PUSAT KRAFTANGAN SABAH BANTU RAMAI USAHAWAN MUDA BERJAYA

Sis Lin
0
PUSAT KRAFTANGAN SABAH BANTU RAMAI USAHAWAN MUDA BERJAYA menjana pendapatan untuk menyara hidup hasil kraftangan sendiri. Teruja Sis dan pengamal media lain apabila mendengar cerita dari penyelia Pusat Kraftangan Sabah (PKS) yang mengatakan, dari hasil pembelajaran kursus di PKS ini, ramai anak muda berjaya menjadi usahawan muda dengan menjual hasil kerja tangan mereka. 

Dari tidak ada satu pun pengalaman, mereka mengikuti kursus yang di sediakan, dan mempelajari semua pembuatan kraftangan, dan akhirnya mereka sedia menerima tempahan dan membuatnya sendiri serta menjualnya. Ada yang sudah pun mempunyai kedai kraftangan sendiri juga. Hebatkan?.

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Pembinaan kompleks PKS yang menelan kos RM30 juta itu dilihat bertepatan kerana Sabah merupakan antara pengeluar utama pelbagai barangan kraftangan yang unik dan cantik. Inisiatif pembinaan PKS merupakan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah untuk melihat penduduk di luar bandar mencapai satu taraf pendapatan yang membanggakan sekali gus keluar daripada belenggu kemiskinan.

PKS bukan sahaja bertindak sebagai pusat pengumpulan barangan kraftangan, malah ia juga menyediakan latihan dan kursus kepada orang ramai yang ingin menceburi bidang tersebut. Selain menjadi pusat latihan dan pemasaran hasil kraf tangan, PKS juga menjadi daya tarikan baru pelancongan di kawasan pedalaman selain keindahan alam semulajadi dan kekayaan tradisi.

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Kunjungan Sis dan pengamal media ke PKS ini memberi satu pengalaman yang cukup berharga, di mana kami boleh lihat sendiri depan mata secara 'live' pembuatan kraftangan oleh pekerja-pekerja juga pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus di sni. 

Antaranya, pembuatan Batik, mencetak, mencanting, yang mana dari buatan menggunakan tangan hinggalah era terkini menggunakan mesin. Sis yang pertama kali melihatnya pun teruja, begitu canggih yaa dunia teknologi sekarang. Juga kami dapat lihat sendiri dan mencuba sendiri pembuatan membuat bakul menggunakan rotan. Dari mula di proses hinggalah siap. 

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Selain itu juga ada juga kelas jahitan kraftangan seperti baju kaftan, songket, sutera, batik, tudung, scarf dan juga hasil kraf bag tangan. Memang banyak sangat.. termasuk juga pembuatan kerusi meja dari kayu dan rotan dan juga pembuatan fridge magnet. Semuanya korang boleh saksikan sendiri cara pembuatannya di sini. 

Sejak penubuhan PKS telah memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi di Keningau dan kawasan sekitarnya. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pembangunan industri kraftangan tempatan, ia juga telah melonjakkan Sabah sebagai destinasi pelancongan terkemuka di negara ini.

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Pusat Kraftangan Sabah Bantu Ramai Usahawan Muda Berjaya

Dibina bagi menjadi pusat pembangunan kraf tangan warisan etnik negeri Sabah, PKS juga berfungsi sebagai pusat pengumpulan, latihan, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan industri kraf tangan negara.

So bagi korang yang datang ke Sabah, singgahlah di Keningau dan lawati Pusat Kraftangan Sabah ini dan rasai pengalaman dalam pembuatan kraftangan mereka. Korang juga boleh membeli belah di pusat galeri jualan souvenior mereka dengan harga berpatutan. Juga mereka sedia menerima tempahan untuk segala pembuatan kraftangan. 

Pusat Kraftangan Sabah (PKS)
Alamat :  89000 Keningau, Sabah
(waze aja kalau hendak ke sini)

 Di buka dari jam 8am hingga 5pm
Sabtu & Ahad TUTUP

Phone: 087-332 186


P/S : Geram tengok batik-batik yang di jual, pakkal je laa tahan nafsu, kalau tak memang dah borong hahahaha.. 

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!