KARI IKAN TENGGIRI DAN SAMBAL KUPANG

Sis Lin
4
KARI IKAN TENGGIRI DAN SAMBAL KUPANG menu makan tengahari semalam untuk anak bujang dan makan malam untuk Suami. Alhamdulilah akhirnya dapat juga beli dan masak ikan tenggiri. Anak bujang Sis asyik sebut aja katanya lama tak makan ikan tenggiri. Ayahnya pulak lama tak turun memancing sejak musim hujan ni.

Dan kebetulan jiran setaman ada open order barang basah dan dalam list ada tersenarai ikan tenggiri. Sis pun beli sekilo beserta juga ikan parang sekilo. Sedapnya ikan parang masak asam rebus kan? Letak nanas dan daun kesum, perghhh hirup kuahnya pepanas, nikmatnya..

Cuma plannya hari Isnin baru nak masak ikan parang sebab Sabtu Ahad esok ni Sis penuh dengan jemputan majlis kahwin dan juga aktiviti bersama Suami. 

Kari Ikan Tenggiri Dan Sambal Kupang

Bila bagitau anak bujang yang Sis nak masak Kari Ikan Tenggiri, kemain suka dia, dan permintaan dia, dia, minta Sis masak kari tanpa santan, ala-ala kari mamak, haa itu dia suka. Baiklah anak, Emak tunaikan permintaan. 

Untuk menu berbuka puasa Sis pula, Sis masak Sambal Kupang, ada sebekas kupang dah siap kopek tersimpan dalam freezer, so keluarkan dan Sis masak sambal. Buat tambah-tambah menu. Nak lawankan dengan kari tu, Sis buat pulak Sambal Cili Kering. Goreng cili kering dan ikan bilis garing, kemudian tumbuk halus, sedap betul, bila makan krup krap bunyi garing cili tu. 

Kari Ikan Tenggiri Dan Sambal Kupang

Tekak orang puasa kan, semua nak makan, bukak peti ais adalah beberapa ketul ayam goreng frozen, ehhh di gorengkannya pulak kasi habis, padahal dah ada kari ikan dan sambal kupang kan hahahaha.. Anak bujang kata, takpe nanti memalam dia makan mesti licin hehehehe, betul! Licin semua..

Menjelang hampir jam 6pm, jiran mesej tanya ada rumah ke tidak, dia nak singgah, rezeki berpuasa, di hantarnya Bubur Lambuk dua bekas ke rumah Sis, alhamdulilah sukanya Sis, kesukaan Sis makan bubur lambuk. Tiba waktu berbuka, Sis makan nasi sedikit aja, lepas solat Maghrib, Sis makan bubur pulak sambil siapkan posting blog, sedap sangat!. Terima kasih sahabat. 


P/S : Tak sabar nak jumpa kengkawan jiran lama esok .. moga Allah permudahkan segala urusannya.. 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!