MAKAN MALAM DI PIEJA BAKAR IKAN BAKAR

Sis Lin
4
MAKAN MALAM DI PIEJA BAKAR IKAN BAKAR Taman Cendana. lama kan tak kongsi cerita jalan-jalan makan-makan Sis bersama Suami, bukan tak rajin nak menaip, tapi malas nak taip, ehh macam sama je bunyi ayatnya ekk hahahaha.. takde laa, sebenarnya memang sejak ni sibuk dengan edit blog blogger, so masa nak duduk ngadap blog sendiri dah terhad.. 

Bila ada masa, kalau boleh nak luruskan pinggang, melepek macam tapak sulaiman bak kata Kak SK, malas nak duduk yaaa hahahaha.. tapi tidaklah sampai seminggu tak update blog ni, masih ada banyak posting nak kena update, ginilah jadi blogger, dah dapat job/duit, kenalah update yaa.. sendiri mau ingat.. 

Lately ni bila hari cuti aja, tak kisahlah Sabtu malam atau sepanjang hari Ahad, kali ni Suami yang banyak suggest tempat makan, bila Sis tanya, 'mana tau?', dia kata, 'nampak kat TikTok' hahahaha.. Sis macam hamboiii kemainnn ekkk Laki aku huhuhuhu..

Makan Malam Di Pieja Bakar Ikan Bakar

Dan baru-baru ni di bawanya makan di Pieja Bakar Ikan Bakar di Taman Cendana ni. Mulanya anak Sis,Yana yang bagitau Ayahnya, katanya makan ikan/seafood bakar di sini sedap, lagipun dekat dengan rumah Sis dah.. sehari ke sehari nak cuba tapi asyik lupa, last-last dapat juga pergi.. 

Tempatnya senang je nak tuju. Dari traffic light Taman Cendana berdekatan ECO tu, kalau dari Taman Scientex tempat Sis, sampai traffic light, korang belok kanan, dan terus masuk kanan, ada tapak niaga guna warung-warung tu haa, sebelah Balairaya Taman Cendana tu haa.. (Eh jap, dewan ke balairaya ekk, lupalah). Haa situ laa.. 

Makan Malam Di Pieja Bakar Ikan Bakar

Gerainya betul hujung tepi sekali, cari je laa macam dalam gambar atas tu haa.. Banyak pilihan ikan dan seafood tersedia. Sis ni jenis kalau pilih ikan ke apa ke, jarang nak tanya harga, sebab kalau dengar mahal kang, terbantut aku nak makan, so pilih je laa, tawakkal.. 

Mula nak amik kerang ke sotong ke bakar, tapi entah kenapa, mata ternampak ikan pari dan siakap, terus amik masuk bakul dan terus hulur ke Pakcik tu, adoii sampai lupa nak kerang/sotong tadi, arghh takpe laa, next time boleh datang lagi, kita try dulu ikan bakar. 

Makan Malam Di Pieja Bakar Ikan Bakar

Then Pakcik tu tanya pulak, 'Nak bakar kosong ke? Atau nak tambah petai?', dengar petai terus rasa gigil hahahaha.. dan dan Sis kata, ikan siakap tu Bakar Petai hahahaha.. adeiii Suami duk tepi kemain tenung Bini dia ekkkk lalalalala.. 

Bila dah duduk baru fikir, kenapalah sampai dua ekor ikan aku amik ekkk, boleh habis ke ekkkk.. adoiii arghh sudah... tamak haloba kannnn.. tapi inshaallah mesti habis punya.. Suami dia order untuk dia Sup Daging dan kami makan hanya dengan Nasi Putih sahaja. 

Sampai aja ikan terus Suami nak bayar, tanya berapa, Pakcik tu kata RM54.. alhamdulilah, tidaklah mahal sangat, size ikan pun boleh tahan besar, berbaloilah makan. Rasa sambal pun sedap, petai dia tu perghh kawww betul, pedorr rasa petai.. 3 hari jamban berbau hahahahaha.. adeiii ..

Apa-apa pun syukur atas segala rezeki.. korang bolehlah cuba yaa.. 
Alamat? Baca kat atas tu, Sis ada cerita.. jangan mallas membaca ya.. 


P/S : Minggu ni ada jemputan kahwin, so kita dating rumah orang kawin je laa hahaha.. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!