CAWANGAN KETIGA LAZY MONDAY KINI DI BUKA DI TEBING BANDAR DATO ONN JB. Selepas pembukaan cawangan pertama di Lazy Monday HQ di Jalan Abdul Samad 1 Sri Gelam, kemudian pembukaan cawangan kedua Lazy Monday 68 Avenue di Gelang Patah, kini cawangan ketiganya pula di buka Lazy Monday Tebing di Bandar Dato Onn pula.
Atas permintaan ramai peminat Lazy Monday yang minta di buka satu cawangan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, akhirnya Lazy Monday ketiganya di buka di Tebing Bandar Dato Onn. Kalau korang yang biasa lepak dan jalan-jalan cari makan di Tebing sana, memang tempatnya meriah dan happening, banyak Cafe & Restaurant makan yang ada di sana.
Bagi mereka yang datang semalam di majlis perasmian, pelbagai aktiviti di sediakan termasuk pertunjukan silap mata, persembahan Drums Up, juga sebelah malamnya ada konsert Masdo, Mamat Exist, Ronnie Hussein dan banyak lagi acara..
3 Januari 2024 berlangsungnya majlis perasmian pembukaan cawangan ketiga Lazy Monday di Tebing Bandar Dato Onn. Majlis di adakan sangat meriah yang di hadiri oleh para pengamal Media, Pempengaruh Media Sosial, JDT Bloggers, dan juga badan-badan agensi kehormat yang mana semuanya adalah usahawanan Johor.
Juga tetamu VVIP YB Tuan Hairi Md Sah, YBS Dato’ Hj Abdul Halim Sulaiman dan kepimpinan #UMNOTebrau juga majlis di rasmikan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi. Alhamdulilah pertama kali juga Sis berdepan dengan MB Johor kita ni.
Ingat nak ajak selfie, tapi bila MB lalu depan kita, kaku lidah tak terucap hahahahaha..
Sebelum acara bermula, semua yang hadir di hidangkan dengan hidangan buffet Nasi Biryani sementara acara bermula. So siapa yang datang awal tu, bolehlah nikmati makanan yang di sediakan. Dalam masa yang sama, kehadiran Team Cosplay (anime tu) memeriahkan suasana. Comel betul yaa..
Tengah-tengah menunggu tu, sound check enjin ekzos motor dari jauh kedengaran, kehadiran Team Harley Davidson dari King Cobra masuk ke ruang park Lazy Monday. Kira-kira dalam 30 biji motor ada, kesahnya dalam reramai tu ada Wak Doyok sekali, Sis ingat Wak Doyok 'klon', rupa betullah itu Wak Doyok hahahaha..
Tak sangka dapat dengar nyanyian vokalis dari Kumpulan Kasawari (cangkung menghadap belakang tu) yang popular satu ketika dahulu. Maaf Bang, terpercikkk 'air hujan' masa berbual semalam hahahaha LOL..
Sebaik aja MB Johor sampai, memang dah tak terkawal keadaan Sis nak terkejar amik gambar, kita beri ruang kepada para pengamal Media & Wartawan aje laa, Sis dapat amik gambar mana yang sempat aja, tu pun penuh kepala dan belakang orang, so kita pinjamlah gambar official dari Lazy Monday Tebing ni ya. (yang betnya dalam ceruk manusia tu, ada gak bukti terselit seketul Sis Lin dalam gambar yang sedang buat kerja)
Memang meriah, ada juga yang kata, ingatkan di Gelang Patah dulu tu dah kira happening, tapi kali ni lagi meriah sungguh rupanya, alhamdulilah murah rezeki founder Lazy Monday Datuk Siti Aminah dan juga Datuk Seri Syamsul yang tak berkira dalam mengadakan majlis pembukaan sebegini besar dan happening.
Sis pun baru tawu rupanya Datuk juga adalah owner kepada Kedai Emas Syamsul tu.. lepas ni bolehlah membeli emas di sana..
So lepas ni jika korang mencari tempat makan best di Johor, korang bolehlah datang walk-in Dine-In atau membeli melalui Drive-thru juga di Lazy Monday Tebing ni. Kalau nak di bandingkan dengan jenama burger-burger yang lain, masing-masing ada citarasanya tersendiri, so sedap itu subjektif, tak cuba belum tau.. tapi masaalahnya Sis pun belum pernah rasa hahahahaha..
Cuma semalam, Sis cuba Coffee Caramel Machiato dia, perghh sedap wooo.. pekat, terasa kopinya, mantap... next bolehlah cuba perisa Coffee lainnya pula. Peminat burgers Lazy Monday ni memang ada citarasanya, kalau tak, takkan sampai viral FYP video TikTok Sis tu yaa.. ramai yang memang suka akan burgernya.. mesti cuba ni..
Lazy Monday Tebing
Lot 11, Tebing, Jln Dato' Onn Utama,
Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor
Untuk pertanyaan :
Phone : +607-5854253
Email : admin@lazymonday.com.my
Website : www.lazymonday.com.my
Gambar sepanjang majlis : Facebook Page akusislin
Video REEL : IG akusislin
Video TikTok : akusislin
P/S : Hari ini seharian hujan yaa.. alhamdulilah ..
best..meriah betul kan opening sana
ReplyDeleteKannn, situ memang happening .,.
Delete