BUFET BERBUKA PUASA 2024 - MERENTASI TRADISI SAJIAN DULU DAN KINI DOUBLETREE JOHOR BAHRU. Korang yang rindukan masakan kampung umpama masakan Mak-Mak kita, datanglah berbuka puasa di sini. Pelbagai jenis masakan dan hidangan dari sajian dulu dan kini ada tersedia.
Bertemakan Merentasi Tradisi Sajian Dulu Dan Kini, lebih dari 150 hidangan tersedia. Dari masakan melayu pelbagai negeri hingga ke masakan antarabangsa juga ada di hidangkan. Hidangan kuali kawah, bbq & grill, goreng-gorengan dan aneka masakan sup dan rebus turut sama di sediakan.
Cuma untuk kali ini, media preview ramadan di Doubletree by Hilton Johor Bahru ini, kami di bawa ke tingkat 11 ballroom untuk menikmati hidangan bufet berbuka puasa bersuasana banquet. Yaa seperti tahun-tahun sudah, di sini ada dua suasana tempat bufet di sedaikan, samada bufet berbuka di Makan Kitchen atau bufet Banquet di tingkat 11.
Harganya sama cuma suasana aja yang berbeza. Menu juga ada bezanya sedikit, tapi menu-menunya bertukar-tukar setiap hari, sama dengan bufet-bufet berbuka puasa di hotel lain juga.
Antara menu yang memikat hati pengunjung adalah ; Asam Pedas Tetel Laksamana dengan Terung Telunjuk, Gulai Ayam Berkentang Tok Wan, Gulai Kampung Ikan Masin dengan Pisang Muda, Ayam Goreng Belacan Pulau Mutiara, Sup Tulang Rusuk Sapi Malatop, Kepala Ikan Jenahak Masak Asam Pedas Seri Mersing dan banyak lagi!. (Panjang betul nama masakannya yer).
Dari masakan Arang Bakar Majapahit, ke Gulai Kawah Nusantara, terus ke Belanga Panas, korang boleh pilih dan nikmatinya tanpa had. Korang kena cuba Sup Claypot mereka, sangat sedap di tekak Sis, boleh pilih isi sup yang mana korang suka, then mereka panaskan dan korang akan nikmatinya panas-panas. Tambah sambal kicap, sedapnya ...
Special dan bezanya, jika korang berbuka puasa pakej Banquet korang akan nikmati buffet Durian Kampung Segar makan selagi boleh makan. (Hanya pakej Banquet sahaja). Masa ni laah korang boleh makan sepuasnya bagi pengemar durian, yang tak suka makan durian, haa eloklah makan di bufet berbuka puasa Makan Kitchen aja..
Bukan itu aja, menu pencuci mulutnya juga bermacam-macam jenis, dari kuih-muih tradisional sampai ke kek dan pilihan pastry pun banyak. Begitu juga aneka bubur, ais kacang, buah-buahan dan juga minuman panas dan sejuk.
Pertama kali makan suasana banquet ni, kalau korang datang dalam keluarga yang ramai/besar, atau datang berbuka dengan kengkawan reunion ke, under company ke, better memang sesuai laa makan cara banquet gini. Tempatnya agak privacy, dan paling senang, Surau sama level dengan tempat makan.
Buffet Berbuka Puasa
Merentasi Tradisi Sajian Dulu dan Kini Doubletree by Hilton Johor Bahru..
Bermula 13th Mar - 6 Apr 2024
Dari jam 6.30pm - 10pm
Banquet buffet dinner - setiap Khamis - Sabtu
Makan Kitchen buffet dinner - setiap hari
Harga baucar :
- RM228nett - Dewasa
- RM128nett - Kanak-kanak (5-11 tahun)
Early Bird Promotion :
- Dengan setiap pembelian Pakej keluarga untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak , PERCUMA tiket dewasa dengan pembelian 8 baucar.
- Early Bird Deal menyediakan tiket dewasa percuma apabila membeli 6 baucar sebelum 12 Mac 2024.
* Untuk ahli kelab Hilton promosi harga RM208nett Dewasa & RM108nett Kanak-kanak.
*Surau di sediakan tingkat 11. (Sama level dengan buffet hall Banquet).
Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +607 268 6868
📝 JohorBahru.FB@hilton.com
🌎 EatDrinkHilton.com
Doubletree by Hilton Johor Bahru
Banquet Hall level 11
12, Jalan Ngee Heng
80000 Johor Bahru, Johor
Malaysia
Lebih 80 gambar menu : facebook pages akusislin
IG posting : IG akusislin
TikTok posting : TT akusislin
Selamat menjamu selera ❤
P/S : Puas betul makan durian masa ni, macam lama betul tak makan durian.. alhamdulilah ..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.