MAKAN BERSAMA FAMILY DI FIFTY TREES CAFE MELODIES GARDEN

Sis Lin
8
MAKAN BERSAMA FAMILY DI FIFTY TREES CAFE MELODIES GARDEN. Minggu lepas, anak sulung Sis balik Jb, so macam biasalah kalau dia balik, memang akan adalah acara makan-makan sarapan pagi di hujung minggu sebelum dia berangkat balik ke KL. Alhamdulilah masih di beri peluang untuk menikmati kebahagiaan ini. 

So bila Kakaknya tanya adiknya nak makan mana, maka akan keluarlah segala Cafe-Cafe di Johor ni, tapi kali ni Yana suggest untuk pergi makan sarapan di Fifty Trees Cafe ni. Kata Yana, Kakak mesti akan suka konsep Cafe ni, ternyata memang benar sekali. 

Memang kalau hari Ahad, Ayahnya tak kerja dan kebetulan Ayahnya juga baru aja pulang dari Beijing Jumaatnya tu, so memang Sabtu Ahad kami lepak di rumah, masak-masak sambil bersembang untuk plan next trip family holiday kami. Lambat lagi tapi perancangan tu dah ada hehehehe.. inshaallah .. 

Makan Bersama Family Di Fifty Trees Cafe Melodies Garden

Makan Bersama Family Di Fifty Trees Cafe Melodies Garden

Makan Bersama Family Di Fifty Trees Cafe Melodies Garden

Cuma sama juga seperti sebelum ni juga, tiap kali family bonding hari Ahad, mesti menantu Sis (Suami Yana) takde join sama, menantu kena on duty showroom, so tak dapatlah dia nak join sama. Sebelum ni masa ke Hidden Garden by The Sea Cafe pun sama, dia tak dapat join, kesian memantu, tapi apa boleh buat, tanggungjawab keluarga di utamakan. 

Apa yang mengujakan dan bestnya datang makan di Fifty Trees Cafe ni? 

Pertamanya suasananya memang sangat tenang, hijau mata memandang. Cafenya penuh dengan dedaun hijau dan hiasan pokok-pokok hidup sekeliling Cafe, siap ada rumah hijau di tengah-tengah Cafe tu.Mulanya ingatkan pokok mati, rupanya ehh pokok hidup laaa.. 

Makan Bersama Family Di Fifty Trees Cafe Melodies Garden

Makan Bersama Family Di Fifty Trees Cafe Melodies Garden

Makan Bersama Family Di Fifty Trees Cafe Melodies Garden

Dan bila belek menu-menunya pula, wowww banyak sekali pilihan menunya, dan kesemuanya nampak sangat menarik. Sis siap jenguk-jenguk meja sebelah nak tengok menunya. Nampak portionnya snagat besar yaa, so kena kongsi ke macam mana ni? Tapi perut lapar. 

Dan paling tertarik sekali, waaa ada Tempe Goreng cecah Sambal Kicap ehhhh.. Yana siap suruh Sis order dan cuba, katanya sedap.. kawannya,Ira sangat suka katanya. cuma agak pedas sikit, tapi serius arrr memang sedap woooo... nanti nak datang sini bawa Sunah balik dari Busan makan tempe hahahaha.. 

Harga? Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah, just biasa-biasa aja. Kalau makan seorang dan berdua, murahlah nak bayar, kalau dah datang sampai lima enam orang, kau ingat dapat bawah RM80? Hahahahaha.. Sis makan berdua kat Oriental Kopitiam berdua gan Suami pun cecah RM80 oii hahahahaha.. mana ada murah sekarang, kecuali masak sendiri. 

Makan Bersama Family Di Fifty Trees Cafe Melodies Garden

Makan Bersama Family Di Fifty Trees Cafe Melodies Garden

Makan Bersama Family Di Fifty Trees Cafe Melodies Garden

Terpulanglah kan memasing, agak rasa nak mencuba, sila, agak rasa was-was atau rasa sayang duit, janganlah pergi, pergilah Cafe lain.. mudah aja senang.. ibarat, dah tau itu Suami orang atau Isteri orang, jangan melayan sangattt.. benda SIMPLE... ehhhh lari tajuk pulakkk.. 

Korang try laa ! 
Buka setiap hari : 9am -10pm

Fifty Trees Cafe
53, Jalan Beringin, 
Taman Melodies Johor Bahru , 
Johor 80250, Malaysia

Tengok gambar sini : Facebook page akusislin 


P/S : Hujan berterusan, moga Allah permudahkan urusanku harini , aamiinn ..

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tempat makan yang menarik. Menu pun nampaknya menarik juga.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Alhamdulilah, sedap dan harga berpatutan juga Rabia ..

      Delete
  3. makanannya nampak menarik tapi agak mahal juga..hihihi... kena menabung dulusebelum bawa para lasykar ni makan kat luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa mahal dia tu Yan, portion dia besar.. boleh share berdua kalau jenis tak kuat makan.. tapi kalau datang ramai, memang gulp juga laa hahaha

      Delete
  4. tempe goreng cicah sambal kicap . marvelousnyaaa .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!