BEREHAT SEKETIKA, MASA UNTUK KELUARGA

Sis Lin
0
BEREHAT SEKETIKA, MASA UNTUK KELUARGA. Semalam adalah hari dan event terakhir Sis untuk event #buffetramadan2024 bagi bulan Februari. Yaaa Fenruari jer, nanti 5 March kita sambung balik hahaha. 

Sis berehat seketika, masa untuk bersama keluarga pulak. Harini anak sulung Sis balik dari KL -JB hingga hari Ahad, so masa yang ada ni nak habiskan bersama keluarga. 

Rumah pun dah berkemas, cadar pun dah ganti, tuala semua dah siap susun untuk anak-anak, lega rasa lapang mata dan dada.. 

Berehat Seketika, Masa Untuk Bersama Keluarga
Nanti dah tak jaga Cucu, nak buat apa ekkk ermmmm

Suami pun asyiklah tanya, ‘Kakak jadi balik tak?’, bukannya apa dah berkali anaknya tu minta Ayahnya belanja makan sesama. Lagipun ada perkara yang nak kami sekeluarga bincangkan. 

Yana pula, harini hari terakhir dia bekerja, selepas ni dia akan jaga anaknya sendiri (Cucu Sis) di rumah. Antara sebab berhenti, dia nak tumpukan perhatian pada anaknya yang sedang membesar, dan juga nak redakan sakit slip disc dia yang makin menjadi-jadi sakitnya, kesian tengok dia. 

Now dia tengah jalani pisio dulu, jika tak ookay juga, kenalah warded dan buat rawatan susulan. Sampai tak boleh tak bangun sendiri jika dia baring. Dah tahap kejang satu badan. 

Berehat Seketika, Masa Untuk Bersama Keluarga
Balik event setiap hari kena minum Drintox Lofar ni, baru lega isi perut.. 

So harini nak siapkan draft mana posting yang tertangguh, tak banyak, untuk buffet ramadan, Sis hanya ada satu aja nak di siapkan, lain-lain semua dah settle termasuk IG, FB dan juga TikTok. Baguskan blogger macam kita, semua laman sosial nak update kan, tu pun ada yang tak reti nak menghargai, masih ada yang ‘pilih kasih’ … 

Tapi harini Sis tak masak sebab anak kata dia sampai JB nak hunting Cafe, esok aja Sis masak, kemain banyak permintaan menu dari anak-anak. Dan Sis ajak juga adik-adik datang sekali untuk bacaan Yassin keluarga. 

Inshaallah moga Allah permudahkan segala urusan. 


P/S : Buat blogger-blogger semua, all the best ya! Selamat mengupdate! 😆

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!