MERIAHKAN CUTI PERAYAAN KORANG MAKAN BERSAMA KELUARGA DI REN CHRISTMAS BUFFET!. Lebih dari 400 menu hidangan yang di sajikan sempena sambutan Hari Natal pada 24, 25 & juga pada sambutan Tahun Baru 31 December 2023 nanti di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel.
Kalau di tanya sama Sis pilihan makan malam di Hotel, memang di sinilah antara pilihan Sis, sebab utamanya, hidangan-hidangannya mewah sangat, memang berbaloi dengan harga yang di tawarkan RM198nett untuk makan malam dan RM138nett untuk makan tengaharinya. Mahal kan? Tapi tengoklah menunya dulu dong!..
Yang pernah dan selalu datang makan di sini pasti tau laa, yang belum pernah, haa korang boleh cuba, terutama mereka yang suka makan, memang sesuailah korang ke sini. Dari hidangan western dan local, timur ke barat, semuanya dalam satu harga. Menu masakan Melayu ada, Chinese ada, Indian ada, Seafood ada, Aneka Mee ada, menu Jepun ada, Korea ada, Pasta lagi ada, dan juga Bbq & Grill pun ada.
Kali ni untuk hari perayaan Hari Natal & Tahun Baru, Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel, menghidangkan masakan Roasted Whole Turkey, Beef Wellington, Baked Whole Salmon dan juga Roasted Lamb Leg sebagai menu highlight paling mewah kali ini!. Itu pun ada sekor lagi Turkey kat bahagian dalam di hidangkan, perghhh puas oii makan Ayam Belanda hahahaha.
Memang kalau makan di sini boleh pusing tawaf 7x untuk fikir nak makan apa dulu hahahaha. Semuanya menarik dan nampak menyelerakan, so memang sebelum korang datang sini, pastikan perut kosongkan dan bersedia dengan kebuncitan perut apabila keluar dari sini hahahahaha.. serius arr cakap, memang rugi kalau korang datang tapi kau diet!.
Paling jadi tumpuan memang bahagian BBQ & Grill di luar sana laa, lagi-lagi dengan menu Udang Galah dia, size dia kemain 3XL besarnya, nak makan di luar pun udang aja mahal sepinggan, dapatnya berapa ekor aja, tapi di sini, korang makanlah berekor-ekor, berpinggan-pinggan, tapi bayar sekali aja, siapa nak bagi derrr..
Haaa kali ni agai menarik, yang makan ulam-ulam atau salad tu, korang siap boleh petik sendiri dari station Snip Sauce Serve mereka tu, ishhh lain machiamm ekk, tapi bagus gak, fresh dari kebun R gituh, ko hado? Hahahaha.. esok-esok ado lerr tu di mana-mana hahahaha ..
Kegilaan Sis kalau ke sini makan malam adalah Seafood On Ice dia, perghhh binatang yang di sajikan tu fresh betul, dan teruja pulak NenekLin tu bila nampak Snow Crab ada kali ni, perghhh tanpa lepaskan peluang, ceduk penuh pinggan, takde sapa nak saman kekekeke.. memang sedap arr..
Ni lagi satu, bahagian pencuci mulut dia, kuss semangat, berderet-deret kemanisan terhidang, sampaikan Sis lalu aja situ, terus manis wajah Sis hahahahaha.. gilerrr arr, kek batang kayu krismas dia panjang kemainnn ko!, korang booeh tengok kat video IGs highlight BLD Sis, letupan 360’ pusing!.
Dan terbaru, waaa dah ada mesin aiskrim laaaa, memang kekanak tuju situ je laaa, memamg meriahlah makan malam perayaan nanti yaa.. terus tak sabar tunggu Buffet Ramadannya hehehehe… ehhh jangan risau, tu semua FREE jerr, makan jerr, dah bayar kan? So takde caj tersembunyinyaa, jangan risau.
So apalagi korang, jangan lupa SAVE THE DATE 24, 25 & 31 December 2023 ini!! ..
Baca bebetul date tu, jangan korang tetiba datang pulakkkk..
REN Christmas Buffet
24 December 2023 | Dinner
6:30pm to 10:00pm
RM198 nett per adult
RM99 nett per children (6 to 12 years old)
25 December 2023 | Lunch
12:00pm to 3:00pm
RM138 nett per adult
RM69 nett per children (6 to 12 years old)
25 December 2023 | Dinner
6:30pm to 10:00pm
RM198 nett per adult
RM99 nett per children (6 to 12 years old)
REN New Year’s Dinner Buffet
31 December 2023 | Dinner
6.30pm to 10.00pm
RM198 nett per adult
RM99 nett per children (6 to 12 years old)
6.30pm to 10.00pm
RM198 nett per adult
RM99 nett per children (6 to 12 years old)
*15% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel
2 Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya , 81750 Masai, Johor
Tel : 07-3813388
P/S : Jemputan media bufet ramadan satu persatu tengah IN, fuhhhh.. tahun depan nak limited sikit..
Wah, meriah betul menu berbaloi dgn harga tu!
ردحذفSangatt Carneyz.. meh laa bercuti kenJb ..
حذفEh awak dah balik ekkk?