PELBAGAI AKTIVITI BOLEH DI LAKUKAN APABILA KORANG MENGINAP DI TANDARASON RESORT & COUNTRY CLUB (TRCC)

Sis Lin
4
PELBAGAI AKTIVITI BOLEH DI LAKUKAN APABILA KORANG MENGINAP DI TANDARASON RESORT & COUNTRY CLUB (TRCC) bersama keluarga dan juga kengkawan. Jika korang ke Sabah, samaada bercuti bersama keluarga atau mungkin Team Building syarikat korang bekerja, atau memang mencari tempat penginapan yang boleh melakukan pelbagai aktivit, di sinilah tempatnya. 

TRCC merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Tambunan, lebih kurang 13 km dari Pekan Tambunan. Sis berkesempatan dan berpeluang menginap di sini selama 3 hari 2 malam ketika mengitu trip FAMediatrip ke Sabah baru-baru ni. 

Selepas aja kami check-out dari Naluyan Jungle Lodge, kami check-in pula di TRCC ni. Tandarason Resort & Country Club (TRCC) merupakan salah satu tempat menarik di Tambunan yang boleh dikunjungi penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Negeri Sabah terutamanya ke daerah Tambunan. 

Baca Juga : 
Pelbagai Aktiviti Boleh Di Lakukan Apabila Korang Menginap Di Tandarason Resort & Country Club (TRCC)

Pelbagai Aktiviti Boleh Di Lakukan Apabila Korang Menginap Di Tandarason Resort & Country Club (TRCC)

Pelbagai Aktiviti Boleh Di Lakukan Apabila Korang Menginap Di Tandarason Resort & Country Club (TRCC)

Resort ini terletak di Tambunan iaitu lebih kurang 13 km atau kira-kira 20 minit perjalanan dari Pekan Tambunan melalui Jalan Nouduh atau Jalan Keningau dan lebih kurang 85 km atau kira-kira 1 jam 50 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Tandarason ialah sebuah resort yang menawarkan pelbagai aktiviti, penginapan serta tapak penginapan untuk para pengunjung yang datang. 

Resort ini juga merupakan antara tempat rekreasi yang menjadi pilihan orang ramai terutama sekali penduduk disekitar daerah Tambunan untuk datang beriadah atau melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga, rakan-rakan ataupun dengan rombongan sekolah ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau cuti hujung minggu.

Sis agak terkilan juga sebab tidak dapat explore keseluruhan tempat ini. Maklumlah jadual kami padat, malam balik jerr terus tidur, pagi pulak nak bangun awal pagi sangatm, rasa letih, so mana yang sempat ajalah Sis dapat jalan-jalan sekitar situ dan bergambar. Memang cantik tempatnya. Pagi-pagi keindahannya terselah bila lihat kabus dan ternampak juga gunung Kota Kinabalu dari bilik Sis. 

Pelbagai Aktiviti Boleh Di Lakukan Apabila Korang Menginap Di Tandarason Resort & Country Club (TRCC)

Pelbagai Aktiviti Boleh Di Lakukan Apabila Korang Menginap Di Tandarason Resort & Country Club (TRCC)

Bagi korang yang mencari tempat bercuti sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik, tempat ini adalah antara yang sesuai untuk korang kunjungi. Dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini, jadi tidaklah percutian korang nanti kosong dan sudah pasti anak-anak pun akan gembira apabila di bawa ke tempat ini untuk beriadah, berkelah atau bermain di taman tema air dan lain-lain lagi. 

Korang juga boleh datang bersama kengkawan sama ada rakan sekerja atau rakan sekolah bersama guru untuk melakukan aktiviti seperti perkhemahan, meredah hutan, mendaki dan sebagainya pada musim cuti. Dengan harga yang berpatutan, tidak hairanlah tempat ini selalu dipenuhi oleh para pengunjung yang datang bersama keluarga atau kengkawan untuk mengisi masa terluang sambil berhibut dengan aktiviti yang dilakukan di sini. 

Kalau yang datang jauh dari luar daerah Tambunan bolehlah menyewa penginapan di sini atau boleh beramai-ramai berkhemah dan BBQ. Dengan adanya pilihan sama ada mahu bermalam di penginapan atau berkhemah di tapak perkhemahan yang telah disediakan, ini membolehkan korang yang tidak biasa tidur di dalam khemah boleh untuk sewa penginapan yang ada seperti chalet atau villa. 

