Kena jenis hidung yang cerewet, ada jerr bau yang tak menyenangkan kan, padahal jenis wangian atau haruman tu dah terbiasa orang guna, tapi sebab memasing punya deria bau berbeza, so memanglah tak sama dengan apa yang orang lain bau. Tak payah siapa, Suami Sis sendiri pun cerewet. Kita kata wangi, dia kata tak, dia kata wangi, hidung Sis pulak pening bau.. kadang jadi gaduh mulut gak bila mencari pewangi rumah atau pewangi kereta.
Selain aspek-aspek seperti keselesaan, kebersihan dan persekitaran, bauan juga turut berperanan besar dalam mentransformasi sesebuah kediaman menjadi sebuah syurga yang dilimpahi dengan keselesaan, menjadikan suasana kediaman lebih nyaman.
Sebab itu, tidak hairanlah jika sesebuah kediaman yang diharumkan dengan keharuman wangian mewah itu pasti akan menerbitkan keinginan yang menebal dalam diri seseorang untuk segera pulang ke ruangan peribadi mereka untuk menikmati suasana yang nyaman, santai dan mendamaikan.
Tapi sejak Sis mula menggunakan dan jatuh cinta pandang pertama dengan haruman Scentify dari Echanteur ni, memang dah tak tukar lain dah, sebab Sis dan Suami serasi dengan haruman dari jenama Scentify ni. Baik harumah rumah atau penyegar kereta.
Berbekalkan kepakaran serta pengalaman dalam penghasilan haruman mewah selama lebih dari 30 tahun, Enchanteur telah mengorak langkah dengan melebarkan sayap rangkaian produknya menerusi penghasilan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY yang diserikan dengan beraneka haruman premium yang turut digunakan dalam penghasilan wangian mewah.
Dengan paduan kecanggihan teknologi penyahbauan OdorForce™ yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya bersama adunan haruman dan minyak pati seperti Lavender, Kayu Cedar, Kasturi, Pic dan Raspberry, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY menyegarkan persekitaran ruangan peribadi korang, disamping memberikan keharuman dengan dua kali ketahanan berjangkamasa panjang.
Eau de Fabric |
Selain itu, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY juga diformulasikan agar bersesuaian dengan keperluan serta gaya hidup para pengguna di Malaysia. Enchanteur telah mengadun pelbagai bauan premium lalu menciptakan beberapa haruman unik dan bekerjasama bersama para saintis Wipro Unza untuk memformulasikan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan berharuman premium yang berkesan untuk menyahbau bauan yang kurang enak disamping mengharumkan ruangan peribadi dan kenderaan korang dengan keharuman wangian mewah yang dapat bertahan lebih lama sepanjang hari.
Ianya hadir dalam dua format – Eau de Fabric dan Eau de Car – SCENTIFY yang memberikan kediaman serta kenderaan korang sebuah simfoni haruman pada tahap yang lebih tinggi menerusi adunan bauan mewah yang menyengat, kaya dengan bau-bauan yang terbit dari buah-buahan, kayu -kayuan dan Kasturi, dan semuanya di adun secara eksklusif oleh pakar penghasilan wangian Enchanteur.
Spray di ruang tamu seperti langsir dan fabric kerusi, wangi seharian |
Juga semburan di cadar dan juga ruang bilik |
Paling suka, guna di dapur selepas memasak, memang wangi dan bau bersih |
Dipakej di dalam botol penyembur yang sangat mudah untuk digunakan, rangkaian semburan penyegar fabrik SCENTIFY Eau de Fabric amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti perabot, langsir, tilam, serta pelbagai jenis permukaan yang lain.
Di samping itu, ia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99% kuman dan bakteria.
SCENTIFY Eau de Fabric Sparkling Fruité 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)
- Memberikan keharuman yang menyamankan pada ruangan peribadi korang, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Sparkling Fruité ini di adun dengan bau-bauan yang diperoleh daripada kesegaran buah buahan seperti Pic, Raspberry dan kehalusan bunga-bungaan putih.
