BUFET BERBUKA PUASA 2024 - CITARASA TRADISI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS. Tiap tahun memang Sis nantikan jemputan makan malam media preview bufet berbuka puasa di sini, cuma tahun lepas, Sis tak dapat hadir sebab berada di luar kawasan, so memang mengharap dapatlah jemputan tahun ini, dan alhamdulilah rezeki, walau jauh tempatnya, tapi sebab suka makanan dan suasana di sini, Sis tetap nak pergi.
Siapa aja yang tak terasa nak menjejakkan kaki di Anantara Desaru Coast Resosrt & Villas ni? Tempatnya sangat cantik ala vibes Bali. Harga jangan sebut, bergantung kepada bilik dan villa yang korang booking. Sis terhibur baca komen pengunjung di TikTok Sis mengatakan dia terkejut tengok harga dekat puluh ribu untuk penginapan di sini dua hari satu malam hahaha.. tapi Sis tak pelik, sebab tempatnya memang privacy dan sangat cantik..
So siapa yang datang menginap di sini dan makan bufet berbuka puasa mereka, memang sangat puashati dan berbaloilah dengan harga yang di bayar.
Bertemakan Citarasa Tradisi, kali ini Anantara Desaru Coast Resort & Villas mengetengahkan masakan menu tradisi Melayu pelbagai citarasa dengan aneka pilihan. Lebih dari 150 menu terhidang dengan hidangan selera kampung dan antarabangsa dengan suasana tempat dan harga yang di tawarkan, memang berbaloi bila datang berbuka puasa di sini.
Rasanya ini kali entah ke berapa Sis datang makan di Turmeric Restaurant mereka ni, dan rasa masakan mereka tetap tidak pernah berubah, kalau ada pun sikit aja la masin tawarnya, tapi tetap lazat dan enak di makan. Yang pernah datang makan pasti tau laa kesedapannya.
Harga tidaklah semahal mana, tapi korang akan dapat vibes yang sangat cantik, makan santai-santai dan kalau nak privacy space pun ada. Makan di dalam berhawa dingin boleh, nak makan di luar hirup udara segar angin-angin sepoi bahasa mengadap pool pun boleh, ikutlah keselesaan korang.
Antara menu yang menjadi pilihan Sis petang itu adalah ; Udang Tiga Rasa, Bubur Lambuk, Ketam Masak Lemak Cili Api, Rendang Ayam & Daging, Tom Yum Gong, Ayam Masak Merah, aneka daging kambing & lembu panggang, Satay, Laksa Johor, Seafood On Ice dan banyak lagi! ..
Bukan calang-calang yaa, korang jangan terkejut kalau nampak siap bawa periuk belanga dan kuali kawah lagi ke restaurat, ko hader, dah rupa macam rewang majlis lahwin pun yaa, sangat meriah. Masakannya pun panas-panas mendidih, itu yang buat masakannya sedap ketika makan.
Juga ada pelbagai susunan kuih-muih melayu dan juga biskut raya pun. Yang Sis suka station Goreng-gorengan seperti; Cempedak Goreng, Keledek Goreng, Cekodok Ikan Bilis dan banyak lagi!. Pstt jangan lupa makan dia punya Puding Coconut, sedap betul!!..
Bufet Berbuka puasa 2024
Citarasa Tradisi Anantara Desaru Coast Resort & Villas
Bermula 13th Mar - 9 Apr 2024
Dari jam 6.30pm - 10pm
Harga baucar :
- RM178nett - Dewasa
- RM89nett - Kanak² (5-11 tahun)
Early Bird Promotion :
Pembelian awal 6 January - 10 March 2024 :
- 20% diskaun untuk pembelian awal
- 20% diskaun untuk pembelian lebih dari 20 orang
- 20% diskaun menggunakan CIMB kad untuk pembelian lebih dari 12 orang.
*Surau di sediakan berdekatan restoran
Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +607 828 0888 / +6018 220 0705
📩 fbgsm@anantara.com
🌎 www.anantara.com
Anantara Desaru Coast Resort & Villas
Turmeric Restaurant
Persiaran Pantai, Desaru Coast,
81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta´zim
Lebih banyak gambar menu : facebook page akusislin
IG posting : IG akusislin
TikTok posting : TT akusislin
(Video TikTok sebelumnya blur, lebih jelas, klik SINI)
Selamat menjamu selera ❤
P/S : Moga ada rezeki dapat menginap di sini satu hari nanti, inshaallah ...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.