HARI TERAKHIR BULAN DAN TAHUN 2023 YANG PENUH SUKA DAN DUKA

Sis Lin
2
HARI TERAKHIR BULAN DAN TAHUN 2023 YANG PENUH SUKA DAN DUKA. Bohonglah kalau kata takde duka kan dalam setiap kehidupan manusia ni. Baik peristiwa, emosi atau perbuatan dan kelakuan. Begitu juga lumrah kehidupan, ada manis ada pahitnya, air laut pun ada psang dan surut, inikan manusia yang pendosa seperti kita. 

Tapi bila sampai hari ini, hari terakhir di bulan dan tahun 2023 ini, Sis rasa bersyukur sangat kepada Allah swt, kerana masih lagi di beri peluang seluasnya pintu taubat, sihat tubuh badan untuk beribadah, dan merasai kebahagiaan bersama keluarga tercinta. 

Walau kita rasa tahun baru ni sama seperti hari-hari yang telah kita lalui, tapi masuk awal tahun pada tahun baru nanti, pasti sedikit sebanyak kita mahu kan perubahan pada diri kita. Bukan azam yang kita nak persoalkan tapi amalan kita sebelum dan yang akan datang.. 

Untuk Sis sendiri, terlalu banyak perkara dan benda yang terbuku dalam hati ini, bak kata pepatah, nak di luah mati Emak, dah di lepas mati bapak (betul ke ek?), yang mampu Sis buat, berserah kepada Allah swt. Dia yang Maha Mengehtahui segala apa yang telah Sis lalui. Sekurangnya Allah masih beri kekuatan untuk Sis bersabar dalam meniti hari-hari berdepan dengan ujian ini. 

Lain-lain hal, tiada apa yang nak di rungutkan.. Allah itu Maha Adil juga dalam segala hal, dia beri ujian pada hambaNya, tapi tetap di sediakan peluang kebahagiaan dalam keadaan tenang dan penuh dengan 'rahsia'.. Mungkin Allah nak jaga 'aib' kita, maka di berikan ganjaran kesabaran yang paling maksima buat Sis.. 

Esok bermulalah hari baru, bulan barui dan tahun baru bagi kita semua. Tak minta banyak padaMu Ya Allah, hanya berikan ku istiqomah, ketenangan, kesabaran, kekuatan iman dan kebahagiaan berpanjangan sehingga nafas terkahirku untuk aku jalani bersama orang-orang yang aku cintai.. aamiinn.. 

Selamat Tahun Baru 2024

Sis kongsikan di sini, kata-kata dari Anas yang menjadi inspirasi Sis menyambut tahun baru 2024.. 

Bila umur dah semakin meningkat ni, banyak benda yang saya belajar. Banyak benda yang sebenarnya kita boleh simpulkan juga banyak benda yang sebenarnya kita boleh pelajari dari sepanjang perjalanan kehidupan kita yang lepas.

Kalau kita rasa benda tu tak perlu nak ulas dan bahaskan juga bukan ada kena mengena dengan saya, saya lebih banyak mendiamkan diri dari bagi komen yang menunjukkan yang kitalah tahu semua benda, kitalah yang faham situasi orang dan kitalah boleh selesaikan masalah orang yang kita sendiri tak tahu pucuk pangkal.

Kalau dulu, bila orang tak ajak kita pergi sana sini mesti sedikit sebanyak akan terasa tapi bila dah umur macam ni. Saya dah tanamkan konsep, kalau tak ajak, tak perlu nak ikut, tak perlu nak bersedih. Tak perlu nak meratap dan sebagainya, mereka ada urusan mereka yang perlu mereka buat, kita ada urusan kita sendiri. Dari buang masa bersedih sebab orang lain tak ajak, baik kita fokus dengan aktiviti harian kita, banyak benda boleh kita buat sebenarnya.

Kalau dulu bila kita dengar orang bercakap pasal kita, terus rasa panas hati, rasa macam nak berdepan dan kalau boleh tu nak gaduh tapi sekarang tidak lagi. Kalau orang nak cakap ke, kalau orang nak cerita benda yang tak betul ke selagi benda tu tak melampaui batas, selagi benda tu tak “cross the line” biarlah mereka. 

Abaikan dan angkaplah macam angin, biarlah berlalu pergi sebab kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang. Kalau dah melampau sangat dan jatuh fitnah dan malu secara public, senyap senyap kita terus consult dengan legal. Orang yang arif, mudah. Kepala pun tak pening.

Kehidupan sekarang ni adalah PILIHAN, kita nak berkawan dengan siapa, kita nak makan apa, kita nak bercampur dengan circle yang mana, itu semua pilihan kita sendiri. Sekarang bukan zaman sekolah menengah nak merajuk ke, nak sedih bila orang taknak kawan, sekarang semuanya semakin berusia.

Orang dah taknak kawan, buat apa nak paksa, orang nak mengata, takkan kita nak tutup mulut dia guna tangan kita,  orang nak perli, buat apa terasa kalau kita takde kena mengena dengan dia
Konsep sekarang nak hidup dengan lebih tenang dengan keluarga, dengan orang yang sayangkan kita dan dengan mereka yang masih setia berkawan dengan kita.

Ingat, kita sahaja yang boleh tentukan segalanya
Bukan urusan kita, jangan campur
Kalau orang tak ajak, tak payah ikut
Kalau orang mengata, biarkan
Kalau penat, rehat dan tidur

Mudah kan? 

Cuma setiap hari kita doa yang Allah hadirkan orang yang baik baik dalam hidup kita, doa supaya Allah berikan kemudahkan untuk setiap urusan dan doa agar kita semua diberikan kesihatan yang baik, boleh cari rezeki dan doa supaya kehidupan kita lebih harmoni dengan hati yang tenang


P/S : Selamat Tahun Baru 2024

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!