SUAMI HANYA PINJAMAN?. Jangankan Aisyah, semua wanita pun mungkin tak percaya dengan konsep pinjaman Allah yang bersifat sementara selagi tak jadi pada diri sendiri. Benarlah suami itu hanya pinjaman sementara . Kalau tak diambil Allah mungkin diambil wanita lain . Antara redha dan tak redha sahaja.
Pesan ustaz Wadi - Isteri diuji dengan sikap suami. Kadang Allah nak isteri ni lebih sayangkan Allah daripada suami sebab itulah kita di uji. Ya. Suami hanya pinjaman Allah. Suami juga manusia sama seperti isteri. Jangan terlalu bergantung pada mahkluk kerana hati mereka milik Allah.
Kejarlah Allah. Kejarlah akhirat. Kejarlah syurga. Letakkan Allah no SATU. Walau apa pun ujian yang mendatang, insyaallah kita mampu bertahan, redha dan waras. Wahai wanita. Janganlah kau berlaku kejam sesama wanita. Sebab kekejaman itu akan terpalit semula pada kamu satu hari kelak.
Professor Muhaya : Kita tidak akan capai kebahagiaan diatas penderitaan orang lain.
Cinta tak berputik jika hati tak dibuka.
Benar, hati ini Allah yang pegang.
Begitu mudah untuk dibolak-balik.
Semoga Allah pelihara rumahtangga kami.
Aaamiinn ..
P/S : Orang yang bahagia atas tangisan wanita lain pasti ada kifarahnya. Mengucapkan kata sabar memang mudah, mempraktikkan sabar teramat payah.
Betul suami hanya pinjaman..suami juga jalan menuju syurga.. Sayang dan cinta suami kerana Allah.. Taat perintah suami kerana Allah... Semoga semuanya nti berbalas syurga.. tetapi tidak dinafikan kalau dapat bersama dgn suami di syurga itulah impian setiap pasangan suami isteri
ReplyDeleteYaa Nurul, letak Allah dulu di HATI kita, sebab hati itu kekuatan, Suami di SISI, jadi bila di timpa dugaan dan ujian, hati kekal kuat, dan semua yang di sisi pasti akan baik-baik aja..
Deletebagi MA..memang Allah pinjamkan suami for about 13 years yer... now just MA & anak2 je...but MA always redha sbb ramai lagi yg Allah uji dgn mcm2 lagi ujian ...
ReplyDeleteand kpd Allah kita semua kembali mengadu & berdoa...
morning sis lin.... moga yg baik2 saja buat sis & family!!!
Alhamdulilah MA .. setiap orang berlainan ujian dan bahagian memasing..
DeleteCuma kadang sedih, apa yang kita hadap, orang takkan faham dan hanya kita dengan Allah sahaja tempat kita mengadu ..