AKU SEDANG BELAJAR MEMANDU KERETA PAKAI KASUT. Korang memandu kereta pakai kasut/selipar ke atau berkaki ayam? Sis sejak bertahun-tahun ada lesen memandu, memang memandu berkaki ayam. Suami berkali juga tegur, minta Sis belajar pakai kasut/selipar ketika memandu, tapi alaaaaa tak reti laaa..
Bila pakai kasut/selipar rasa tak selesa, macam rasa kaki tu tak jejak pedal minyak tu hahahaha.. tapi sekarang, Sis sedang belajar memandu kereta menggunakan kasut. Dah berapa kali juga cuba ni, so far nampak okayy jerr, cuma ada kala kalau memandu jarak jauh sikit, nak selesa Sis berkaki ayam.
Apa yang Sis tau dan faham, mengikut standard keselamatan, kita perlu memakai kasut ketika memandu dan sebaik-baiknya yang mempunyai permukaan rata. Kasut dengan permukaan rata membolehkan cengkaman yang lebih baik pada pedal kereta. Jika cengkaman pada pedal minyak atau brek tidak baik, ia dikhuatiri boleh menyebabkan tergelincir.
Ramai antara kita gemar untuk memandu tanpa memakai kasut kerana merasakan dengan cara itu ia membuatkan diri ‘lebih dekat’ kepada kereta. Pemandu rata-ratanya gemar untuk tidak memakai kasut atas alasan lebih selesa, malah ada juga pemandu dari kalangan wanita yang gemar memandu dengan menggunakan kasut tumit tinggi.
Tahukah korang, kedua-dua tindakan ini boleh mendatangkan bahaya, terutamanya apabila berhadapan dengan situasi cemas di jalan raya? Menurut kajian, 40 peratus wanita mengaku memandu menggunakan kasut tumit tinggi, 39 peratus pula memakai sandal, dan 24 peratus hanya berkaki ayam.
Dalam kajian sama, 27 peratus pemandu lelaki mengaku memandu dengan memakai kasut, dan 22 peratus lagi memandu dengan berkaki ayam. Kasut membantu memberi tekanan pada kaki ketika memandu, berbanding dengan hanya berkaki ayam. Selain itu, ia juga melindungi kaki sekiranya kemalangan berlaku secara berdepan.
So korang yang berkaki ayam, kenalah belajar memandu memakai kasut/selipar yaa.. jomm kita..
P/S : Hati tengah geram dan terkilan tengok rim kereta sumpikk huwaaaa 😭
Lin, kak ana pun sejak dari dapat lesen memang drive kaki ayam tak pernah lagi berkasut selesa sangat rasanya hehe :)
ردحذفKan Kakk, rasa lain kalau tak pijak dengan tapak kaki hahahaha
حذفLogo bendera negara manalah yang kena pijak kasut tu
ردحذفHahahahahaha nasib laaa kan Wakkkk
حذفMA memang x reti kalau berkaki ayam.mesti nak pakai kasut..dulu boleh juga drive pakai selipar. nowadays mesti nak kasut bertutup...lagi selesa rasa
ردحذفWaaa bagusnya MA, Lin tak reti, but now tengah belajar berkasut hehehehe
حذفDari dulu arwah ayah dah warning suruh pakai kasut masa drive. Sampai sekarang la pakai.
ردحذفHahahaha bagus, Suami Sis pun dah mula bebel gakkkk
حذفooo kisahnya sis tak suka drive pakai kasut eh hahaha
ردحذفHahahaha iyerrr... now tengah latih pakai kasut hahahaha
حذف