yang di sediakan sepanjang Sis stay di bilik Papaya sini adalah ; 
> Free Wifi
> BBQ Kitchen
> Aircond
> Fan
> Water Heater
> Hair Dryer
> Dining Table Set
> Cooking Facilities

Untuk dapur BBQ tu, mereka ada di sediakan di luar bilik beserta kelengkapan memasak termasuk, kuali, periuk, pinggan mangkuk cawan dan segalanya termasuk sinki juga. So kalau korang datang nak memasak dan BBQ, bawa aja bahan basah, lelain semua tersedia. 

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Siap ada BBQ Kitchen di luar bilik di setiap semua bilik

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Lengkap dengan segala peralatan

Bagi mereka yang memang cintakan keindahan tumbuhan hijau, memang sesuailah stay sini. Sis memang teramat sangat suka tempat ni, tenang, nyaman dan takde nak fikir kesesakan bandar laa. Bunyi burung berkicau, air terjun dan juga kabus tebal di pagi hari dan petang menjelang malam sangat mendamaikan jiwa. 

Sebab itu ramai trip luar bandar dan setempat datang ke sini menginap. Harga yang di tawarkan juga tidak terlalu mahal, range harga bermula dari RM488 hingga RM788 sangat-sangat berbaloi dengan apa yang korang akan rasakan di sini. Servis bagus dan staff semua sangat mesra. 

Di sini tiada swimming pool tapi mereka ada air terjun hehehe.. 

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Waterfalls yang sangat bersih.. air dari gunung katanya..

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Kabus tebal di pagi hari dan senja.

Walaupun tak kesampaian Sis nak bermandi manda di situ, tapi dapat rasakan keindahan alam semulajsdi di sini. Waktu pagi kalau keluar sekitar jam 6am, kabus tebal di sini, sejuk dia jangan cakaplah, sampai Sis dan Yaya pun tidur hanya kipas aja, ekon bukak sekejap then tutup, sejukk uii.. 

Nasib baik bilik air ada heater, so yang takut sejuk tu jangan risau, boleh mandi air panas yaa.. Jika korang menginap di sini, sarapan pagi juga di sediakan. Ada menu ringan dan juga menu berat, contoh, roti bakar atau Nasi Lemak, Mee Goreng dan juga goreng-gorengan. 

Yang bestnya kann, di sini menggunakan air bersih semulajadi, dan di bilk juga di sediakan air mineral Spritzer hokayyyy.. Sis memang balun minum berbotol-botol hahahaha.. Habis aja, nanti room servis akan topup lagi.. so minum sebanyak boleh, malam membeserr hahahaha.. 

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Kenangan malam terakhir kami makan malam bersama penyanyi Hariss Baba .. 

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Naluyan Jungle Lodge Beri Ketenangan Jiwa Dan Emosi Aku!
Pakej bilik yang tersedia

So untuk korang yang nak ke Sabah, jika inginkan penginapan yang menjanjikan ketenangan dan jauh dari ceruk piruk bandar, bolehlah menginap di sini okayy. Sis rekemen sangat untuk korang merasai pengalaman menginap di Naluyan Jungle Lodge ni. 

Highlights : 
  • A family-friendly lodge nestled in Tenom rainforest with stunning views of the Crocker Range
  • Relax in cosy and rustic wooden chalets with outdoor cooking facilities
  • Unwind in a natural swimming pool and waterfall sourced from a nearby river
  • Enhance the serenity with a cooling ambiance embraced by lush rainforest and gently flowing river

Overview Of Naluyan Jungle Lodge
Naluyan Jungle Lodge, nestled in the tranquil Tenom area and embraced by the awe-inspiring Crocker Mountain range, offers you an opportunity to completely immerse yourself in the captivating natural environment. This resort is located in Kampung Mantailang and is approximately 9 kilometers from Tenom Town (via the Tenom-Keningau road), taking less than 15 minutes to reach the location. This nature-centric lodge offers a revitalising retreat, featuring a swimming pool sourced from the nearby river. It's primarily designed for unwinding in a natural setting via Sabah Travel

Naluyan Jungle Lodge 
Jalan Sk. Mantailang, Kampung Naluyan Ulu 2, 
(LIGS, 89908 Tenom, Sabah

☎️ 087-733328
📞 0178989737
🖨️ naluyanjunglelodge27@gmail.com
📲 0178989737


P/S : Rindu masakan dan menu Sabah.. memang Sis banyak makan menu sayur kampung mereka, sedap.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Teringin betul nak ke Sabah tak sampai2 lagi. Ni seronok berhealing tgk alam semulajadi je ke sana.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Aien.. kat Sabah ni banyak kehijauan, so kalau menginap di sini, memang mendamaikan...

      حذف
  2. perghh... jelesnya saiyaaa.... hahaha... tapi macam saya, saya pun suka suasana yang aman damai, takde bunyi kereta lalu lalang, takde asap. Rasa fesh sangat kat tempat macam ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Yan, memang tenang kalau stay tempat gini, memalam sunyi sepi aja..

      حذف
  3. Come betul nama biliknya ek...Menarik! Suka la nature camni, bilik pun nampak selesa jer ♥️

    ردحذف
    الردود
    1. Kann, nama buah-buahan.. tempatnya tenang Nona.. best sangat

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!