JOM MAKAN BUFET SEMPENA PERAYAAN HARI NATAL DI OLIVA OPERO HOTEL JOHOR BAHRU. Seminggu aja lagi penganut agama Kristian akan meraikan Hari Natal atau Christmas pada 24 & 25 December ini, so memang banyaklah promosi makan sana sini yang di iklankan, termasuklah di Olivia dekat Opero Hotel Johor Bahru ni.
Agak lama tak ke sini, dan baru-baru ni Sis memenuhi jemputan Media Preview Festive buffet dinner mereka sempena perayaan Krismas nanti di Oliva Cafe yang terletak di ruang lobby mereka. Meriah suasana, ramai pengamal media yang Sis jumpa ketika itu tapi hanya beberapa orang sahaja yang Sis kenal, nampak sangat kau bukan femes yaa hahahaha..
Lebih dari 150 jenis menu yang bakal di sajikan untuk Festive Buffet Dinner ni nanti. Korang yang datang makan buffet pada 25 & 31 December ni akan dapat menikmati pelbagai hidangan yang melazatkan. Sis sendiri pun teruja lihat presentation yang mereka sediakan.
Semua nampak menyelerakan dan enak sekali. Dari menu hidangan daging, ribs, ayam, seafood, ikan, dan juga sayur-sayuran salad sangat menarik perhatian. Gaya masakan yang di hidangkan sangat menarik perhatian terutama yang Sis paling nak nikmatinya adalah Salmon.
Tengoklah tu, sungguh mengiurkan bukan? Memang tak sabar nak makan. Cuma maaflah Sis lupa akan nama-nama menu tu semua, asyik kalut amik gambar sampai lupa nak catat nama masakannya, tengok gambar jerr dah kenyang kan hehehehe..
Satu yang menjadi perhatian Sis, Sis suka pada setiap hidangannya mesti ada sayuran, balance betul pemakanan hidangannya, lagipun senang, tak payah nak ceduk banyak lauk, sekali ceduk siap dengan sayuran, jimat ruang, tak gituu hahahahaha..
Peminat Seafood On Ice macam Sis memang menggilerr laa tengok seafood tu, dan juga bahagian salad-salad termasuk Shashimi dan juga Shushi, banyak pilihan yang korang boleh pilih. Station jeruk yang paling tak tahan betul, apa-apa jeruk dulu Sis bedal hehehehe..
Masakan Pasta juga ada, Sup pun ada, juga pilihan masakan Chinese dan Roti punn juga ada. Tapi Sis lebih kepada makan karbo rasanya, kalau dah nampak daging depan mata, ermmm memang bangun duduk aja laa Sis yaa.. Cuma hurmmm Satay jerr Sis tak nampak, tak tau laa nanti masa hari kejadian nanti ada. Surprise! Gituuuhh ..
Dessertnya pulak boleh tahan banyak juga, cuma takde laa banyak pilihan, mana yang ada tu jer laa. Tapi slice potongannya, macam kau makan kat Cafe, tengok je laa Cheese Burnt Cake tu, mau-mau kalau jenis yang suka berpotong -potong slice kau makan kannn.. benda buffet, makan je laa selagi boleh.
Selain itu ada juga bahagian untuk anak-anak, seperti di sediakan gula-gula candy dan cokelat. Mesin aiskrim pun ada gakk, semua self service. Korang bawa anak-anak, mesti anak-anak sukakannya. Korang kena cuba Puding Mango dia, sedap! Sis suka.
So korang kalau tercari tempat makan sempena cuti perayaan nanti, bolehlah ke sini ya. Booking awal supaya senang nanti datang terus makan. Tempat limited dan terhad, so korang lihat details di bawah untuk tempahan meja.
FESTIVE BUFFET DINNER
25 Dec 2023 - 2 Jan 2024 | 6.30 pm - 10.00 pm
RM158 nett / adult | RM80 nett / child
(Not available 31 Dec 2023)
NEW YEAR'S EVE BUFFET DINNER
31 Dec 2023 | 6.30 pm - 10.00 pm
RM178 nett / adult | RM90 nett / child
For more info : https://bit.ly/49L3gHA
Download festive brochure : https://bit.ly/OPEROJoyfulDelight2023
For Reservation : https://wa.link/ohsdining
Untuk lebih BANYAK GAMBAR : Facebook Pages akusislin
Video Reel : IG akusislin
TikTok : akusislin
P/S : Tak sabar nak cuti!!!
Rambang mata tengok menu
ردحذفTau takpe, semua nak makan hahahaha
حذفeh ada muka siti rohaida la hahahha
ردحذفHahahahaa sesekali interframe hahahaha
حذف