BUFET BERBUKA PUASA 2024 - DESTINASI SELERA TROVE JOHOR BAHRU HOTEL. Agak lama juga Sis tak datang media-preview di Trove Johor Bahru Hotel ni, hampir dua tahun juga, so tahun ini bila dapat undangan dari pihak Trove, Sis amik kesempatan dan luangkan masa untuk hadir di majlis Media Preview Ramadan buffet mereka, alhamdulilah ..
Masih terbayang-bayang Sup Gearbox mereka yang sedap dan aneka masakan dari dapur Lada & Clove ni. Bertemakan Destinasi Selera, bagi korang ada pernah rasa nak makan semua makanan negeri dalam Malaysia (kecuali Sabah Sarawak) tapi tak berkesempatan? Yaa jomlah berbuka puasa di sini, hampir lebih 100 menu terhidang untuk korang nikmati dari hampir semua negeri dalam Malaysia.
Agak teruja juga yaaa Sis sebab boleh di katakan semua menu utama masakan dari setiap negeri ada di sajikan, kecuali negeri Sabah & Sarawak. Satu tema yang mengundang selera bagi sesiapa yang mengidam nak makan masakan negeri memasing.
Antara menu yang Sis makan dan Sis jeling-jeling (tak mampu makan semua) adalah ; Pulut Mangga Perlis, Ayam Percik Kelantan, Satar Trengganu, Nasi Ambang Selangor, Rendang Tok Perak, Kerabu Mangga Kedah, Daging Salai Negeri Sembilan, Asam Pedas Melaka, Penang Nasi Kandar, Udang Galah Bercili Petai Pahang, Laksa Johor dan banyak lagi!!!.
Betul, dah macam pusing satu Malaysia bila makan di sini. Selain itu ada juga menu-menu lain seperti; Roti Canai, Murtabak, Shushi, Kuih-Muih Melayu dan juga masakan barat. Korang jangan lupa mencuba kesemuanya!. Pstt Sup Tulang Merah dia power!!.
Dari masakan belanga, kuali panas. bakar &grill dan juga periuk sup, semua terhidang dalam satu tema. Korang makanlah tanpa had dari waktu berbuka sampai laa ke moreh. Kalau nak sahur, kenalah stay sini yaaa hehehehe..
Cuma satu nak pesan, jika korang makan di sini, jangan lupa explore juga di kawasan kolam renang sana, sebab di situ di sediakan masakan BBQ & Grill masakan negeri Trengganu dan Kelantan seperti celup-celup tepung tu. Kang goreng dalam restoran, bahang pulak kannnn.. so jangan lupa terjah.
So dah rasa nak booking tempat? Cepat yaa sebelum harga early bird mereka tutup. Murah sangat dah tu kalau beli pembelian awal. Bawa yang tersayang dan nikmati pelbagai juadah masakan negeri dalam Malaysia. Tapi ada juga masakan menu-menu pilihan lain selain menu masakan setiap negeri.
Banyak gambar kalau nak letak semua, ye laa semua negeri dalam Malaysia, so korang pergi je laa tengok dalam facebook page akusislin yaa..
Buffet Ramadan 2024
Destinasi Selera Trove Johor Bahru Hotel ..
Bermula 15th Mar - 7 Apr 2024
Dari jam 6.30pm - 9.30pm
Harga baucar :
- RM160nett Dewasa
- RM108nett Warga Emas
- RM108nett Kanak-Kanak (5-12 tahun)
Early Bird Promotion :
Pembelian baucer dari 1 - 29 Feb 2024
- RM98nett Dewasa
- RM68nett Warga Emas
- RM68nett Kanak-Kanak (5-12 tahun)
* Live band setiap hujung minggu
* Surau di sediakan tingkat 7
Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +6012 881 8413/+6012 881 8403/+6011 1060 4790 or +6017 881 8413 (untuk tempahan berkumpulan).
📝 fnbcoor.trovejb@careluxuryhotels.com or sales.trovejb@careluxuryhotels.com
🌎 www.careluxuryhotels.com/trove-johorbahru
Trove Johor Bahru Hotel
Lada & Clove level 8
Jqlan Dato Abdullah Tahir
80300 Johor Bahru Johor
Lebih dari 80 gambar menu : facebook page akusislin
IG poasting : IG akusislin
TikTok posting : TT posting
Selamat menjamu selera ❤
P/S : Selalu datang makan Nasi Lemak Simple depan Trove ni, sedap betul ...
Assalamualaikum. apa khabar? BW
ردحذفWaalaikumussalam Shai.. kabar baik...
حذفearly bird dia murah banyak oiii
ردحذفKann Yann.. rugi laaa siapa tak beli awal...
حذفsedapnya makanan kat Trove
ردحذفKann Hernee.. alhamdulilah ..
حذف