CUCUK VAKSIN INFLUENZA DI KPJ PASIR GUDANG SEMALAM

Sis Lin
4
CUCUK VAKSIN INFLUENZA DI KPJ PASIR GUDANG SEMALAM. Lama dah booking untuk appoinment vaksin influenza ni, akhirnya semalam dapat juga booking slot. Yang bestnya semalam di tawarkan pakej vaksin influenza RM65 dan tambah seringgit dapat VitaminC. So total hanya RM66 sahaja, alhamdulilah. 

Kalau korang taknak VitaminC tu, korang bayar aja RM65, alaa tambah seringgit ajaa, dapat VitaminC kan. Kebetulan pergi semalam pun appoinment jam 4pm, minta Suami hantar dan dia menunggu di bawah. Ingatkan sekejap, rupanya lama juga prosesnya, nasib baiklah Suami okay tak membebel hehehe.. 

Cucuk Vaksin Influenza Di KPJ Pasir Gudang Semalam
Proses tak lama, cuma tetap menunggu

Kalau nak walk-in tak boleh, kena call dulu then buat temujanji, barulah boleh korang datang. Sis call guna talian hotline KPJ Pasir Gudang, kemudian korang minta sambungkan ke line Wellness, then korang bagitaulah dan tanya nak booking untuk vaksin inlfuenza.

Nanti mereka check dan bagitau ada atau tidak stok vaksinnya. Kemudian batu mereka tanya bila korang nak datang cucuk. Pembayaran pun bayar selepas selesai di cucuk. Buat masa ni itulah harganya RM65 atau RM66 + VitC. 

Cucuk Vaksin Influenza Di KPJ Pasir Gudang Semalam
Alhamdulilah .. moga Sis Lin terus sihat selalu

Kenapa nak cucuk vaksin influenza?

Vaksin influenza, juga dikenali sebagai suntikan flu, merupakan vaksin yang memberi perlindungan daripada influenza. Versi baharu vaksin ini dibangunkan dua kali setahun kerana virus influenza berubah dengan cepat.

Suntikan vaksin influenza secara berkala dengan kekerapan sekali setahun mencukupi bertujuan meningkatkan sistem imun badan terutama bagi golongan berisiko. Tapi terpulanglah pada memasing samaada nak cucuk atau tidak, ianya sebagai mencegah dari berlaku sebarang komplikasi yang teruk. 

Dan Sis salah seorang yang nak amik vaksin influenza ni. Walaupun vaksin sedia ada tu pun dah lengkap sampai dua booster, pun tetap Sis nak influenza ni juga.. alhamdulilah, semalam cucuk, harini shat tanpa demam dan sakit lengan. 

Cucuk Vaksin Influenza Di KPJ Pasir Gudang Semalam
RM65 tu + seringgit (RM66), dapat Vitamin C

Walaupun vaksin yang diberikan tidak memberikan perlindungan kepada semua jenis strain namun ia masih berkesan dalam menghindarkan jangkitan influenza daripada berlaku. Kebanyakan orang rawam mengambil vaksin tersebut daripada fasiliti swasta memandangkan stok yang ada di hospital kerajaan terhad dan dikhususkan kepada golongan tertentu sahaja.

Bagi korang yang nak juga vaksin influenza ni, bolehlah korang scan QR code tu atau hubungi no terttera di dalam gambar tu ya.. atau korang boleh pergi ke klinik berdekatan dan bertanya. Kotlah ada lebih murah atau dapatkan nasihat doktor peribadi korang dulu. 

Moga sihat-sihat selalu .. 


P/S : Gini laa seketul Sis LIn, sangat takut dengan 'sakit', so cegah sebelum parah .. inshaallah dengan izinNya .. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Yaa Kak, serah diri aja pi cucuk hahahaha ngisauuuu

      حذف
  2. saya nak dapatkan suntikan hpv pun tak pergi lagi ni... asyik tangguh tangguh

    ردحذف
    الردود
    1. Kat KPJ pun ada, harga agak mahal ekk Yan .. nanti nak survey laaa

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!