BUFET BERBUKA PUASA 2024 - JOM MAKAN DI KAMPUNGKU THE WESTIN DESARU COAST. Kalau sebut aja Desaru Coast, mesti ramai teruja, sebab di sana kebanyakkannya semua hotel dan resort ala 'kayangan' gitu. Sampaikan kalau ada yang tahu Sis nak ke sana, mesti mereka sebut 'woww have-have ni' hahahaha..
Tidok lerr weiii, bagi siapa yang pernah atau datang ke Desaru Coast, ada beberapa pilihan tempat yang boleh korang datang stay dan makan dengan harga yang berpatutan, dan salah satunya adalah The Westin Desaru Coast. Hotelnya betul berdepan dengan Hard Rock Hotel.
Dan apa yang membuatkan Sis tiap tahun menerima undangan media-preview ramadannya, sebab menu-menu mereka sangat sedap, berbaloi drive jejauh datang sini makan. Dan harganya pun sangat berbaloilah dengan apa yang terhidang. Jom lihat apa yang di sajikan pada bufet berbuka puasa tahun ini.
Bertemakan Jom Makan Di Kampungku, The Westin Desaru Coast menyajikan lebih dari 150 menu selera kampung dan juga antarabangsa, dari pelbagai pilihan dan citarasa. Ada pelbagai hidangan dari masakan melayu dan antarabangsa tersedia, begitu juga dari pelbagai citarasa negara.
Antara menu highlight mereka yang ada ; Sup Gearbox, Daging Masak Hitam Tok Wan, Ikan Asam Pedas, Nyonya Style Braised Chicken, Ayam Pongteh, Kambing Golek, Wagyu Rendang Tok, Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Gulai Ikan Kerapu juga Tiram Bakar Masak Lemak dan banyak lagi!.
Terujanya Sis bila mendengar ada Rendang Wagyu di sini, daging mahal di buat rendang yaa, so korang kena cuba, memang sedap, makan cecah dengan lemang dan ketupat, memang ngam betullah terbit suasana raya tetiberr kannnn hahahaha..
Terpaling bestnya ada Oyster Bakar Masak Lemak, amazing yaaa.. tiram boleh bakar masak lemak, hingga 4 ketul Sis belasah, nasib baik perut boleh terima tanpa ada apa-apa masaalah. Mana tak, belum apa-apa masuk makanan, terus makan Oyster hehehe..
Untuk tahun ini, hidangan menu berbuka puasa mereka sangat meluas, terhidang di bahagian dalam restoran dan juga di luar restoran di tepi pool. Yang di luar tu jenis masakan BBQ, so tidaklah berasap bahang panas di dalam kan, tapi sangat tenang laa kalau makan di luar tu, angin sepoi-sepoi malam gituhh time berbuka..
Selain dari hidangan main course, ada juga Seafood On Ice mereka, aneka bubur dan juga berjenis Kerabu tersusun. Menu Daging Harimau Menangis ala Thai mereka sangat sedap dan juicy, Sis makan banyak betil yaa.. Begitu juga hidangan Mee mereka. Masa Sis datang tu Mee Rebus, maybe korang datang nanti ada Laksa Johor, sebab menu mereka rotate setiap hari masa ramadan.
Juga pencuci mulut kuih-muih melayu seperti; Ang Ku Kueh, Seri Muka, Onde-onde, Bubur Pulut Hitam, Bubur Som-Son, Kek Durian, Puding Sago, Getuk Ubi, Creme Brulee, Kek Durian dan banyak lagi! Juga Ice Kacang & Frozen Yogurt Ice-Cream juga ada.
So apalagi jemputlah korang ke sini. Ini adalah pilihan tempat berbuka puasa no shatuuuu Sis dalam carta hahahaha...
Buffet Berbuka Puasa 2024
Jom Makan Di Kampungku The Westin Desaru Coast
Bermula 12th Mar - 9 Apr 2024
Dari jam 6.30pm - 10pm
Harga baucar :
- RM178nett - Dewasa
- RM84nett - Kanak-kanak (5-11 tahun)
Early Bird Promotion :
Pembelian awal sehingga 9 March 2024 :
- RM128nett - Dewasa
- RM64nett - Kanak-kanak (5-11 tahun)
* Untuk ahli Marriott Bonvoy diskaun 15% dengan setiap pembelian baucar bermula 12 March - 12 April 2024.
*Surau di sediakan berdekatan restoran
Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +6019 755 0561 | +6 07 838 3333
📩 fb.westindesaru@westin.com
🌎 www.westin.com
The Westin Desaru Coast
Jalan Pantai 3, Desaru Coast
81930 Bandar Penawar
Johor Darul Takzim
Lebih banyak gambar menu : facebook page akusislin
IG posting : IG akusislin
Tiktok posting : TT akusislin
Selamat menjamu selera ❤
P/S : Harini nak masak Laksa Johor hehehehe ...
belum pernah ke westin.. boleh la nanti cuba cuba ajak suami ke sana...
ردحذفHigh rekomen Yan, memang sedap-sedap menunya, banyak pilihan dan tersangatlah meriah ..
حذفSedapnya la semua hidangan tu ha...
ردحذفAlhamdulilah sedap SA, nanti ke JB bolehlah mencuba...
حذف