BUFET BERBUKA PUASA 2024 - CITARASA NOSTALGIA AMARI JOHOR BAHRU HOTEL. Amacam korang? Dah ada pilihan tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga, teman dan yang tersayang?. Atau masih lagi mencari tempat yang menepati selera dan citarasa? Haaa harini Sis kongsikan satu lagi tempat bufet berbuka puasa, di mana? di Amari Johor Bahru Hotel.
Bertemapat di ruang makan Amaya Food Gallery di area lobby, bertemakan Citarasa Nostalgia, Sis pasti korang yang suka akan masakan beraneka rasa dari masakan Melayu, Indian, Chinese dan juga masakan barat, di sinilah tempatnya.
Lebih dari 150 hidangan bermacam pilihan dan citarasa dapat korang nikmati. Segala ceruk tempat ada makanan, memang pusing 7 kali pun blur juga nak makan apa, mana taknya berjenis dan aneka pilihan hidangan yang di sajikan, antaranya ; Johorean Biryani Gam, Ayam Percik Kelantan, Trengganu Gulai Kawah, Kambing Gearbox Masak Merah Singapore, Johorean Soup, Mee Rebus, Laksa Johor, Salted Egg Seafood, Shawarma dan banyak lagi!!!.
Bukan itu aja, baik di ruang makan dalam, mahupun di ruang luar outdoor juga ada di sediakan pelbagai pilihan. Di outdoor sana mereka menghidangkan Kampung Golek, Otak-Otak, Pepes, Ikan Bakar, Seafood Bakar, Station Thai, Station Nasi Ulam, Goreng-Gorengan dan juga Shawarma. Nasi Ulam dia sedap, paduuuu, korang kena try yaaa.. Sis memang tuju Nasi Ulam dulu.
Juga hidangan pencuci mulutnya tersusun dengan pelbagai pilihan, korang kena cuba Serawa Durian & juga Pulut Mangga mereka, sedap betul, segar makan bila berbuka puasa nanti. Tak lupa minuman sejuk dan panas, Sis bedal Air Tebu bercawan² aduiii fresh uii!.
Dan ini kali pertama juga sepanjang Sis pergi bufet berbuka puasa media-preview, Sis terjumpa Yong Taufu dengan beraneka macam perencah dan bahan. Fresh-fresh semua, makan rebus hirup pepanas, nikmat betul. Ada sos tersedia juga. Tak lupa menu kegemaran Sis, Laksa Johor, tahun ni dah banyak dah Sis jumpa Laksa Johor hehehe..
Sepanjang korang berbuka di sini, akan ada persembahan live band dari The Ten Papers Band, memang tiap tahun mereka di sini. Lagi satu Sis nak pesan supaya korang tak terkilan, jangan lupa juga menikmati Bubur Lambuk mereka yaa.. terasa benar kesedapannya, air tangan Chef Hairi setiap tahun memang tak menghampakan.. alhamdulilah..
So apalagi korang, jangan lupa buat tempahan awal supaya ada tempat. Dan kalau rasa tak boleh nak drive balik nanti, boleh stay di hotelnya aja, ada promosi harga staycation sepanjang ramadan.
Buffet Ramadan 2024
Citarasa Nostalgia Amari Hotel Johor Bahru ..
Bermula 13th Mar - 9 Apr 2024
Dari jam 6.30pm - 9.30pm
Harga baucar :
- RM168nett Dewasa
- RM148nett Warga Emas
- RM98nett Kanak² (6-12 tahun)
Early Bird Promotion :
Pembelian baucar dari 14 Feb - 12 March 2024
- Diskaun 20% untuk pembelian 2 atau lebih baucar
- Diskaun 25% untuk pembelian 30 atau lebih baucar
- Diakaun 30% untuk pembelian 70 atau lebih baucer.
Pembelian baucar secara berkumpulan 13 March - 9 April 2024
- Diskaun 15% untuk pembelian 2 atau lebih baucar
- Diskaun 20% untuk pembelian 30 atau lebih baucar
- Diskaun 25% untuk pembelian 70 atau lebih baucar
* Live band dari The Ten Papers setiap hari
* CABUTAN BERTUAH pakej Umrah dengan setiap pembelian baucer RM1k dalam satu resit. Juga berpeluang memenangi penginapan di Amari Hotel.
* Surau sedia ada di tingkat 2 & tingkat 9 sepanjang ramadan.
Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +6016 776 8547
📝 amaya.johorbahru@amari.com
🌎 https://www.amari.com
Amari Hotel Johor Bahru
Amaya Food Gallery (area lobby)
82C Jalan Trus Bandar Johor Bahru
80000 Johor Bahru Johor
Lebih 80 gambar menu : facebook page akusislin
IG posting : IG akusislin
TikTok posting : TT akusislin
Selamat menjamu selera ❤
P/S : Harini ada satu lagi media preview ramadan bufet, then Sis cuti seminggu hehehehe..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.