SCENTIFY Eau de Fabric Magical Clouds 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)
- Di adun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mendamaikan, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Magical Clouds menjadikan suasana di persekitaran serta deria korang lebih tenang dan nyaman dengan paduan magis bau-bauan yang menggoda deria bau anda seperti Lily of the Valley, Kasturi and Kayu Gaharu.
SCENTIFY Eau de Fabric Floral Symphony 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)
- Menampilkan gabungan haruman Lavender bersama bau-bauan ringan, Semburan Penyegar Fabrik SCENTIFY Floral Symphony, seindah dan sesegar namanya, dicipta untuk mewujudkan sensasi seolah olah korang sedang berada di sebuah taman bunga yang indah di saat bermulanya musim bunga dengan paduan haruman klasik Lavender, Melur dan Kasturi.
Adakah korang masih tercari-cari akan penyegar kenderaan yang boleh menjadikan pengalaman pemanduan seharian korang mahupun ke destinasi berjarak jauh lebih nyaman dan menenangkan?
Sis kongsikan di sini penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car. Dengan tiga variasi wangian yang tersendiri, korang boleh menggunakan penyegar kenderaan ini dengan dua cara: Hanya klipkan pada penghawa dingin kenderaan korang atau gantungkannya pada cermin pandang belakang.
Rangkaian penyegar kenderaan ini juga turut diperkuatkan dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berkesan dalam membasmi bauan yang kurang enak seperti bau peluh dan asap tembakau.
Bau buah-buahan memang sweet baunya |
SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)
- Semewah namanya, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby mengharumkan kenderaan korang dengan wangian penuh aroma, menggabungkan wangian berunsurkan buah-buahan segar dan bungaan seperti Bergamot, Strawberi, Raspberry, Melur dan Kasturi.
Bau romantis kesegaraan citrus buat naik mood ketika memandu |
SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)
- Mengetengahkan wangian berunsur sitrus yang dapat membangkitkan deria yang lesu, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet ini menampilkan bauan yang menyegarkan seperti Bergamot, Lemon, Teh Hijau, haruman bungaan dan Kayu Cedar.
Baunya buat mood tenang dan relax ketika memandu, Sis suka bau yang ni.. |
SCENTIFY Eau de Car Aquatic Symphony 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)
- Dengan haruman yang akan membawa korang mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta SCENTIFY Eau de Car Aquattic Symphony membawa korang menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan.
So tunggu apa lagi, harumkan kediaman dan kenderaan korang dengan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY dari Enchanteur hari ini dan wujudkan lebih banyak memori bersama dan perjalanan yang bermakna, sama ada di ruangan peribadi mahupun dalam kenderaan.
Rangkaian SCENTIFY Eau de Fabric dan SCENTIFY Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara.
P/S : Echanteur ni dari Sis zaman sekolah memang pakai bedaknya, wangian badannya dan sabun mandiannya, memang wangi gilerr.. siapa setuju? ..
wah, saya suka wangi-wangi ni. nanti nak try lah 1. suka bau yang fruity-fruity sikit. manisss je
ReplyDeleteWangi Jujur, serius wangi.. memang Sis guna Scentify nni.. harga pun tak mahal..
Deletesemerbak satu rumah n kereta kan baunya..
ReplyDeleteyeer Her, wangi sangatt baunya..
Deletecar perfume wane biru dia wangi uui
ReplyDeleteOoo aku suka kuning... wangi ..
DeleteSeriussss wangi...mmg Enchanteur semua best, fav Sally yg Yuzu-licious Bouquet tu utk kereta!!
ReplyDeleteKannn, wangi dia tahan lama ... sebab tu sukaaa
Deleteberbaloi sembur2 scentify ni... wangiiiii
ReplyDeleteKannn Dikbee, wangi sepanjang hari ...
Delete