KETENANGAN JIWA ADALAH SEGALANYA. TENANG IS GOOD

Sis Lin
4
KETENANGAN JIWA ADALAH SEGALANYA. TENANG IS GOOD. Manusia terlalu inginkan ketenangan sehinggakan sanggup memburu kekayaan dan kemasyhuran yang disangkakan boleh memberi ketenangan. Ketenangan tidak boleh dianggap sebagai aksesori persekitaran, oleh itu, kekayaan bukanlah kayu pengukur kepada ketenangan.

Setiap manusia akan menghadapi mati, sama ada bersedia atau tidak, kita akan dipanggil menghadap Ilahi apabila tiba waktunya. Apa yang didambakan setiap manusia ialah apabila tiba ajalnya nanti, Allah SWT memanggilnya dengan panggilan 'wahai jiwa yang tenang'. 

Apa maksud tenang bagi korang? Sis sebagai surirumah, isteri dan juga ibu, bagi Sis tenang itu 'ikhlas'.. Ikhlas dalam segala hal, baik melakukan tugas sebagai isteri, ibu dan juga untuk diri sendiri. Kalau hati tak ikhlas dalam segala perbuatan, memang hidup susah nak tenang. 

Korang cubalah, seharian buat kerja rumah, then membebel dan merungut, time nak tidur, memang akan rasa gelisah, tapi jika semua perbuatan kita ikhlas, tidur lena dan tenang. Cuma tenang bagi sesaorang lain-lain definasinya.. 

Terpulang.. sebab tenang tu ada pelbagai bahagian. Untuk orang yang bekerja lain, surirumah lain, pelajar lain, dan tenang bagi jiwa 'sesaorang' pun lainn.. Cuma ada benda kita boleh ikhlas, ada benda kita takkan lupa sampai bila-bila .. 

Tenang is Good

TIDAK PERLU 
Bertindak balas terhadap segala-galanya

1. Saya 'Perlahan-lahan' Belajar Bahawa Saya Tidak Perlu Bertindak Balas Terhadap 'Semua' Yang Mengganggu Saya.

2. Saya perlahan-lahan belajar bahawa saya tidak perlu menyakiti orang yang menyakiti saya.

3. Saya perlahan-lahan belajar bahawa mungkin tanda 'kesempurnaan' adalah dengan pergi jauh  daripada membalas dendam.

4. Saya perlahan-lahan belajar bahawa tenaga yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap setiap perkara buruk yang berlaku kepada saya, saya akan menghabiskan tenaga saya dan menghalang saya daripada melihat perkara-perkara baik dalam hidup.

5. Saya perlahan-lahan belajar bahawa saya tidak akan menjadi pilihan setiap orang dan saya tidak akan dapat membuat setiap orang memperlakukan saya sebagaimana saya ingin diperlakukan 'dan itu saya anggap okay.'

6. Saya perlahan-lahan belajar bahawa cuba begitu keras untuk ‘memenangi’ sesiapa pun hanyalah 'buang' masa dan tenaga dan ia hanya akan mengisi saya  dengan 'kekosongan.'

7. Saya perlahan-lahan belajar bahawa tidak bertindak balas tidak bermaksud saya bersetuju dengan perkara itu, ia hanya bermaksud saya memilih untuk 'mencipta' keadaan tenang yang lebih baik.

8. Saya memilih untuk mengambil 'pelajaran' yang diberikan dan belajar daripadanya. Saya memilih untuk menjadi 'lebih baik' dari itu.

9. Saya memilih ketenangan jiwa saya kerana itulah yang saya 'benar-benar' perlukan. Saya tidak perlukan lebih banyak drama. Saya tidak perlukan orang membuat saya berasa seperti saya tidak cukup baik. Saya tidak perlukan pergaduhan dan pertengkaran dan 'hubungan' palsu. Saya perlahan-lahan belajar bahawa kadang-kadang 'tidak' berkata apa-apa langsung pun bermakna segalanya.'

10. Saya perlahan-lahan belajar bahawa bertindak balas terhadap perkara yang membuat saya  marah memberi seseorang kuasa atas 'emosi' saya.

11. Saya  tidak boleh mengawal apa yang orang lain lakukan tetapi saya  boleh mengawal bagaimana saya  bertindak balas, bagaimana saya  menanganinya, bagaimana saya  memahaminya dan 'sejauh mana' saya ingin mengambilnya secara peribadi. Saya perlahan-lahan belajar bahawa yang terbaik kebanyakan masa, situasi 'tidak bercakap atau tidak komen' apa-apa tentang saya dan tentang orang lain.

12. Saya perlahan-lahan belajar bahawa walaupun saya bertindak balas, ia tidak akan mengubah apa-apa, ia tidak akan membuat orang tiba-tiba mencintai dan menghormati saya, ia tidak akan secara ajaib mengubah fikiran mereka.

13. Kadang-kadang lebih baik untuk hanya membiarkan perkara berlaku, biarkan orang pergi, 'jangan' berjuang untuk penutupan, 'jangan' meminta penjelasan, 'jangan' mencari jawapan dan 'jangan' harapkan orang lain memahami diri kita.

14. TENANG IS GOOD

Kredit : Dr Sahol Hamid Abu Bakar


P/S : Tak sabarnya nak bercuti panjang.... mood holiday dah merasukkkkk.. 
Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tenang bagi sy ialah tidak ambil tahu hal orang lain dan orang lain tak ambil tahu hal saya, hihi.

    ردحذف
    الردود
    1. Lagi tenang Kak.. kadang hidup ni perlu privasi kecuali bila ada yang mula mengganggu kita ..

      حذف
  2. tenang bagi Linda, boleh buat kerja rumah bila rase nak buat...sukati lah...hihihi...sebab Linda bekerja kan...jd, mlas nk serabut2 psal kerja rumah yang takkan habis nie...boleh masak, kita masak...voleh lipat kain, kita lipat..boleh basuh baju..kita buat...

    ردحذف
    الردود
    1. Samalah .. Sis kalau buat kerja dalam keadaan marah, memang tak tenang... so memang akan Sis lantakkan aja kalau tak masak hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!