SAMBUT HARI LAHIR SEMINGGU AWAL BERSAMA GENG SETAMAN aka jiran lama Sis yang dulu sama-sama jadi geng tunggu menghantar anak sekolah. Yaa anak-anak kami semua membesar sama-sama, bermula anak Sis, kakak darjah 6 di Sekolah Rendah Taman Bukit Indah dan anak bujang ketika itu baru berusia 7tahun, Yana pulak darjah 4 ketika Suami mula membeli rumah dan berpindah ke Taman Bukit Indah.
Bayangkanlah kann betapa lamanya persahabatan kami semua hingga kini. Perang mulut ke cakap belakang ke, tu jangan cakaplah, tak orang tak kita juga, kalau kita boleh cakap orang lain, tak mustahil, orang pun cakap hal kita, so kenalah pandai jaga hati dan perasaan walau sama-sama pun ada mengata hahahaha..
Bab berkawan ni, pandailah bawa diri, jangan mudah kecik hati dan jangan mudah nak melenting, kalau benda tu semua tak boleh control, memang tak lama laaa berkawan tu.. setuju tak?..
Plan makan tengahari Jumaat lepas di Suasana Suites Hotel ni semuanya plan Sis. Sebab ternampak promosi Syiok Lunch ni hanya Rm12.90 sahaja beserta minuman. Memang sangat berbaloi laa untuk kami Mak-mak yang ratanya tidak bekerja dan tidak berapa kuat makan (ye ke?) hahahaha..
Kalau tak cukup sepinggan pun, tambah satu set lagi, kira-kira tak sampai jugalah harga mahal beno kann.. still boleh beli dan makan. Nak makan buffet kang, bukannya makan sangat punn.. banyak gelak, borak, dan bergambar jer lebih.. gitu laa kami dari dulu sampai sekarang ..
Pemenang Best Dress |
Waktu perjumpaan dan makan tengahari jam 12pm, so kitaorang memang dah pesan, jangan datang lambat sebab tempatnya waktu terhad. Nasib baik memasing datang tepat masanya kecuali Milah dan Lynn Lone yang paling last sampai, sampai kami habis makan baru dia menjelma hahahaha.. tapi takpe, janji datang.
Patutnya semuanya ada 15 orang, tapi 2 orang last minit cancel, so yang ON hanya 13 orang, pun dah macam doploh orang riuhnya.. bertambah riuh bila tiba acara tukar-tukar hadiah suka sama suka. Ya rabbi, ada siap yang tak redha dapat hadiah orang lain yang dia tak suka hahahahaha sabo je haku ekkk.. memasing punya perangai, semua dah sedia maklum, so tak payah nak kecik hati.. memang tak hajak lagi kang hahahahaha..
Ada juga hadiah untuk BEST DRESS sesuka yang kami buat. Hadiahnya 'Pekej Bulan Madu' bak kata Johara selaku bab penyediaan hadiah hahahahaha.. ngekek gelakk sengsorang kat rumah bila memasing up hadiah memasing yang mereka dapat.. tak boleh blah betullah hahahahaha..
Apa-apa pun memang semuanya sporting habis laa.. bab gambar jangan cakaplah, muntah hijo bila tengok gambar yang mereka share dalam group.. tapi sangat cantik semua dengan tema color Hitam Merah kali ni.. tak caya pulak antara kami ni dah ada yang bercucu dan dah cecah 50tahun pun.. masih kekal mantop montok muda lagi kannn hehehehe..
Terima kasih buat Suasana Suites Hotel yang menyediakan set Syiok Lunch yang sungguh awesome ini dan juga untuk dekorasi meja yang 'kayangan' tu.. juga buat staff yang melayan karenah kami, thank you so much..
Buat Geng Setaman Setia (GSS), terima kasih untuk hadiah telekung dan bouquet coklat juga hadiah-hadiah dari semua sempena harijadi Sis tahun ini. Moga yang baik-baik aja buat kita semua dan semoga kita sihat dan akan bertemu di hari Sukaneka GSS tidak lama lagi yehaaaa...
P/S : Agak-agak apa hadiah dari Suami ek.. tapi dah minta sesiap kakakakakah #adaakukesah!
alamakk 19hb nk dekat dahhhhh
ردحذفHahahaha janji kau ingat date tu je dah cukup istimewa buat aku Ret.. jangan susah-susah tau ...
حذفDikelilingi dgn kawan² sekepala mmg happening la sis kan...
ردحذفCantik sangattttt choc bouquet tu sis...
Alhamdulilah PH.. memang banyak kawan Lin ni, syukur semuanya kawan yang memperingatkan syurga..
حذفhappy birthday in advanced sistur!
ردحذفThank you sisturr!!
حذفTak sabar nak tengok hadiah dari encik somi tu 🤭
ردحذفHahahahaha kalaulah ikut arahan, kalau tak, kita tunggu apa gantinya hahahaha
حذفHappy birthday in advance sis lin.
ردحذفTerima kasih Yan ...
حذف