JATUH CINTA DENGAN SARONG BATIK NOOR ARFA. Rasanya korang pun mesti senonim kan dengan nama Noor Arfa Batik ni. Sejak dulu rasanya nama Noor Arfa Batik ni dah ada dalam industri batik. Tapi dulu lebih popular dengan kain suteranya. Sis sendiri pun dulu ada beberapa pasang batik sutera Noor Arfa yang Suami belikan, tapi semua dah beri pada orang.
Sis bukan jenis pemakai kurung batik, kena pulak jenis sutera bila dah basuh nak mengosok dan penjagaannya pun bikin pening kepala laa, nak dry cleaning bagai, last-last stress tiap kali nak pakai, tergantung sepi dalam lemari. Bila sampai masa buat pengagihan, sedekah ajer pada adik-adik.
Then lama tak dengar nama Noor Arfa batik ni, sampailah kawan Sis update dalam facebook dan status wahtsappnya, Sis berkenan betul tengok pakaging dan design-designnya. Terus tanya kawan Sis tu dan kebetulan tengah mencari hadiah untuk beri pada kawan, rezeki kengkawan, Sis borong batik Noor Arfa ni sebagai hadiah buat kengkawan.
Mula tengok aja designnya, uiii bikin teruja dan gerammm, semua cantik dan semua lawa. Rasanya ada lebih dari sepuluh design yang kawan Sis bawa masa tu. Sampai naik rambang mata Sis nak membelinya. Pakkal belum gaji, kalau takk, memang ku borong habis hahahaha..
Pilih punya pilih, kalau boleh semua Sis nak amik, last-last Sis beli 6 pasang. Semuanya beli untuk Sis beri pada kengkawan. Tunggu gaji nanti, Sis nak beli pulak untuk adik-adik dan untuk diri sendiri. Sangat cantikkk weii design dia.
Kainnya jenis batik cotton velvet, so tidak keras atau kejung dan tidak terlalu tebal. Lembut aja kainnya, Sis dah rasa dan siap pegang lagi kainnya. Pakagingnya pulak kalini sangat elokk yaa, dalam zip lock dan tertera nama Noor Arfa di plastiknya.
Dan setiap bungkusan hanya untuk dua meter sepasang aja, so kalau korang nak buat baju kurung, korang kenalah beli dua pek, baru dapat empat meter. Faham tak? .. Ye laa dia jual dua meter sebab rata-rata orang pakai untuk buat kain sahaja, then boleh di pakai dengan baju plain atau di jadikan pario.
Tapi serius arr semua cantikk.. Sis jatuh cinta dengan batik Noor Arfa ni pulakk. Harga dua meter untuk satu bungkusan tu hanya RM37 sahaja. Beli 3 dapat RM100 kawan Sis beri. Sis beli 6 haritu RM200, alhamdulilah bantu kawan meniaga, jangan nak minta diskaun sangat.. dia pun cari rezeki kann..
Kalau korang nak jadikan hadiah kepada kawan, dia ada siapkan sekali dengan kotak macam gambar di atas tu. Memang sangat cantikkk.. Dah mula berkenan ke? Kalau korang berkenan nak dapatkan batik Noor Arfa ni, korang boleh contact kawan Sis ni : Kak Abby +60 16 745 3991
P/S : Sana sini dah lalu baju raya kann.. tema warna apa korang tahun ni? ..
Noor Arfa batik ni memang dah lama di pasaran dan memang suka sangat kainnya.
ردحذفKann Azirah, cuma lama takde orang promotnya, ini kawan jual, barulah tau...
حذفbetul...batik noor arfa memang cantik2..MA pun ada dpt hadiah hari tu
ردحذفSangat, banyak design batik dia semua lawa-lawa ...
حذفlawanyaa.... siap ada kotak lagi...
ردحذفYaaa Yan, nak hadiahkan sesiapa senang dah tersedia dalam kotak (add-on)
حذف