BUFET BERBUKA PUASA 2024 - SAJIAN NOSTALGIA ST GILES SOUTHKEY

Sis Lin
0
BUFET BERBUKA PUASA 2024 - SAJIAN NOSTALGIA ST GILES SOUTHKEY. Tahun kedua buffet berbuka puasa di adakan di Causeway Cafe St Giles Southkey ni. Cuma tahun lepas Sis tak dapat nak hadir sebab berada di luar kawasan. So tahun ni bila dapat media jemputan, memang Sis tak lepaskan peluang walau dah beberapa kali juga di undang, pun tak dapat nak penuhi. Ini kali kita kasi jadi hehehe.. 

Hotelnya memang senang nak tuju sebab berada dalam Mall SOGO Southkey. So kalau nak mudah, korang parking ke level parking yang boleh terus masuk lift lobby. Nanti nak balik pun senang, pintu lift ke parking di buka 24jam. Yang penting, sila amik gambar kereta korang, ada kang sesat yekkk hahahaha.. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Untuk tahun ini, lebih dari 150 menu terhidang dengan pelbagai pilihan dan citarasa. Yang pasti sajian kali ini betul-betul mengamit nostalgia 'balik kampung' yaa.. Sebab menu-menunya semua kebanyakkannya menu masakan kampung, terutama sekali bahagian makanan raya, alamakk rendang daging dia sangat sedap yaa.. 

Antara hidangan istimewa yang di sajikan yang menjadi pilihan adalah ; Arabic Spices Roasted Whole Lamb, Bubur Lambuk, homemade Burasak, Ketupat, Lemang, Rendang Daging, OM Ali, Shawarma, Seafood On Ice, makanan Jepun Shushi, Dim Sum dan banyak lagi!.. Yang bestnya, puas makan sotong bakar segar the real sotong, bukan sotong ring yaa hehehehe.. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Yang paling rare dan paling best sekali, dan tersedap antara bufet ramadan yang Sis pergi dan tak jumpa lagi, di sini ada Roti Jala cecah kuah Sardin okayyy.., sangat best gilerr, Sis memang pemakan sardin, tak kiralah apa, so bila nampak menu sardin gini memang memuji melambung arr gayanya hahahaha.. sedap weiiii.. roti jalanya pun lembut, makan panas-panas, memang upmhhhh arrr.. 

Cuma lupa pulak nak amik gambar bekas kuah sardin tu, dapat amik masa di pinggan aja, itu pun dua kali ulang menambah yaa.. hehehehe.. jarang-jarang ada menu sardin dalam hotel kan.. karipap sardin pun susah nak jumpa, ermmmm ... so bila korang datang berbuka di sini, pastikan korang cuba, cuma tak pasti pulak, menu ni di rotate ke atau sentiasa ada ekkk ..

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Juga ada station pelbagai makanan gorengan dan pemanis antaranya; Durian Mung Bean, Durian Goreng, aneka Kuih-Muih Tradisi, termasuklah aneka jenis kek-kek dan puding juga agar-agar. Tak sempat Sis nak makan Puding Sago, lesap licin sekelip mata, mesti sedap kannn.. 

Minuman panas dan sejuk juga pelbagai pilihan. Sepanjang korang berbuka di sini, korang juga akan di sajikan dengan dendangan muzik secara live oleh band anak muda (lupa pulak namanya), so takde la boring aja ko makan ngadap orang depan kannn hahahaha.. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Sajian Nostalgia St Giles Southkey

Untuk pembelian awal korang dah boleh buat tempahan. Suasana yang selesa, harga yang berpatutan dan makanannya pun enak-enak, cubalah, tak cuba mana tau, sedap tu subjektif yaa.. details Sis sertakan lengkap di bawah, sila baca dan fahamkan. 

Sajian Nostalgia St Giles .. 
Bermula 18th Mar - 8 Apr 2024 
Dari jam 6.30pm - 10pm 

Harga baucar : 
- RM188nett - Dewasa
- RM94nett - Kanak² (5-11 tahun)
- RM130nett - Warga Emas (55+ tahun)

Early Bird Promotion : 
Pembelian awal SEBELUM 1 March 2024 : 
- RM158.00nett - Dewasa

Special Deal Promotion : 
Pembelian pada 2 March hingga 8 April 2024, diskaun 15% untuk pembelian 10 baucar ke-atas dalam satu bil!. 

*Persembahan muzik 
*Surau Tingkat 7 

Untuk pembelian/tempahan :
☎️ ‭607 - 336 8888 / 6012-309 9762‬
📩 fnb.skjb@stgiles-hotels.com
🌎 https://online.anyflip.com/nqayv/piow/mobile/index.html

St Giles Southkey 
Causeway Cafe Level 6
Mid Valley Southkey, 1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 
80150 Johor Bahru, Johor

Lebih banyak gambar : facebook page akusislin 
IG Posting : IG akusislin
Tiktok video : TT akusislin


P/S : Episod Layang-Layang Perkahwinan semakin mendebarkan jantung aku.. arghhh rasa nak hempukkkkk jerr mertua dia .. 

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!