BUFET BERBUKA PUASA 2024 - SANTAPAN RASA GRAND PARAGON HOTEL, JOHOR BAHRU. Rasanya tak sampai dua bulan kan kita akan sambut ramadan, maka bermulalah episod makan-makan memperomosikan bufet ramadan di sana sini. Buat masa ni memang dah berderet juga list dalam kalender Sis, tapi itulah ada yang Sis sesiap remark untuk hadir dan tidak dapat hadir.
Bukannya memilih, tapi faktor masa, maklumlah tahun ni Sis menjaga Cucu, so masa tu agak terhad untuk Sis penuhi semua. Takut diri sendiri rasa penat dan tak terkejar nak update, so far mana yang dah Sis hadir, korang boleh lihat di facebook page akusislin, IG akusislin dan juga TikTok akusislin.
Dan untuk bufet berbuka puasa pertama ini, Sis kongsikan dengan korang bufet berbuka puasa 2024 - Santapan Rasa Ramadan Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.
Untuk tahun ni, Grand Paragon Hotel menyajikan lebih dari 150 hidangan yang terdiri daripada pelbagai hidangan panas (live station) hingga ke hidangan masakan melayu ke barat dan juga hidangan kuih-muih, pencuci mulut juga seafood.
Korang boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan tanpa had sepanjang berbuka puasa di sini. Menu-menunya yang akan di tukar setiap hari pasti akan memberi kepuasan dan membangkitkan selera korang tiap kali makan di sini. Sis sendiri pun teruja bila nampak nama-nama menunya sangat istimewa dan terlalu banyak pilihan.
Hidangan istimewa mereka pada tahun ini, mereka menyajikan ntaranya ; Kambing Panggang Kuzi bersama Nasi Kabsha & Telur Rebus Safron, Siakap Goreng bersama Sos Kerabu Mangga, Thai Laksa, Asam Pedas Ekor, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Ikan Bakar Maroo bersama Herba, Ketam Goreng Cili, Gulai Daging Kawah Umbut Kelapa, Lok Ching dan banyak lagi!..
Selain dari hidangan utama, terdapat juga kepelbagaian makanan pembuka selera seperti : Bubur Lambuk, Satay, Mee Goreng Mamak Style Penang, Sup Utara Berempah dan banyak lagi pelbagai jenis Ikan Bakar, Sup Utara, aneka Kerabu dan Salad dan banyak lagi. Juga ada Ulam-Ulaman dan aneka Sambal untuk mereka yang suka pedas.
Tak lupa juga pilihan minuman yang menghilangkan dahaga sebagai pembuka selera berbuka puasa, antaranya ; Air Tebu, Air Jagung Royale, Air Bandung, Air Milo, Air Katira dan banyak lagi.. Juga Ais Batu Campur (ABC) dan Lai Chee Kang.
Dan korang jangan lupa juga untuk menikmati pemanis mulut mereka yang pelbagai piliha. Sis paling suka Kaswi Gedik, Creme Brule, Puding Sago dan paling mesti cuba, Durian Goreng mereka. Cucur Udangnya pun sedap, makan dengan Sos Thai, memang sedap.
Kesimpulannya, kalau korang mencari tempat makan best di Johor, korang datang berbuka puasa di sini, memang puashati dan banyak pilihan dengan harga yang di tawarkan. Tempatnya pun selesa dan juga pengunjung akan di hiburkan dengan persembahan Angklung pada setiap malam. Begitu juga Surau, ada di sediakan di tingkat-3 sepanjang ramadan.
Now korang boleh buat tempahan sekarang untuk dapatkan harga pembelian awal (early bird). Detail tempahan dan harga, Sis sertakan di bawah ini .. rajin-rajinlah membaca ya ..
Bufet Ramadan 2024
Santapan Rasa Paragon Grand Paragon Hotel
Bermula 13th Mar - 8 Apr 2024
Dari jam 7pm - 10pm
Harga baucer :
RM155nett - Dewasa
RM75nett - Kanak-kanak (5-11 tahun)
RM110nett - Warga Emas (55+ tahun)
Early Bird Promotion :
Pembelian awal sebelum 29 Februari 2024 : RM128.00nett/Dewasa
Tawaran Harga Eksklusif :
Minggu Pertama Ramadan (13 Mar - 17 Mar 2024) : RM110.00nett/Dewasa
*Terhad kepada 50 orang sahaja .
Untuk pembelian/tempahan :
☎️ 0167337463 | 6072685255
📩 info@grandparagonhotel.con.my
🌎 www.grandparagonhotel.com.my
Grand Paragon Hotel Johor Bahru
Cafe Para Para Level G .
No. 18 Jalan Harimau, Taman Century,
80250 Johor Bahru, Johor .
Lebih BANYAK GAMBAR : facebook page akusislin
IG Posting : IG akusislin
TikTok : TT akusislin
Selamat menjamu selera ❤
P/S : Moga Allah beri kesihatan yang baik untuk kita sampai ke bulan ramadan, inshaallah aamiinn..
bestnyaaa..kita xde lagi jemputan
ReplyDeleteInshaallah nanti ada laa tu menjemputnya ..
Deleteberbaloi kalau beli voucher early bird tu kan .
ReplyDeleteYerr memang di tunggu-tunggu semua hehehehe
Delete