RAJA DI HATI RAKYAT. Semalam satu Malaysia menangisi keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pulang ke Kuantan.
Suasana hiba menyelubungi Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tatkala Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengucapkan selamat tinggal.
Sis yang menyaksikan secara langsung di TV pun tidak dapat menahan sebak ketika Agong dan Raja Permaisuri Agong melambai sebelum menyaksikan keduanya berlepas pulang ke Pahang.
Didoakan baginda berdua serta seluruh Kerabat Diraja dikurniakan keafiatan dan dilimpahkan kesejahteraan berpanjangan. Moga kasih sayang rakyat terhadap baginda berdua kekal buat selamanya.
Daulat Tuanku!
Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan 2019 menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Jan 2019.
Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok (Hari ini) - BERNAMA
P/S : Kepulangan #agongkita betul terkesan di hati rakyat kannn 🥺 ..
Pada SA Agong yang ke 16 ni yang paling best mesra rakyat...x sabar nak tengok pertabalan Agong ke 17 plak...
ردحذفKannn SA, terkesan di jiwa rakyat ...
حذفSaya terpesona memandang foto Raja dan Permaisuri menaiki Gajah, Mbak.
ردحذفMelalui posting ini saya menjadi sedikit faham mengenai tradisi pemerintahan di Malaysia.
Salam,
Trima kasih Mas..
حذف