BUAT SENDIRI BURGER PROSPERITY McRAMLY ALA McD. Orang kata selagi mampu bertahan, kita boikot laa, kita yang kontrol iman kita, lain-lain kita berserah. Terpulang hak masing-masing kan.
Tapi bila dah nafsu membuak nak juga makan dan rasa burger prosperity sempena perayaan Chinese New Year ni, dan bila Khairul Aming sendiri share resepi dan cara membuatnya, apalagi, yang paling excited nak cuba, anak Sis,Yana.
Hari-hari membelek video KA di TikTok, rasa dah boleh hafal semua bahan dan cara, cuma tunggu masa jerr nak buat.
Ikutlah style dan cara memasing .. |
Dan ada satu masa tu minggu lepas, menantu Sis out station 3 hari, so Yana bermalam di rumah Sis, dan masa tu laa Yana kata nak buat sendiri McRamly ala Prosperity burger McD resepi Khairul Aming ni.
Maknya tumpang happy gakk, dapatlah merasa makan prosperity burger kan hehehehe .. Balik dari kerja, sampai rumah Sis, penuh di tangan barang-barang dan bahan memasaknya Yana bawa balik.
Tapi kami tak buat siang hari sebab siangnya Sis dah masak, so Yana buat malam untuk makan malam. Bahan takde laa banyak sangat guna tapi modal keras juga. Patutlah prosperity burger ni di jual mahal ya.
Amekkaww dengan lesung sekali interframe |
Yana buat 5 ketul burger, Ayahnya pun dapat merasa, anak bujang balik lambat tapi di simpankan untuk adiknya. Jadilah kan merasa sorang satu, dah tau buat, esok-esok rasa nak makan, boleh buat lagi.
Cuma komen Sis, rasa lada hitam tu kurang sikit, kalau Sis yang buat, mau letak banyak lada hitam, lagi pedas lagi sedapkan! .. hehehehe yang penting, bawang Sis kena lebih..
So korang kalau nak mencubanya, boleh laa yaa..
Resepi dan bideo korang boleh tengok sini : Khairul Aming . Ikutlah style dan cara memasing, tak semestinya nak 100% sama macam resepi KA tu kann .. janji dah mencuba .. tapi memang sedap! ..
P/S : Saida 😠#layanglayangperkahwinan ..
Buat sendiri puas makan & puas hati kan sis ...
ReplyDeleteYaa PH walau dapat sorang seketul pun, tapi rasa puas ..
DeleteAda gak teringin nak cuba buat tapi pegi supermarket cari burger oblong ni tak jumpa pulak. Mesti tengah laku keras sekarang hihi.
ReplyDeleteBuatlah Karni, senang, tapi kena lebihkan lada hitam, lagi pedas lagi sedap hehehehe
Delete