MAKAN MALAM DI GBW HOTEL ADA AYAM GOLEK!. Bila nampak dan terbaca ada ayam golek, Sis sangat teruja juga yaa, sebab Sis seisi keluarga memang suka makan dan beli ayam golek. Boleh di katakan kalau hujung minggu atau time anak balik ke rumah, mesti beli ayam golek, lagipun dekat area Sis ni aja ada menjualnya. Tak payah tunggu ramadan.
Bezanya ayam golek di GBW Hotel ni agak lain sikit meriahnya. Pestime juga nampak dalam hotel ada ayam golek live station macam ni weiii.. biasa ayamnya dah sedia terlentang atas dulang, ni betul-betul dia bergolek atas pemanggang, nak makan baru di potong, menarik kann..
Dan perapan dia pun agak lain Sis tengok, tidaklah terlalu 'hangus' terbakar, tapi elok sedang aja, pesnya di sapu seakan merah tapi mengekalkan juicy pada kelembutan ayam yang di panggang, itu yang Sis suka, lagi Sis ni suka makan isi ayam, so bila makan isi tu, rasa tak muak.. ishh sedap laa..
Memang puaslah makan ayam aja! Makan pula dengan sos percik, sos Thai atau sos blackpepper, lazat!
Bukan itu sahaja, juga terhidang hidangan-hidangan lauk pauk dengan lebih dari 50 jenis hidangan. Menu kambing ada, udang, sotong, ikan, mee rebus, bubur, ulam ulaman, rojak dan banyak lagi!!.. Psttt ayam korea pun ada yaa.. sangat berbaloi dengan harga yang di bayar. Korang kena cuba .
Yang nak makan nasi berlauk, boleh ceduk nasi putih beserta lauk-pauk. Dan menu lauk-pauknya juga akan bertukar setiap hari. Mungkin harini korang baca dan lihat menu yang Sis up tu ada, tapi esok lusa korang pergi, lain pulak menunya, ye laa takkan nak makan menu yang sama hari-hari kan..
Taknak makan nasi putih, ada juga hidangan Nasi Teppanyaki. Ada juga Bubur putih, atau makan roti cecah sama Sup Kambing, pun adaa.. Taknak makan nasi, ada juga station Mee Rebus. Nak western ada Beef Lasagna, so apa lagi korang nak? Kalau semua taknak, ko kata diet, baik kau duduk rumah je laa, nyampah kita wakkkk ...
Hidangan pencuci mulut, berderetan menu tersedia, aneka macam jenis kek, kuih-muih tradisional, puding jelly, juga ada buah-buahan pilihan dan ais kacang untuk korang nikmati. Keropok goreng pun ada beserta jeruk-jeruk.
Minuman panas dan sejuk juga tersedia termasuk aneka macam jenis ais krim pun ada. Paling suka ada perisa mint hehehehe.. bestnya tu ada calung, haaa barulah feel makan ais krim lagak kekanak kannn.. apa barang pakai mangkuk hahahahaha..
Untuk makan malam ni, korang hanya boleh nikmati hanya pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sahaja ya.. bukan hari-hari .. jangan pulak korang datang hari selain 3 hari tu, kang korang kata Sis salah bagi info, kita dah bagitau ni yaa.. sila rajin membaca.
Happy birthday Huda, moga yang baik-baik aja buatmu. Hadiah menyusul kemudian.. |
Malam Sis datang makan tu, dapatlah buat surprise birthday untuk salah seorang JDT Blogger team Sis, Farahuda. Mula dah plan, tiba Huda kata tak jadi datang, so okaylah cuba lain kali, tiberrr eh dia kata dia pergi, so dapatlah surprise dia besday kek dan nyanyian beramai-ramai, thanks GBW Hotel untuk sebiji kek birthday untuk Huda ..
Untuk makluman korang, 3 hari makan malam tu (Khamis, Jumaat & Sabtu), ayam golek tetap ada pada 3 hari itu.. so jangan bimbang yaa.. harga pun tetap sama seperti di war-warkan, tiada caj tambahan.
Kalau nak booking, eloknya booking awal, sebab di sini selalu fullhouse. Yaa ramai datang makan sini sambut harijadi dan buat reunion, sebab harga yang di berikan sangat murah dan berbaloi.
Now ada promosi Beli 7 percuma 1!!!
So apalagi, jemputlah datang yaaa.
Segala details Sis sertakan di bawah..
Buffet Dinner GBW Hotel
Setiap Khamis, Jumaat & Sabtu
Dari jam 6.30PM - 9.30PM
Harga per/pax :
RM58.00nett/Dewasa
RM48.00nett/Warga Emas (60+)
RM38.00nett/Kanak-kanak (6-12 tahun)
Buat tempahan awal sehari sebelum.
Untuk tempahan/booking :
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558
📞 Ms. Urfa : 016-710 0073
Untuk lebih banyak gambar : facebook page akusislin
Video REEL : IG akusislin
Video Tiktok : akusislin
P/S : Nanti nak bawa anak & menantu Sis makan di sini, memantu Sis memang 'hantu' ayam hahahaha
Ohh Sis. Serious lah semua nya nampak sedap sangat. BW hari ni, 95% post ttg food. Rasa nak korek2 screen haha.
ردحذفHehehe kann, now dah start laa sana sini post bufet ramadan Mulan..
حذفnampak sedap semuanya...puas hati taw...tp tula, linda nie jenis tak boleh makan banyak...jd agak rugi sebenarnya kalau pergi buffet
ردحذفDari rasa dan harga, memangs angat puashati Adnil ..
حذفMenggoda betul ya ayam golek tu
ردحذفSeksi juga kann hehehehe
حذفHehehe, thank you Sis Lin for the surprise =D
ردحذفMost welcome Huda ...
حذف