RASA PUASHATI MAKAN AUSTRALIAN LAMB RACK DI WAN LI CHINESE RESTAURANT at Renaissance Johor Bahru Hotel. Selama harini, kalau nak makan dan terasa nak makan Lamb Rack ni, tak tau kat mana, paling tak di Tony Romas, tapi tak banyak pilihan, tapi di Wan Li Chinese Restaurant ni, korang boleh merasa lebih dari satu pilihan rasa.
Yaa di sini ada 7 pilihan rasa masakan yang boleh korang cuba. Masa Sis berpeluang untuk mencubanya, Sis di hidangkan dengan 3 pilihan rasa antaranya ; Almond Coffee Sauce, Spicy Cumin Stir Fry dan Honey Garlic BBQ Sauce.
Spicy Cumin Stir Fry |
Honey Garlic BBQ Sauce |
Almond Coffee Sauce |
Nampak memang semuanya sedap, walau Sis ni coffee lover, tapi bagi Sis macam lain macam pulak bila makan daging rasa kopi hahahahaha.. so pilihan Sis adalah Spicy Cumin Stir Fry tu.. sedap, rasa pedas-pedasnya sangat membuatkan lamb rack tu sedap di mulut.
Ikutlah tekak memasing kann, kalau tanya kawan Sis, dia lebih suka rasa Almond Coffee Sauce tu, dan sorang lagi suka Honey Garlic BBQ Sauce tu.. tekak lelain kann, so bila ada banyak pilihan macam ni, korang bolehlah pilih yang mana lebih korang suka.
Sis syorkan korang datang 3 atau 4 orang, so boleh pilih dalam pelbagai rasa, dapatlah makan bersama sharing dengan pelbagai pilihan, berbaloilah kann makan semeja. Kalau datang sorang-sorang, kalau jenis korang boleh makan lebih sepinggan, haa orderlah dua tiga rasa..
Sepinggan Australian Lamb Rack tu, di hidangkan dengan 3 ketul lamb rack. Size pulak random size, takde pilih kiraan sekilo ke apa ke, sama jerr semua dalam sepinggan tu ada 3 ketul .
Puashati sangat, dagingnya juicy, lembut dan pilihan masakan yang Sis rasa tu kena dengan selera! (Gigit sampai ke tulang!) .. Korang cubalah, promosi Australian Lamb Rack ni akan terhidang sehingga hujung Disember. Setiap hidangan boleh makan antara 2/3 orang (3 ketul lamb rack dalam setiap hidangan).
Australian Lamb Rack
🗓 Everyday
🕰️ 11:00am to 3:00pm
🏷 RM148 nett per/serving
Lebih banyak gambar di : Facebook Aku Sis Lin
P/S : Bulan ni terlalu banyak Sis makan daging, ini kalau pi medical bulan depan ni, kompom sangkut (warded) hahahahaha..
Kalau x fikir bad cholestrol ni naik...minggu depan nak pergi makan kat sana..hahahaha
ReplyDeleteOooo kolestrol jahat tinggi yaaa SA, kena kontrol dulu laa.. next kalau datang Jb bgtau, kita boleh pergi sesama..
Delete