CUTI THAIPUSAM HUJAN SEPANJANG HARI dari semalam petang. Tempat korang hujan tak? Di Pasir Gudang ni dari tengahari semalam membawa ke saat ini masih hujan. Syukur juga semalam petang Sis ada event, Sis gerak awal dan balik pun awal, so takde sangkut dengan jem.
Dan harini hari cuti Thaipusam hujan masih juga turun sepanjang hari. Suami pun kerja harini, Cucu pulak tak datang sebab menantu Sis cuti, so dia jaga anaknya sementara Yana bekerja. Memang rehat laa Sis di rumah harini.
Masak pun dah siap awal harini, Sis masak Sambal Kentang Tempe Bilis rangup permintaan anak bujang Sis. Then ada baki ikan tenggiri beberapa keping tu, Sis goreng dan masak kicap bodo-bodo jer. Goreng sayur bayam, siaplah untuk menu harini.
Sebelum posting ni up, Sis dah siap mengoreng vadey dan karipap untuk minum petang. Berdua aja dengan anak bujang, tapi tetap juga nak buat menu petang, yelaaa nak layan cite Tamil so kenalah ada makanan nak di kunyah-kunyah kann..
Nasib baik hujan, so takde laa fikir bosan ke apa ke kann duduk rumah, kalau tak, pantang cuti memang mengeletis nak keluar, tak kira laa dah gaji ke belum, janji dapat keluar, tapi sebabkan hujan dan hari plak banyak jalan tutup sempena perayaan Thaipusam ni, so kita relax-relax je laa kat rumah. Kalau ke Mall pun, kompom fullhouse kan sana sini, ermmm .. Johor cuti 3 hari hokayyy, payday plak tu, memang laa sesakk..
Ingat malam ni nak godak sagu, nak buat puding sagu sesiap, sejukkan dalam esbox, esok baru makan, mesti sedapkann.. makan sejuk-sejuk. Tapi tekak ni teringat-ingat roti jala cecah sardin makan malam di bufet St Giles malam tadi, sedapnya ya ampunnn..
Dah 3 hotel Sis pergi makan malam buffet untuk ramadan nanti, tapi Sis belum up sebab nak layan dulu mood CNY. Sendiri jadi blur, kejap CNY kejap ramadan hahahaha so takpe kita up pelan-pelan nanti okayy, janji siap kerja..
So far Sis ada rating Sis sendiri.. tapi belum semua, sebab ada lagi berderet list hotel yang Sis terima, cuma maaflah, rasanya tak dapatlah nak penuhi semua jemoutan. Now masa Sis terhad sekali nak terkejar-kejar.. masa tu boleh adjust tapi Sis taknak push diri, nanti terlalu penat.. harap yang berkenaan faham ..
Anyway . May this Thaipusam bring you great joy and fulfilment.
Happy Thaipusam! This Thaipusam, may you experience the grace of the Divine ..
P/S : Tak sabarnya nak cuti panjang …
Sambal kentang tu kann sedap nya, lama tak makan. Memang hujan lebat Rabu dan Khamis di Kuantan jugak.
ردحذفYaa bila lama tak makan, bila masak, boleh jadi meratah, sedap betul /..
حذف