KEMPEN 'JOM BELI PRODUK HIJAU' KERJASAMA MGTC & SHOPEE MENYAKSIKAN RAKYAT MALAYSIA MEMBELI-BELAH SECARA MAMPAN

Sis Lin
0
KEMPEN 'JOM BELI PRODUK HIJAU' KERJASAMA MGTC & SHOPEE MENYAKSIKAN RAKYAT MALAYSIA MEMBELI-BELAH SECARA MAMPAN. Daripada Kertas ke Cat: Kepelbagaian Produk Hijau Pacu Kepenggunaan Mementingkan Alam Sekitar. Kempen Jom Beli Produk Hijau, sebuah kempen kolaborasi antara Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Shopee, telah berjaya mempromosikan habit membeli-belah mampan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Dilangsungkan selama empat bulan dari September hingga Disember 2023, kempen ini bertujuan untuk menggalakkan kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar dan mempromosikan kelestarian dalam pasaran Malaysia. 

Kempen "Jom Beli Produk Hijau" Kerjasama MGTC & Shopee Menyaksikan Rakyat Malaysia Membeli-Belah Secara Mampan

Kempen ini mencapai kadar penggunaan baucar 100% berjumlah RM60,000 terhadap produk yang ditandakan dengan MyHIJAU, satu pengiktirafan dari Kerajaan untuk produk dan perkhidmatan yang telah mendapat pensijilan hijau serta mematuhi standard alam sekitar tempatan atau antarabangsa.

Pencapaian ini menunjukkan komitmen kukuh pengguna dalam menyokong produk mampan tempatan dan perubahan habit pembelian ke arah yang lebih mesra alam. 

Sejumlah 1,195 penjual tempatan menyertai kempen ini dan lebih 3,600 produk hijau disenaraikan. Produk kertas merupakan kategori produk hijau paling cemerlang yang menyumbang 73% kepada jumlah jualan. Produk cat pula menyumbang 17% jumlah jualan, sementara 9% adalah daripada produk pencuci. Selebihnya, disumbangkan oleh produk pembungkusan biojisim dan produk kategori dapur. Ini menunjukkan kepelbagaian pilihan barangan mampan yang tersedia buat pengguna.

Kempen "Jom Beli Produk Hijau" Kerjasama MGTC & Shopee Menyaksikan Rakyat Malaysia Membeli-Belah Secara Mampan

Jenama tempatan seperti PaperOne, Readycare, dan Bina Paint merupakan penjual terbaik, di mana komitmen mereka terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kualiti produk mampan memenuhi keinginan pengguna, pada masa yang sama membantu kejayaan kempen Jom Beli Produk Hijau. 

Trend ini selaras dengan hasil tinjauan “Shop Green with Shopee" pada tahun 2022, yang mendedahkan bahawa pengguna Malaysia kian mencari barangan mampan. Tinjauan ini menunjukkan kenaikan tiga kali ganda terhadap kecenderungan memilih produk yang mempromosikan penggunaan lebih pintar berbanding tahun-tahun lalu. 

Tambahan lagi, pencarian kata kunci dalam platfrom Shopee seperti 'pre-loved,' 'pre-owned,' 'warehouse clearance,' 'demo unit,' dan 'thrift,' menunjukkan menunjukkan minat yang makin berkembang terhadap pembelian mampan dalam kalangan pengguna.

Kempen "Jom Beli Produk Hijau" Kerjasama MGTC & Shopee Menyaksikan Rakyat Malaysia Membeli-Belah Secara Mampan

Kempen "Jom Beli Produk Hijau" Kerjasama MGTC & Shopee Menyaksikan Rakyat Malaysia Membeli-Belah Secara Mampan

Shopee, platfrom e-dagang terunggul di Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan pembeli dengan produk mampan tempatan. Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, 'Kami berbangga menjadi sebahagian dari kempen Jom Beli Produk Hijau yang bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar tetapi juga menyokong perniagaan tempatan yang komited tentang kelestarian. Kempen ini menunjukkan komitmen berpanjangan kami dalam memacu perubahan positif dalam pasaran.” 

Kempen ini menunjukkan usaha seluruh pihak berkepentingan dalam mempromosikan kelestarian di Malaysia. Shopee kekal berdedikasi dalam memupuk kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar dan menyokong perniagaan mampan tempatan. 

Upacara Penutup Kempen Jom Beli Produk Hijau telah dlangsungkan pada 22 Februari 2024 di HQ MGTC dan dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad.


P/S : Craving coffee Rumah Kopi pulak memalam ni aduiii ... 

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!