Pelbagai Aktiviti Boleh Di Lakukan Apabila Korang Menginap Di Tandarason Resort & Country Club (TRCC)

Pelbagai Aktiviti Boleh Di Lakukan Apabila Korang Menginap Di Tandarason Resort & Country Club (TRCC)

Pelbagai Aktiviti Boleh Di Lakukan Apabila Korang Menginap Di Tandarason Resort & Country Club (TRCC)

Bagi yang biasa tidur di dalam khemah, sudah pasti ini akan menyeronokkan percutian korang berkhemah bersama kengkawan  atau keluarga sambil melihat keindahan suasana pada waktu malam yang disinari dengan cahaya bulan dan bintang. Kalau korang tidak ada khemah bolehlah sewa khemah dari pihak pengurusan resort ini tetapi sebaiknya korang membuat pertanyaan atau tempahan lebih awal agar pihak di sini dapat menyediakan perlatan yang anda perlukan. 

Walaupun mungkin tempat ini jauh iaitu terletak di Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Tanbunan, namun pengunjung yang datang ke sini pasti akan merasa teruja dan berbaloi apabila telah berada di sini dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Antaranya ; 

  • 01. Taman tema air
  • 02. Berkelah
  • 03. Beriadah 
  • 04. Berkhemah
  • 05. Barbeque
  • 06. Sukaneka
  • 07. Hari keluarga
  • 08. Pendidikan
  • 09. Kerja berkumpulan
  • 10. Kem motivasi 
  • 11. Bargambar
  • 12. Meredah hutan
  • 13. Permainan tradisional
  • 14. Zipline
  • 15. Mendaki
  • 16. Jalan waktu malam
  • 17. Berkayak
  • 18. Lain-lain lagi

Juga terdapat banyak kemudahan yang di sediakan di sini, antaranya ; 

  • 01. Penginapan 
  • 02. Tempat beriadah
  • 03. Tapak perkhemahan
  • 04. Dapur gas mudah alih
  • 05. Set barbeque
  • 06. Pondok rehat
  • 07. Tandas lelaki 
  • 08. Tandas perempuan
  • 09. Dewan serbaguna
  • 10. Tempat letak kereta
  • 11. Bilik mandi lelaki
  • 12. Bilik mandi perempuan
  • 13. Kanopi 
  • 14. Katil tidur
  • 15. Buaian 
  • 16. Khemah (sewa)
  • 17. Kolam renang
  • 18. Restoran/Kafe

Pelbagai Aktiviti Boleh Di Lakukan Apabila Korang Menginap Di Tandarason Resort & Country Club (TRCC)
Pelbagai Aktiviti Boleh Di Lakukan Apabila Korang Menginap Di Tandarason Resort & Country Club (TRCC)

Apabila korang berada di sini, sentiasa patuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Tandarason Resort untuk keselamatan dan kebaikan korang. Sentiasa berhati-hati apabila mandi di kolam atau taman tema air terutama sekali jika untuk anak-anak yang masih kecil sebab keselamatan mereka adalah tanggungjawab korang. 

Jangan membuang sampah merata-rata tempat apabila berada di dalam kawasan ini agar tempat ini sentiasa bersih dan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang. Buat tempahan awal jika ingin ke sini jadi bolehlah pihak pengurusan Tandarason ini menyediakan lebih awal segala keperluan yang patut.

Jaga alam sekitar agar ianya terpelihara. Dan jika perlu, bawa ubat nyamuk sebagai langkah mencegah. Tapi so far Sis tidur di sini, okay jer, tak nampak pulak nyamuknya. Sarapan pagi juga di sediakan. So kalau korang nak ke sini, boleh hubungi nombor di bawah ini ya.. 

Tandarason Resort & Country Club (TRCC)
W.D.T 24, 89650, Tambunan,
Sabah, Malaysia.

Telefon : 087-774 076
Telefon : 013-891 0175 
Website : Fb Tandarason

Waktu operasi :
Isnin - Sabtu 
Ahad TUTUP
Dari jam 9 pagi - 7 petang


P/S : Terbayang-bayang anak 126 anak tangga kami daki untuk naik ke bilik kami hahahahaha..

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!