BILA CUCU DAH PANDAI TERUJA DAN BERMAIN DI LEGOLAND. Tak sangka bertahun-tahun berkolaborasi dengan Legoland ni sebagai media blogger, dari anak-anak bersekolah, sampai dah berkahwin, now dah ada cucu, hinggakan sekarang rezeki cucu pulak dapat bawa dia ke Legoland tiap kali ada event di sana, alamdulilah.
Rasanya dah dua kali bawa cucu masuk Legoland ikut Sis ke event di sini, tapi masa awal tu cucu masih kecil lagi, so pandai tengok jer tapi tak teruja. Now cucu dah setahun, dah mula pandai bermain, bila masuk ke dalam Legoland, whoaaa dia punya excited tu lain macamm, siap terjoget-joget bila dengar muzik dan nampak mascot.
Cuma apa yang Sis perhatikan, cucu Sis ni macam seram dan takut dengan mascot sikit, dia nampak teruja tapi bila mendekat dia jadi takut, kalau dukung dia tu, di pegang kuat badan kita hahahaha.. buat masa ni takde lagi terjumpa badut, nak tengok juga, cucu takut ke tidak hahahaha..
Baru-baru ni Sis ke Legoland sempena sambutan Lunar New Year mereka pada tahun ini. Meriah betullah kalau di sini tiap kali musim perayaan, akan ada deko dan aktiviti sepanjang event berlangsung. Dan kali ni juga Sis bawa cucu, anak Sis,Yana dan juga kawan Yana,Ira sebagai menceriakan hari-hari kami di Legoland.
Ira tu dah macam anak Sis juga, tapi kepala sama TinTing macam Sis juga hahahaha. tu sebab boleh masuk geng masuk air, Yana pun sama juga, datang ngekk dia, kalahkan anak dia yang kecik.. tak memasal bawa mereka berdua ni, Nenek tukang jaga bag dan cucu di bawah, yang mereka pi round naik semua roller coaster hahahaha..
Nampak tu bukti Nenek jaga cucu menunggu Yana dan Ira naik roller coaster hahaha.. ini kali betul puas pergi Legoland sebab dapat bermain semua, kalau tak takat Sis dan geng JDT Blogger Sis tu, mampu jalan-jalan pusing-pusing aja laa, banyak OOTD hahhaha..
Tapi meriah juga kalau join Geng Jdt Blogger Sis, Hernee dan Juju tu ada anak kecil, so memang happening laa bawa anak-anak mereka sebab memasing semua nak main permainan yang ada, yang Mak-Mak ni sama tumpang sekaki hahahaha.. adeiiii ..
Dah lerr masa tu panas gilerr, merentung memasing.. nasib baik tempat makan berhawa dingin, so kitaorang relax dan chill-chill jerr makan lelama dalam tu, janji kerja Sis dah siap. Tu pun tak jumpa Hernee dan Juju, mesti diaorang sibuk layan anak-anak bermain.
So kalau korang takde plan apa-apa cuti Tahun Baru Cina ni, bolehlah datang ke Legoland ni sempena Lunar New Year With Lego NinjaGO ..
P/S : Moga ada rezeki cucu boleh msuk taman tema air pulak, inshalllah .. thanks Legoland ❤
Tunggu la sikit hari lagi, Khalish nak main semua tu tau, nek.
ReplyDeleteHahaha itu yang tak sabarnya Kakk...
DeleteLama dah tak pergi Legoland ni sis.....
ReplyDeleteSekarang dah macam-macam dah Ezna ...
Delete