BAHANG RAMADAN KIAN TERASA. Harini Jumaat merupakan hari Jumaat terakhir dalam bulan Rejab. Dan Lusa masuklah bulan Syaaban dan seterusnya Ramadan bakal menjelma. Kita cuma ada masa hanya 32 hari sahaja mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadan. Sudahkah korang selesai menganti puasa? Alhamdulilah jika sudah ..
Dan sekarang pun bahang Ramadan kian terasa. Cuaca panas di Johor berterusan, rasanya lama hujan tidak turun. Kalau sebelum ni hari-hari hujan, tapi rasanya sudah hampir 2 minggu hujan tidak turun di Pasir Gudang ni. Kalau ada pun hanya hujan sekali lalu.
Tempat korang macam mana? Hujan ke panas ke?
Harini juga merupakan hari 'Makan Besar' kaum cina sebagai tanda memyambut Tahun Baru Cina esok. Alaaa rindunya nak makan-makan besar bersama macam dulu. Dulu masa Atok Cina Sis ada, kitaorang adik baeradik memang menunggu masuknya Tahun Baru Cina, bukan sebab nak collect angpow tapi sebab nak kumpul makan besar bersama.
Meriah.. time ni laa nak jumpa semua Pakcik Makcik dan juga sepupu Sis.. but now, urmmm memasing semua dengan hal memasing, kesibukan dunia telah menjarakkan kami, yang mampu hanya hantar ucapan selamat Tahun Baru Cina dan hantar hadiah sebagai mewakili keluarga.
Moga satu hari nanti akan ada peluang lagi untuk Sis dan family semua berkumpul macam dulu, rindu saat itu..
Dah musim panas ni, jangan lupa banyakkan minum air banyak-banyak, jaga kesihatan untuk persiapan Ramadan. Now sana sini juga Sis dengar banyak yang sakit dan warded hospital. Sis pun risau juga akan diri sendiri, sebab tu lately ni memang Sis banyak rehatkan diri aja di rumah kecuali ada masa pergi event, itu pun malam.
Isnin dan Khamis macam biasa, jika berkemampuan Sis berpuasa Sunat, jika tidak, dah kena start juga kontrol pemakanan dan makan makanan sihat untuk ajar perut nak berpuasa nanti. Kang kalau hentam makan aja, ada terkejut pulak perut time Sahur dan berbuka puasa nanti kan.
Tapi okaylah suka dengan keadaan cuaca panas sekarang, sebab panas-panas pun berangin. Angin memang kuat, sampai habis daun kering masuk ke dalam laman parking Sis, tapi nak menyapunya aja malas hahahaha.. jangan kata menyapu, nak siram pokok pun, tengok matahari, terus masuk dalam rumah, malam baru siram, kesian pokok aku hahahaha..
BIla musim berangin sampai, maknanya akan berlangsunglah Festival Layang-Layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang ni tidak lama lagi. Kena pulak dah cuti sekolah, bolehlah korang datang bawa family ke sini yaa. Festival yang bakal berlangsung bermula 24 Februari sehingga 3 Mac ini bakal menyaksikan pembabitan 135 peserta antarabangsa dari 39 negara dan juga lebih 400 peserta tempatan
Ya Allah, sampaikan aku [dengan selamat menuju bulan] Ramadhan. Sampaikanlah Ramadhan kepadaku, dan terimalah [amal-amal] ku [di bulan] Ramadhan.
P/S : Tiba-tiba rasa sedih harini... erntahlah 😢
yela mlm ni makan besar CNY! hehehe
ردحذفHehehe selamat bercuti Ana ...
حذفpejam celik pejam celik ramadhan dah
ردحذفKann Dana, sekejap masa berlalu ...
حذفsedih teringat kenangan makan besar bersama ahli keluarga lah tu sis...
ردحذفbila berkumpul sedara mara nie, lain feel dia...
nk masuk Ramadhan, memang menguji betul..hihihi
Yaa Linda.. mengamit kenangan sungguh ..
حذف