DAPAT JUGA MERASA MAKAN PUNTEN. Viral sana sini orang buat, cari dan makan Punten ni. Sampaikan Sis tetanya-tanya, yang viralkan ni 'orang Jawa' ke?. Sebab Punten ni adalah makanan orang Jawa. Dulu seawal masa mula berkahwin, masa arwah MIL Sis sihat, kalau kata nak balik Sijangkang tu, mesti MIL Sis akan buat, kalau tak MIL, kakak ipar Suami, sebab mereka orang Jawa.
Punten adalah sejenis makanan tradisi dan popular di kalangan masyarakat keturunan Jawa. Malah sajian ini juga tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Rupanya seakan-akan nasi impit namun sedikit berbeza rasanya lebih berlemak kerana nasi dimasak bersama santan. Punten biasanya dinikmati bersama sambal cili padi dan bawang di waktu pagi dan petang.
Sambal hijaunya pula, lagi pedas lagi sedap.. MIL kalau buat, dia suka ikan bilisnya tu rangup-rangup masa gigit, gaul dengan sambal hijaunya, ishhh sedap..
Rasa Punten? Rasa lemak macam nasi lemak di kepal. Dia sedap kalau jangan keras sangat jangan lembik sangat.. sedang-sedang lembut macam pulut..
Kalau tengok resepi senang aja nak buatnya, tapi sebab sapa ajalah nak makan ek kalau buat, so kalau jumpa beli ajalah.. orang kata rezeki, Suami singgah di kedai belakang rumah, tiba ternampak ada Punten ni, Sis pun belilah satu buat rasa-rasa. Sebekas RM12. Tapi alhamdulilah sedap.. sambalnya pun pedas.. next time boleh beli lagi..
Bagi korang yang nak cuba membuatnya sendiri, Sis kongsikan rssepinya yang Sis copy dari facebook. Nak puashati, buat sendiri.. yang pestime nak mencuba rasa, trylah sedap..
Resepi Membuat Punten.
Bahan-Bahannya :
- 1 cawan beras – dibasuh bersih
- 3 cawan santan (campur 2 cawan air + 1 cawan santan pekat)
- 3 helai daun pandan – koyak sikit & simpul
- 1 sudu teh garam
- Secubit gula
- 1 sudu makan minyak @ 1 sudu makan planta
Cara membuatnya :
- Beras dibasuh bersih. Rendam semalaman untuk jimatkan masa memasak. Kalau tidak sempat, rendam 4 ke 5 jam pun sudah cukup.
- Campur semua bahan-bahan diatas. Masak seperti masak nasi biasa.
- Sesekali kacau nasi agar ianya masak rata.
- Bila siap ditanak, tumbuk nasi guna cawan atau anak lesung yang dibungkus dengan plastik. Caranya lebih kurang macam buat Nasi Impit cara traditional.
- Bila sudah siap tumbuk, ambil nasi dan kepal membentuk seperti dalam gambar. Boleh bat depan kipas untuk redakan kepanasan. Jangan lupa pakai sarung tangan juga.
- Punten telah siap disedikan. Boleh dinikmati bersama Sambal Hijau atau Sambal Tumis.
Resepi Sambal Hijau
Bahan-bahannya :
- Minyak masak secukupnya
- Segenggam ikan bilis
- Bawang besar – dihiris
- Cili padi + belacan – dikisar
- Bawang putih – dikisar
- Bawang merah ros – dikisar
- Sedikit udang kering – dikisar
- Ikan bilis secukupnya – dikisar
- Gula perang @ gula putih secukupnya
- Asam jawa
- Sedikit air
- Garam secukup rasa
Cara Memasaknya :
- Panaskan minyak. Kuantitinya agak-agak dengan banyak mana sambal yang anda nak masak.
- Tumiskan segenggam ikan bilis sampai garing.
- Masukkan bawang besar yang dihiris. Tumiskan hingga wangi dan bawang layu.
- Masukkan pula cili padi dan belacan yang telah dikisar.
- Tumis reneh bahan-bahan ini hingga cili berubah warna gelap. Ini tips penting untuk mengelakkan sambal rasa pahit. Perubahan warna menandakan cili dah agak masak.
- Masukkan bawang putih, bawang merah ros, udang kering dan ikan bilis yang telah dikisar. Tumiskan lagi sampai semua nampak masak sebati.
- Masukkan gula perang secukupnya. Kalau tiada, boleh gantikan dengan gula putih. Biarkan gula berkaramel, baru kacau lagi.
- Masukkan pula asam jawa. Agak-agak untuk seimbangkan rasa pedas tu. 9.Boleh masukkan sedikit air. Boleh juga tambahkan perasa tambahan.
- Renehkan sambal sampai cukup masak. Tambahkan garam di akhir masakkan. Siap dan bolehlah dihidang bersama Punten tadi.
Selamat mencuba ..
P/S : Macam-macam ek makanan di viralkan ermmm ... rezeki peniaga..
kalau saya pun tak rajin nak buat kak,yang makannya tak ramai..takat nak melepas tekak sendiri baik beli je cukup untuk merasa
ردحذفKannn, sama laa rumah ni, takat makan sorang, beli je laaa
حذفaku first time nampak punten ni kat TikTok ade kedai mamat tu viral sampai MBSA pun datang satu van...seriau dia, ingatkan ada buat salah...ahahahah..
ردحذفtak pernah rasa, tapi katanya macam nasi lemak kepal...
Yerr Sunn, viral sekarang Punten ni.. sedap.. nanti ko balik Malaysia, bolehlah cuba buat sendiri ..
حذفtgk dok lalu lalang kt fb..teringin jgk rasa tapi kt kelantan mana ada org jawa..haha
ردحذفTry buat sendiri Cik Nor kalau nak rasa, sedap memang ..
حذفPehhh.. mesti tebal wallet orang jual punten tu. Senang aje buatnya pun bahan pun mudah dan murah.
ردحذفYerr Kak, tengok resepi senang, sekali harga hehehehe sedekah je laa
حذفMeriah musim punten sekarang ni. Harga boleh tahan juga. Kalau tak rajin dan nak cuba rasa memang beli je lah kaedahnya. Tapi kalau rajin, boleh cuba buat. Dapat sambal pedas tu memang best lah kan.
ردحذفKann Fizah.. dapat rasa sekali jadi laa, sedap air tangan MIL Sis lagi laa.. sebab Jawa asli ..
حذف