MENU BERBUKA PUASA HARINI MASAK SUP AYAM TUMIS DARAT

Sis Lin
8
MENU BERBUKA PUASA HARINI MASAK SUP AYAM TUMIS DARAT. Tekak dah berapa hari memang teringin nak masak sup ayam tapi nak masak style tumis darat. Lama tak masak cara macamtu, sedangkan mudah aja nak masaknya.

Beberapa hari lepas nak masak ayam pulak habis stok, so semalam Suami singgah pasar Masai, belilah 2 ekor ayam. So bila ayam ada, bahan pun semua ada, dan harini Sis puasa sunat Isnin, Sis masak Sup Ayam Tumis Darat sebagai menu utama berbuka puasa. Kemudian goreng sayur pakchoy hijau, dan buat Sambal Kicap. 

Kali ni Sis masak sup ayamnya guna Sup Bunjut Ikan, sebab nak kasi rasa daun bay dalam kuah sup tu. yerr kalau beli sup bunjut ikan, dalamnya ada daun bay juga rempah 4 sekawan, so senang, ko campak aja semua ke dalam periuk. 

Menu Berbuka Puasa Harini Masak Sup Ayam Tumis Darat

Cara masak sup tumis darat ni begini, ayam di masukkan ke dalam periuk, masukkan akar ketumbar, halia ketuk, sup bunjut ikan beserta daun bay tu, rempah tumis 4 sekawan ke dalam periuk, kemudian masukkan kentang yang dah di potong dan masuk air secukupnya.

Biarkan mendidih, bila dah mendidih masukkan serbuk rencah sup, Sis guna rempah sup Adabi. Ikutlah rasa memasing. Then biarkan mendidih perlahan. Sementara tu sediakan kuali, tumis bawang kecil, bawang putih dan sedikit halia. Tumis sampai garing. 

Setelah itu tutup api dan masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk sup. Biarkan mendidih dan masukkan daun bawang dan daun sup. Letak bahan perasa dan didihkan hingga ayam dan kentang masak dan lembut. Mudah aja kann.. 

Menu Berbuka Puasa Harini Masak Sup Ayam Tumis Darat

Korang bolehlah mencubanya ya. Masa berbuka tadi, Sis panaskan dan makan dengan sambal kicap, tabur daun bawang dan daun sup, letak bawang goreng, aduhhh nikmatnyaaa.. sedap betul, alhamdulilah Allah beri nikmat makan sedap masakan sendiri walau memasak sedang berpuasa. 

Tadi buka IG ternampak Khairul Aming post dan war-warkan produk terbarundia Dendeng Nyet Berapi yang bakal dinjual pada hari Jumaat ni secara live di media sosialnya.. perghhh gigih laaa nak battle nanti kann.. Sis pulak suka makan dendeng, memang nak kena beli juga ni..

Stanby laa Jumaat ni yaa.. 


P/S : Esok off dapur, ada jemputan makan malam esok, di mana? Tungguuu .. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. alhamdulillah...Linda tak puasa pun semalam...semoga diberi kekuatan dan hidayah puasa next khamis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, jika berpeluang puasa aja Linda..

      Delete
  2. sis Lin masak dendeng lagi sedap kut dari Khairul Aming... Cer kalau Sis Lin yang jual, boleh dapat kuota pembelian blogger JDT tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tapi niatnya nak try juga, nantilah nak dekat raya nanti ...

      Delete
  3. Baik ada kesempatan nanti saya cuba

    ReplyDelete
  4. Sedap nya sup, favorite di rumah ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!