PANIK BILA iPHONE13 PRO MAX AKU DI SERANG GREEN SCREEN!. Giler tak panik, tengah-tengah main handphone tengok live bundle di TikTok, skrin handphone mulanya ada keluar kelip-kelip hijau, mula ingat line seller ke lag, so Sis abaikan.
Kemudian tengah Sis main game Monopoly GO tu, kelip hijau tu bertukar jadi garisan-garian hijau bermula dari atas sampailah ke bawah, tambah panik bila langsung tak nampak skrin phone, skrin terus jadi hijau arghhh masa tu dah mula stress!.
Nasib Suami ada sebelah, terus tunjuk Suami, dia pun pelik, tapi bebel katanya sebab Sis main game tu, virus katanya, huh! Kena jelingan maut dari Sis.. apo virus perginyaa.. eeee
Malas nak fikir terus tido, doa-doa esoknya handphone Ơ̴͡kay laa, tapi ternyata sama huwaaaa.. nak nangis pun benda dah jadi, terus keluarkan iPhone8+ lama Sis dan masukkan sim-kad ke situ, tapi tak semua dapat backup, janji ado, ye laa kalau tak macam mana nak berhubung cari maklumat.
Google sana sini, tanya kengkawan, call apple centre, kebanyakkannya, semua kata terus pergi hantar ke apple centre untuk claim repair. Sis pulak fikir, iPhone ni dah habis warranty, tapi tak salah kalau mencuba, takkan nak biar jer.
So Sis ajak kawan Sis teman pergi apple centre di KSL City yang terdekat. Masa Sis sampai ada juga 3 pelanggan sedang menunggu dan sama kes dengan Sis, cuma yang lain tu kena white screen, Sis punya green screen, ermmmm .. arghh ghisau..
Tiba giliran Sis, Sis bagitau semua masaalah, katanya, boleh baiki, cuma kena tinggal phone untuk di hantar ke technician apple untuk lihat dulu apa masaalahnya, jika hanya green screen dan tiada masaalah lain, apple akan baiki secara percuma sebagai ganti, akan tetapi jika ada masaalah lain, apple akan hantar email quatation umtuk gantian screen LCD tu dan harganya hampir rm1800k juga harganya, sedih dengar huhuhu..
Di sini aja korang kena bayar deposit rm100 untuk tinggalkan phone. Jika gantian percuma, deposit akan di kembalikan, jika korang cancel quatation LCD tu, deposit lupus!.. fikir-fikir buat ajalah, kita tunggu dan lihat. Risikonya, kalau korang tak sempat nak backup, semua akan hilang termasuklah apa-apa apps berkaitan dalam tu sebab dia akan format. Musnah Monopoly GO aku huwaaaa…
So Sis tunggulah email dari apple.. nanti Sis update lagi ookay.. Now takde mood ..beli jer handphone baru? Belum rasa nak tukar, sebab sayang dengan iPhone13 Pro Max Sis ni .. harap-harap boleh ganti free dari apple…
P/S : Dia punya serabut, sampai batal puasa aku harini, TERteguk air secawan sebab stress hahahaha..
Harap2 epal dapat baiki dengan percuma
ردحذفInshaallah aamiinn ..
حذفbanyak dah kes pro & promax untuk 13 series ke atas. tengok kat group ip kat fb memang ada je kes gini.
ردحذفYerr paling memang akan kena juga huhuhu…
حذفok terteguk secawan hahah, ui tercekik dengo rm1800 tu uii..
ردحذفStress punya hal ko hahahahahaha .. LCD ko tu nak tukar tak? Hehehehe
حذف