9 JANUARI 2024, CUCU AKU DAH SETAHUN

Sis Lin
8
9 JANUARI 2024, CUCU AKU DAH SETAHUN hari ini. Cepat betul masa berlalu yaa.. diam tak diam, membesar depan mata, hari ini dah setahun umur Cucu Sis. Muhammad Khalish Zayyan, anak yang baik, tak banyak karenah dan senang menjaganya. Walau kata orang kecik lagi belum tunjuk nakal, tapi Nenek percaya, Khalish budak yang sangat baik. 

Kita sebagai Ibu Bapa, atau Nenek Datuk mahupun penjaga atau sesiapa pun laa, kata-kata tu adalah satu doa, jadi keluarkan kata-kata yang baik-baik untuk anak-anak atau cucu atau kepada siapa sahaja dengan kata-kata yang menjadi satu doa Allah makbulkan. 

Sis memang menjaga anak sendiri, jarang sekali atau memang tak pernahlah berkasar dengan anak-anak, so bila jaga cucu ni, terbawa-bawa laa sayangnya tu macam kita jaga anak sendiri juga. Cuma bezanya, sayang kat cucu ni melebih-lebih pulak hahahaha.. ke atau sebab Sis dan Suami lama tak beranak kecik kan, so bila ada budak dalam rumah Sis, memang meriah.

9 Januari 2024, Cucu Aku Dah Setahun
BIla lagu beday di putarkan, semua orang nyanyi tepuk tangan, dia blur hahahaha

Setahun cucu hari ini, Ibunya ajak makan malam bersama dengan Besan Sis sekali. Kebetulan semua pun ada kecuali anak sulung Sis aja yang takde. Suami pun balik awal, anak bujang pun tak kerja, so bila kata Yana tempat makannya di Bandar Dato Onn, memang kena keluar awal laaa, kalau tak memang jem.. 

Dah ku sangka, memang jemm jalan, tapi ikut waze, di bawanya ke arah jalan yang tiada traffic jem, so sampai awal laa di sana. Kami Maghrib aja di Petronas pam minyak aja, selesai solat, terus ke restorannya. The Morso Restaurant nama tempatnya di Bandar Dato Onn. 

Pestime juga Sis ke sini.. 

9 Januari 2024, Cucu Aku Dah Setahun
Dia suka bila Ibunya ajak potong keknya hahahaha

Sis dan family dah sampai dulu, so kami order ajalah dulu, family Besan semua dah on the way, dalam sepuluh minit macamtu baru sampai katanya. Family Sis dan Besan tidak ramai, kami 3 orang anak, mereka pun 3 orang anak, cuma meriahnya anak Sis dah dua orang berkahwin, so tambahlah ahli keluarga dah ada dua orang menantu. Tapi family besan baru seorang aja berkahwin, dan Khalish juga cucu sulung mereka sama macam Sis.

Tapi syukurlah, yang kecil inilah yang beri kebahagiaan buat kami. Dan cucu pertama inilah menjadi penyeri keluarga kami juga.. alhamdulilah .. 

Buat Khalish, Nenek Datuk doakan yang baik-baik aja buatmu sayang. Moga sihat selalu, membesar menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan berbakti kepada orang tua. Nanti dah besar, dah bkerja jangan lupa tau belanja Nenek kopi hehehehe.. 

Nenek sayang Khalish ❤


P/S : Harap-harap akan datang bertambah laa cucu Sis hehehehe.. inshaallah .. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Happy Birthday to Khalish! Semoga Allah kurniakan kebaikan, kesihatan, kebahagiaan Dan kejayaan buatmu Khalish..Aamin! Nampak memang budak baik dah besar nanti 😃 Comel kek Khalish!! Macam birthday boy jugakk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty Nona, jangan lupa hantar hadiah hahahaha

      Delete
  2. Lucu cucu-nya Mbak...
    Selamat ulang tahun saja buat cucunya. Semoga panjang usia, banyak rezeki dan penuh berkah.
    Oh iya, cucu saya baru 8 bulan. Sedang mulai belajar berjalan.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Mas, makaeh atas ucapannya .. kirim salam pada cucunya yaaa

      Delete
  3. Selamat ulang tahun pertama buat cucu sis lin

    ReplyDelete
  4. Kalau masa jaga anak pun tak garang, jaga cucu apatah lagi. hahah takkan dgn cucu tetiba nenek jadi hulk pulakkan.

    semoga Khalish Zayyan membesar jadi anak yang soleh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Ammi.. dengan cucu semuanya baik aja hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!