BOGA BALI RESTAURANT - RESTORAN PERTAMA MASAKAN BALI DI JOHOR. The first Indonesian-themed restaurant in Johor Bahru, the founder is an authentic Indonesian, gituhh.. Bila sebut makanan Bali, terus terasa-rasa keenakkannya masakan mereka, sebab Sis baru juga pulang bercuti dari Bali dua bulan lepas. Memang kami ke Bali banyak makan aja di sana hehehe..
Terutamanya hidangan berdulang, memang di Bali banyak menyediakan hidangan jenis nasi berdulang dengan bermacam jenis lauk-pauk dalam satu hidangan. Kalau korang datang berkeluarga, memang sesuailah makan berdulang, tapi nak lebih puas dan dapat rasa berlainan jenis menu, better makan menu single, so dapat rasa sikit dia punya, dan sikit dia punya, kann..
Now korang tak payahlah pergi jejauh cari menu Bali, sebab ada restoran baru namanya Boga Bali Restaurant baru sahaja di bula di Eko Botanic, Iskandar Puteri Johor. Pemiliknya adalah berasal dari Bali,Indonesia asli dan telah menetap di Malaysia dan berkahwin dengan warganegara Malaysia. Di sebabkan rindu akan masakan kampung halamannya, maka tercetus laa idea Puan Suryani untuk membuka restoran yang menghidangkan masakan-masakan Bali.
Pelbagai menu citarasa Indonesia yang di sajikan. Walau tidak sepenuhnya ada rasa Bali tu, tapi Sis percaya, Boga Bali pasti cuba untuk menyediakan dan menambal lagi menu yang lebih enak dan sedap di masa datang untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Contohnya menu 'Bebek' (itik), ikutkan Bali memang sinonim dengan masakan Bebek, mana tau kan akan datang pasti ada.
Dan baru-baru ni Sis sudah pergi mencubanya.Suasana tempatnya sangat best, dengan lagu yang diputarkan, seolah kita berada di Indonesia pulak, rasa macam dalam spa pun ada hehehehe.. Nak tuju ke sini korang guna aja waze, pasti sampai. Dan tempat parkingnya juga banyak.
Samaada makan set keluarga (berdulang) ataupun set single, semuanya ada di hidangkan. Nak lebih meriah, makan set dulang, korang boleh makan dalam 4/5pax sedulang, berbaloi betul!. Harga yang terjual sangat berpatutan dan portionnya juga besar. Pilihan menu dan minuman juga tersedia dalam pelbagai jenis. Tak lupa juga menu makanan ‘side dish’ mereka, pun banyak juga pilihan.
Antara pilihan menu yang Sis dan kengkawan cuba adalah ;
- Nasi Tumpeng
- Nasi Campur Bali
- Nasi Ayam Betutu
- Bakso
- Gado-Gado Pecel Sayur
- Sate Lilit Ayam
- Pisang Goreng Keju Coklat
Ada lagi menu side dish juga, tapi dah lupalah namanya, dan kesemuanya Sis rasa dan cuba, menang asyikkk.. lebih-lebih lagi Sayur Pecel tu, kuah pecelnya sedap, persis macam Sis buat hahahaha.. Selain makanan, minuman pun banyak pilihan termasuklah kalau korang nak cuba mkinuman Wedang Jahe (air halia), Sis tak cuba, kawan Sis cuba, katanya rasa halia hahahahaha..
Tapi air serai panas yang di hidangkan sebaik kitaorang sampai tu, itu memang best.. seger rasa kepala bila hitup pepanas.. tapi tak tau laa, memang setiap pelanggan datang dia hidangkan atau tidak ekkk.. masa Sis pergi tu kebetulan kedainya baru buka.. sekarang ni tak tau.. harap jangan marah jika tiada yaa..
So korang boleh mencubanya ya!
Boga Bali Restaurant
A0104, Blok A Eco Galleria
Jalan Eco Botani 3, Taman Eco Botani
79100 Iskandar Puteri Johor
Di buka SETIAP HARI
Dari jam 10am - 10pm
Lebih banyak gambar : facebook page akusislin
Video REEL : IG akusislin
Video TikTok : akusislin
P/S : Tapi ... kalau ada restoran masakan Bali lain di Johor ni, korang komen ookayy,
Nampak sesedap menunya
ردحذفYaa Wak, rasa indonesia sangatt..
حذفSA kan...kalau nak cari tempat makan kat JB, memang rujuk blog Sis Lin ngan SK..itu kalau suami dah buntu sangat x tau nak makan kat mana..padahal dia orang JB tu...
ردحذفTerima kasih SA sudi membaca, blog SK paling banyak rujukan, Sis sekarang agak dah kurang gak ke sana sini..
حذف