HUKUM BERPUASA SELEPAS 15 SYAABAN

Sis Lin
0
HUKUM BERPUASA SELEPAS 15 SYAABAN. Hukum berpuasa pada bulan Syaaban adalah SUNAT, sepertimana sabda Nabi SAW dalam sebuah hadis iaitu daripada Saidatina Aisyah r.a., beliau berkata:

مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَامًا فِي شَعْبَانَ

Maksudnya: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan. Aku tidak pernah melihat Baginda SAW dalam sebulan lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban.”(Muttafaqun ‘alaih, hadis sahih)

Walau bagaimanapun, ulama' berbeza pendapat akan hukum berpuasa setelah nisfu Syaaban (15 Syaaban sehingga akhir). Ada yang berpendapat kepada HARAM dan ada juga yang berpendapat kepada DIBOLEHKAN. 

Hukum Berpuasa Selepas 15 Syaaban

PENDAPAT PERTAMA: HARAM BERPUASA SELEPAS NISFU SYAABAN.

Pendapat paling kuat dalam MAZHAB SYAFIE berpendapat bahawa HARAM berpuasa selepas nisfu Syaaban. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلَا تَصُومُوا

Maksudnya: “Apabila sudah pertengahan Sya’ban maka janganlah kalian berpuasa.” (HR Tirmidzi, hadis sahih)

Walaubagaimanapun, pengharaman puasa ini boleh berubah kepada tidak haram jika ada perkara-perkara tersebut:

1) PUASA QADHA

Puasa Qadha adalah puasa ganti, sebagai contoh seseorang punya hutang puasa kerana dia dalam keadaan berhutang dengan Allah yang wajib dilangsaikan tetapi belum sempat mengganti sampai nisfu Sya’ban, maka pada waktu itu berpuasa setelah nisfu Sya’ban untuk qadha hukumnya TIDAK HARAM.

2) PUASA NAZAR

Menurut kitab Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie pula, nazar ditakrifkan sebagai ;

“Mewajibkan ke atas diri sendiri suatu ibadah yang mendekatkan diri dengan Allah (contoh: Puasa) yang tidak diwajibkan oleh syara’ (ke atas dirinya), sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara.”

Menyempurnakan tuntutan nazar adalah WAJIB berdasarkan firman Allah SWT :

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ
Maksudnya : Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka. (Surah al-Haj: 29)

Menurut Dr. Muhammad Zuhaili,

“Apabila seseorang itu BERNAZAR PUASA sepertimana yang diucapkan contohnya “Demi Allah aku akan berpuasa” atau “aku akan berpuasa pada hari berikut dan berikut” maka WAJIB DIA MENUNAIKAN PUASANYA SEPERTI YANG DINAZARKAN.”

3) PUASA KAFFARAH

Puasa Kaffarah bermaksud denda yang dikenakan kepada individu akibat i’lah atau sebab. Menurut kitab Fiqhul Islami wa Adillatuha karya Prof Wahbah Zuhaili, kaffarah bermaksud mengganti, menutup, membayar dan memperbaiki. HUKUM PUASA KAFFARAH ADALAH WAJIB.

Antara sebab seseorang itu dikenakan kaffarah adalah:

- Berhubungan badan di siang hari bulan Ramadan. Salah satu kaffarah adalah berpuasa selama 60 hari berturut-turut.

- Membunuh seorang muslim tanpa sengaja. Salah satu kaffarahnya adalah berpuasa selama 60 hari berturut-turut.

Puasa kaffarah harus dilakukan apabila suami suami melakukan zihar (menyamakan isteru dengan wanita mahram). Suami haram hukumnya berhubungan intim dengan istri yang di-zhihar. Jika sampai melakukan hubungan intim, maka ia harus membayar kaffarah, salah satunya berpuasa selama 60 hari berturut-turut.

- Melanggar sumpah. Seseorang yang melanggar sumpah wajib membayar kaffarah salah satunya adalah berpuasa selama 3 hari.

- Membunuh binatang buruan saat ihram. Salah satu kaffarah adalah berpuasa sejumlah hari yang seimbang dengan banyaknya makanan yang seharusnya ia keluarkan.

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau menceritakan bahawasanya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ رَجُلًا أَفْطَرَ فِي رَمَضَانَ أَنْ يُعْتِقَ رَقَبَةً أَوْ يَصُومَ شَهْرَيْنِ أَوْ يُطْعِمَ سِتِّينَ مِسْكِينًا

Maksudnya: "Seorang lelaki berbuka pada bulan Ramadan, maka Rasulullah SAW menyuruhnya membayar kaffarah dengan memerdekakan seorang hamba wanita atau berpuasa selama dua bulan terus menerus atau memberi makan kepada 60 orang miskin" (HR Muslim, hadis sahih)

4) PUASA SUNNAH YANG SUDAH MENJADI KEBIASAAN & BERTERUSAN SEBELUM NISFU SYAABAN.

Puasa sunnah yang dimaksudkan adalah seperti puasa isnin khamis dan puasa nabi daud yang sudah dijadikan kebiasaan atau amalan sebelum masuknya nisfu Syaaban.

Daripada Abu Hurairah r.a.:

لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

Maksudnya: “Janganlah kalian berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan kecuali seseorang yang punya kebiasaan puasa sunat, maka boleh lah ia berpuasa.”  (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih) 

Hukum Berpuasa Selepas 15 Syaaban

PENDAPAT KEDUA : TIDAK HARAM BERPUASA SELEPAS NISFU SYAABAN

Mazhab Imam Abu Hanifah (Hanafi), Imam Ahmad (Hanbali), Imam Malik (Maliki) berpendapat bahawa berpuasa setelah nisfu Syaaban adalah tidak haram dan sebahagian daripada ulama’ Syafiiyah berpendapat ia hanya makruh sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hukum berpuasa selepas 15 Syaaban dalam mazhab Syafie, boleh tekan link dibawah 👇🏻
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1117-irsyad-al-hadith-siri-ke-73-hukum-puasa-selepas-separuh-bulan-sya-ban

KESIMPULAN

1) Hukum berpuasa pada 15 Syaaban (bermula 1-15 Syaaban) adalah SUNAT dengan sepakat ulama’ mazhab.

2) Mazhab Syafie berpendapat bahawa HARAM bagi seseorang untuk berpusa setelah nisfu Syaaban kecuali bagi golongan tertentu dan sebahagian daripada mereka hanya menghukumkan MAKRUH sahaja.

3) Jumhur Ulama' berpendapat bahawa DIBOLEHKAN bagi seseorang yang ingin berpuasa selepas Nisfu Syaaban

Kredit : Ustazah Asma Haron 
Moga bermanfaat .


P/S : Eloknya memang kita berehat bagi persediaan menyambut ramadan, inshaallah .. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!