JOM MINUM PETANG SEMPENA BULAN MENYAMBUT TAHUN BARU 2024

Sis Lin
2
JOM MINUM PETANG SEMPENA BULAN MENYAMBUT TAHUN BARU 2024. Sebelum ni kan, bila Sis up tempat minum petang di Cafe-Cafe dalam Johor ni, ada juga yang bertanya, 'Takde ke tempat minum petang di Hotel yang klas tinggi?', soalan tu kadang agak mengejutkan, ingatkan ramai yang cari port mampu B40, rupanya ada juga mencari port minum T90 yaa..

Yerr laa kita kan berbilang bangsa, kaum, kerjaya dan pendapatan, tu semua rezeki dari Allah. Jangan kita nak menbandingkan orang lain dengan kita, kita dengan kemampuan kita, kalau kita ni berduit pun, rasanya nak juga makan dan minum petang di hotel besar kan, betul tak?.

Dan rezeki Sis pada menulis blog ni laa, jadi perantara antara penjual dan pembeli. Sis hanya mampu kongsikan pengalaman pergi dan makan atau minum di situ. Tapi kadang kalau kena taste Sis, memang akan pergi berulang kali atau terima pelawaan jemputannya berkali-kali. 

Dan contoh terdekat, paling suka makan dan minum di Renaissance Johor Bahru Hotel ni. 

Jom Minum Petang Sempena Bulan Menyambut Tahun Baru 2024

Jom Minum Petang Sempena Bulan Menyambut Tahun Baru 2024

Salah satu sebab, kadang tu terima jemputan Media Preview sebab dapat jumpa kengkawan media. Bukans enang nak jumpa berkumpul walau tak lengkap satu team, tapi yang ada pun cukup meriah. Bertukar-tukar pendapat dan idea memasing. 

Dan baru ni, sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru 2024, Renaissance Johor Bahru Hotel telah mengadakan pakej set Minum Petang mereka yang bertemakan 'REN Festive Afternoon Tea' bermula dari bulan November sehingga Februari  2024. So memang meriahlah laa menu yang tersedia, termasuk makan malam buffet mereka. 

Jom Minum Petang Sempena Bulan Menyambut Tahun Baru 2024

Dari senarai di atas tu, inilah antara menu yang di sediakan dalam satu pakej Afternoon Tea tu bersekali dengan Kopi/Teh dan juga Mocktail. Yaa Kopi/Teh tu di sediakan seteko untuk dua orang. Tak cukup bagitau, boleh tambah (Usus bocor ke korang seteko tak cukup ek?) ....

Sis tengok kali ni, menunya agak 'berat' dari selalu. Makan dua tiga jenis tu dah rasa kenyang betul. Terutama sekali Rosted Chicken and Cranberry Sandwich tu, itu sedap betul di makan. Dah rasa makan di negara orang putih gitu.. feel like Italy, gituhhh.. nampak sangat sampai rasanya tu yaa.. 

Dengan harga RM118 nett untuk dua orang, rasanya cukup berbaloi bila makan di hotel lima bintang gini. Tak cuba mana tau kann.. 

Jom Minum Petang Sempena Bulan Menyambut Tahun Baru 2024

11 menu tersedia tidak termasuk air, cukup mengenyangkan minum petang, kita biasa makan karipap aja di rumah kan, so kali ni sesekali bawalah Suami, Isteri atau Kekasih keluar minum petang di sini. Nikmati saat-saat indah dan manis dengan manisan REN Festive Afternoon Tea ni haa.. 

Sis ada kawan, dia sudah pergi try minum petang di sini lepas tengok posting Sis di facebook pages akusislin ni, katanya dia bawa Neneknya (Neneknya memang muda macam Sis), katanya Neneknya suka sangat menu-menunya, katanya 'kuih semua sedap' hahahaha orang tua kan,s emua dia panggil kuih hehehehe.. alhamdulilah ..

So korang kalau nak try boleh laa masih sempat lagi.. 
Details di bawah ni ya.. 

Jom Minum Petang Sempena Bulan Menyambut Tahun Baru 2024

Afternoon tea is the perfect antidote to the stresses of modern life, a moment of peace and tranquility that soothes the soul. Come and enjoy the new afternoon REN Festive delights!​ Enjoy their pastry journey crafted by Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel 🍽️ .. 

𝐑𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐀𝐅𝐓𝐄𝐑𝐍𝐎𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐀
🗓 Monday to Sunday
🕰️ 3:00pm to 5:00pm
🏷 RM118 nett per set for two persons



P/S : Petang ni nak cari port minum petang juga laa.. di mana ekkkkk .... Rumah Kopi? 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Best kat JB selalu dapat jemputan media mcm ni kan Sislin. Nampak sedap tapi tu la doktor suruh diet skrg ni huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Karni, dah mula satu persatu masuk undangan ni ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!