SKIN AQUA NEXTA SHIELD SERUM UV ESSENCE BUKAN PELINDUNG MATAHARI BIASA. Pelindung Matahari dari Sunplay Sedia Memukau dengan 8 Kandungan Serum Kecantikannya. Sunplay sangat teruja untuk memperkenalkan inovasi terbaharunya dalam perlindungan matahari, Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence.
Pelindung matahari terbaharu ini ditetapkan untuk merevolusikan rutin penjagaan kulit korang dengan gabungan unik 8 serum kecantikan, menawarkan perlindungan dan khasiat menyeluruh untuk kulit korang.
Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence didatangkan dengan pelbagai manfaat, seperti:
Perlindungan UV Spektrum Luas
Menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap sinaran UVA dan UVB, serta melindungi kulit korang daripada sinaran ultraungu berbahaya yang boleh menyebabkan selaran matahari dan penuaan awal. Selain itu, ia memerangi pembentukan bintik-bintik gelap untuk memastikan kulit korang kekal sempurna.
8 Bahan Serum Berkhasiat
Sesuai untuk sesiapa sahaja, jenama pelindung matahari Jepun yang digemari ini telah merumuskan produk terbaharunya dengan 8 bahan pelembap yang bersumber alam semula jadi. Bahan-bahan ini termasuk ekstrak Geranium Robertianum, Tocopherol, ekstrak Oenothera Biennis, derivatif Vitamin C, ekstrak pir, ekstrak kulit oren, asid hyaluronik, dan bahan utama, ekstrak articok.
Ekstrak articok terkenal dengan keberkesanannya dalam melawan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh penuaan melanosit dan menggalakkan pengeluaran glutation. Ianya bermain peranan utama dalam mengawal pengeluaran melanin, dengan itu mencegah bintik gelap.
Meningkatkan Keserian Kulit
Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence memberi nutrisi pada kulit korang dengan memberikan penghidratan yang kuat dan berkekalan. Ia meningkatkan keserian kulit korang dengan menyebarkan cahaya, membetulkan kekusaman kulit, dan menampilkan kulit yang lebih cerah.
Anti-pencemar
Dalam persekitaran yang dipenuhi dengan bahan pencemar berbahaya, pelindung matahari ini berfungsi sebagai perisai korang. Ia berkesan melindungi kulit korang daripada bahan pencemar alam sekitar, termasuk zarah PM2.5, membantu korang mengekalkan kulit yang lebih sihat dan jernih, walaupun dalam persekitaran bandar.
Formula Mesra Terumbu Karang
Manfaat pelindung matahari yang luar biasa ini tidak terhad kepada kulit. Dirumus tanpa Octinoxate, Oxybenzone, Cyclopentasiloxane, dan Cyclomethicone, pelindung matahari ini mempunyai formula mesra terumbu karang yang menjaga kulit korang dan alam sekitar.
Dengan ini, Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence bukan sahaja sekadar pelindung matahari; ianya juga penjagaan kulit dan pelindung matahari yang dipadatkan dalam botol untuk kemudahan korang dan pemakaian yang mudah.
Selain itu, Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence telah menjalani ujian alahan dan diketahui sesuai untuk kulit sensitif. Teksturnya yang licin dan cepat menyerap memastikan rasa ringan, jadi korang boleh menikmati semua faedah ini tanpa sebarang ketidakselesaan.
Alami tahap perlindungan matahari dan penjagaan kulit yang seterusnya dengan Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence. Dapatkan Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence (70g) korang pada harga RM85.00 di mana-mana farmasi tempatan, termasuk Watsons dan Guardian, atau platform e-dagang anda, Lazada atau Shopee, sekarang.
P/S : Bila dah menua ni, ada masa malas nak pakai apa-apa produk tapi... takut plak kulit jadi kulit ubi kayu hahahaha..
Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
ردحذفYang benar,
Permaisuri Cuya.
Terima kasih Cuya .. nanti Sis belek semula.. ke dah terlepas ...
حذف