BUFET BERBUKA PUASA 2024 - THE RENTAK SELERA HARD ROCK HOTEL DESARU COAST. Tiap tahun tak pernah tak pergi berbuka puasa di sini, memang happening. Ye laa nama pun Hard Rock kan, so memang bila ada aja event pasti meriah suasananya. Dan untuk tahun ni, bufet berbuka puasa 2024 mereka bertemakan The Rentak Selera Hard Rock Hotel Desaru Coast.
Di ketuai oleh Chef Eksekutif Halim, bufet kali ini menghidangkan beberapa pilihan hidangan yang menyelerakan. Pelbagai pilihan menu pembuka selera seperti the Salad Bar, Ulam-Ulaman Desa, Asian Fruit Pickles dan banyak lagi.
Untuk kali ini mereka menyediakan Stesen makanan Jepun ; Maki Rolls, Sushi, Tamago, Unagi dan lain-lain. Memang banyak Shushi yang ada, Sis sendiri pun teruja melihatnya, fresh dan lazat. So Seafood On Ice tidak ada yee tahun ni. Jangan di cari ..
Nikmati Mandy Rice Station mereka yang istimewa, daginh lembut yang dimasak dengan perapan istimewa. Juga Kambing Golek Istimewa (Kambing Bakar Seluruh dengan perisa duo), Satay dan Otak-Otak. Juga di hidangkan Birria Tacos live in action, yang mana di masak panas-panas dan di hidangkan. Memang sedap!..
Di sini lebih dari 150 menu terhidang, lauk-pauk masakan kampung dan antarabangsa juga tersedia. Antara menu pilihan ramai antaranya ; Asam Pedas Ekor, Udang Goreng Nestum, Bubur Lambuk, Kari Kepala Ikan Merah, Ketam Masak Cili Api, aneka jenis Kerabu dan juga Roti Nan & Kacang Pool. Dan paling best, ada Sup Tulang Merah yaaaa...
Untuk pemanis mulut pula, Sis lihat banyak kuih-muih Melayu tersusun di hidangkan, dan yang bestnya, yang ramai tak tau, mereka ada menghidangkan Kuih Talam Durian, yeee durian bukan jagung ya hahaha.. Ada juga Ais Batu Campur dan juga stesen Pizza Arang Batu.
Dan satu lagi, korang jangan lupa nikmati Teh Tarik Flan mereka sebagai pembuka puasa nanti. Rasa dia ala-ala macam Teh Masala tapi yang ni masaalah sikit rasanya hahahaha .. korang cubalah sendiri ya!..
So apalagi, korang dah boleh buat tempahan sekarang untuk pembelian early bird mereka okay.. Details semua Sis letak di bawah ini..
Bufet Berbuka Puasa 2024
The Rentak Selera Hard Rock Hotel Desaru Coast ..
Bermula 14th Mar - 9 Apr 2024
Dari jam 7pm - 10pm
Harga baucar :
- RM148nett - Dewasa
- RM74nett - Kanak² (5-11 tahun)
- RM74nett - Warga Emas (55+ tahun)
*Tempahan berkumpulan, diskaun 10% pembelian ..
Early Bird Promotion :
Pembelian awal bermula dari 20 Februari hingga 10 March 2024 :
- RM128.00nett - Dewasa
- RM64nett - Kanak² & Warga Emas
*Beli 10 baucar FREE 1 baucar
Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +6012-738 8247 / +607-838 8888
📩 fnb.marketing@hrhdesaru.com
🌎 www.hardrock.com
Hard Rock Hotel Desaru Coast
Sessions Cafe Level 1
Desaru Coast, Jln Pantai 3,
81930, Johor
Lebih banyak gambar : Facebook Page akusislin
TikTok : TT akusislin
IG posting : IG akusislin
Selamat menjamu selera ❤
P/S : Harini hangin satu badan bila ada influencer copy paste penulisan kita, kerja senang je ekkkk...
Wahh menu semua super sedap ni Sis.
ردحذفKannn, semua membangkitkan selera ...
حذفRamainya menu sesedap
ردحذفRamai Wak, sampai terkeluar dari restoran hahahaha
حذفRuginya x ikut Sis Lin hari tu...next time la nampaknya..maybe tahun depan...masa terdekat ni x balik JB sebab Mak Pah sakit kan...Sis Lin...siapa la berani plagiat penulisan Sis Lin tu erk...
ردحذفTak apa, bebila datang JB bgtau tau.. nanti Ss bawa makan-makan buffet hehehehe
حذفPernah menginap sekali di Hotel ni. Best sangat....wahhhh buffet ramadan dah tiba.....
ردحذفSini memang sentiasa fullhouse Ezna, restoran dia pun makanan sedap, itu yang orang suka ke sini...
حذف