BAWA CUCU BELI BAJU RAYA DI BUTIK KACAX. Tiap tahun, dari beli baju sendiri, Suami, anak lelaki, menantu dan tahun ni baju cucu pula, pilihan Sis tetap Butik Kacax setiap kali beli baju raya. Bukannya apa, Sis suka sebab banyak pilihan dan size yang ada.
Untuk tahun ni, Sis ke Butik Kacax di Uda Business Center (UBC) teman anak Sis mencari baju raya anaknya. Beli awal so takde la nanti kelam-kabut dengan orang ramai, takut nanti takde warna dan size jer kan, lagipun time gini orang tak berapa ramai, so selesa laa sikit nak memilih dan test bajunya.
Di Butik Kacax ni, korang boleh pilih design dan warna juga size dari XS hingga ke XXL pun ada. Warna pun banyak pilihan. Design dari Teluk Belanga, Cekak Musang, Kurta dan Kemeja pun ada, termasuk lengan pendek atau panjang.
Nak yang plain ada, yang bercorak pun ada. Design-design terkini mereka sangat cantik, kualiti kainnya pun tidak panas, dan setiap pasang baju (cekak musang) tersedia jual dengan butang bajunya sekali jika korang mahu. Sampin pun ada di jual sekali. Uniknya, butang bajunya di perbuat khas dari tempurung kayu.
Tengok ajalah gelagat cucu Sis bila dipakaikannya baju melayu Kacax tu, nampak dia selesa dan tidak merengsa kan?. Size budak juga dari setahun hingga kanak-kanak pun ada. Termasuk juga baju kurta pun ada.
Fitting room ada di sediakan dan staff yang bertugas pun ramah. Ada ruang menunggu sementara keluarga memilih. Memang selesa laa layanan di sini. Harga untuk setiap baju berbeza mengikut size, design dan kualiti bajunya. Tapi sekarang pun dah ada potongan harga untuk baju dan design pilihan. Memang berbaloilah siapa datang membelinya nanti.
Antara sebab menjadi pilihan Sis setiap tahun ;
- Banyak Pilihan Warna
- Pilihan Size dari kanak² hingga dewasa
- Pilihan baju Melayu Cekak Musang & Teluk Belanga
- Kurta dan Kemeja pun ada
- Design plain atau bercorak pun banyak pilihan.
- Kualiti kain yang tidak panas
- Harga yang berpatutan
- Diskaun perayaan
Senangkan semua dalam satu butik, tak payah nak ke sana sini survey dah. Pergi setempat, siap semua untuk sekeluarga.
So jika korang masih mencari baju untuk hari raya atau majlis keraian nanti, korang datanglah ke Butik Kacax atau Butik Jamilah (untuk perempuan) nanti. Untuk booth Hari Raya juga akan di adakan. Untuk butik, Sis sertakan alamat di bawah ini ya.
Uda Business Centre (UBC)
Lokasi Butik Kacax
No. 24, Jalan Padi Emas 1/4,
Uda Business Centre,
Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Buka dari jam : 10.00am - 7.00pm
Plaza Angsana ;
Lokasi Butik & Booth Kacax
Butik KACAX , Level 3
Booth KACAX Level 2
Lokasi Butik & Booth Jamilah
Butik JAMILAH Level 3 (sederet Butik Kacax)
Booth JAMILAH Level 2
Buka dari jam : 10.00am - 10.00pm
Booth raya di B5 Tampoi juga akan di adakan.
No untuk di hubungi : 019-7341 037 / 019-7351 037
Segala info dan pertanyaan, korang boleh ke FB, IG dan juga Tiktok KACAX .
Untuk lebih banyak gambar di Butik Kacax : facebook page akusislin
IG posting : IG akusislin
TikTok Posting : TT akusislin
P/S : Korang dah buat persiapan raya ke? Sis tahun ni semua dah siap awal hehehe..
Untungla cucu dapat baju raya kacax
ReplyDeleteRezeki cucu Wak, alhamdulilah ...
Deletewah, raya sakan la khalish. pakai baju kacax lagi bertambah comel
ReplyDeleteHahaha kan, tema tahun ni merah hahahaha
Delete