SAMBUT HARI JADI ANAK DAN BAWA CUCU KE AQUARIA KLCC. Cerita hari jadi sendiri belum di tulis, tapi nak up dulu sebagai kenangan di blog sendiri ketika Sis dan Suami juga anak dan menantu bersama cucu ke Kuala Lumpur untuk hadir menyantuni majlis perkahwinan anak saudara Suami dan bersekali menyambut hari lahir anak sulung Sis, Kakak.
Hari jadi anak Sis tu pada 2 November, tapi Sis tak dapatlah turun pada tarikh tersebut. Kebetulan dapat jemputan perkahwinan tu pada 5 November, so dah sepakat semua nak turun ke KL, makanya plan laa sekali untuk sambut hari jadi Kakak sesampainya di KL.
Sejak anak dah duduk di rumah sewa sendiri, so kalau datang ke KL, kami stay bermalam aja di rumahnya. Walau tidaklah besar dan hanya 2 bilik, tapi cukuplah sekadar nak tidur aja kann, lagi meriah dapat berkumpul bersama-sama, sembang dan jimat masa dan duit juga hehehe..
Sampai di Kl agak lewat sebab jem, anak Sis dah pesan terus aja ke Paradigm Mall dan makan di Restoran Serai. Lagipun dekat dengan rumahnya aja. So Sis bersama Suami tumoang naik sekereta aja dengan Yana dan menantu, so terus aja ke Paradigm Mall. Senang satu kete, tak payah nak memasing tunggu dia, dia tunggu dia kannn..
Di sebabkan kami sampai dulu di Restoran Serai tu, Sis pun siap pergi ke kaunter dan tanya ada tak kek birthday dan nyanyian lagu birthday ke meja, then katanya ada, so apalagi, Sis terus aja booking dan beli sepotong kek untuk surprise Kakak. Alhamdulilah berjaya hahahaha..
Happy Birthday Kakak, Mak dan semua family doakan moga segala impian Kakak tercapai dan Kakak peroleh kejayaan yang Kakak impikan. Dan kebahagiaan sentiasa Allah limpahkan kepada Kakak selamanya, inshaallah, aamiinn ..
Esoknya pepagi dah bersiap nak ke majlis perkahwinan anak saudara Suami di Klang. Pergi awal, sampai awal, so orang tak berapa ramai, tapi... makk aii sesaknyaa... maklumlah bila sandingkan dua orang anak, maka jemputannya mesti jadi berganda dan sudah pastilah tetamu memang ramai.
Kitaorang tak lama laa duduk sembang, sebab anak Sis,Yana mengajak ke Aquaria KLCC bawa anaknya, Suami okay aja, so kena beredar awal sebab hari yang sama juga kami nak balik ke Johor. Esoknya Isnin anak menantu pun kerja, Suami pulak nak ke KL katanya 'ada kerja'... kononnnn ...
Ini kali kedua Sis ke Aquaria KLCC, dulu pergi masa anak bujang sekolah rendah dan bawa arwah Emak Sis, lamaa dah kann.. so kali ni agak teruja sebab bawa Cucu pulak, paling teruja Datuknya laaa hahahahaha.. alhamdulilah Khalish good boy sangat, tak banyak ragam bawa berjalan..
Berapakah harga tiket masuk Aquaria KLCC untuk tahun 2023?
Harga tiket masuk berbeza-beza mengikut kategori pengunjung dan hari. Untuk warganegara, harga tiket pada hari biasa adalah RM52 untuk dewasa dan RM42 untuk kanak-kanak; pada hujung minggu dan cuti, harga adalah RM55 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak.
P/S Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan.. jauhkanlah kami dari mereka-mereka yang cuba meragut kebahagiaan kami dan Engkau binasakanlah mereka yang ingin mengambil hak kami.. aamiinnn..
Selamat hari lahir, Kakak. Semoga Allah swt makbulkan cita² kakak ya, Aminnnn YRA.
ردحذفAaamiinn, makaseh Kakk.. nanti Lin sampaikan kepada Kakak..
حذفHappy belated birthday Naz! Semoga bahagia selalu di samping suami. Wah, seronok la si Khalish tengok ikan dekat Aquaria ye. Mesti dia pelik kenapa ikan berenang atas kepala haha
ردحذفAaamiinn, makaseh Karni.. sudah di sampaikan pada Kakak..
حذفTeruja cucu nengok ikan-ikan semua hahahaha
Happy Belated Birthday to your daughter! Semoga Allah kurniakan kebahagiaan, kejayaan Dan kesejahteraan buat dirinya..Aamin ya Rabb!
ردحذفThanks Nona.. aamiinn.. sudah Sis sampaikan ucapan dan doamu...
حذف