KEMULIAAN MALAM NISFU SYA'BAN

Sis Lin
4
KEMULIAAN MALAM NISFU SYA'BAN. Bulan Sya’ban adalah merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. 

Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban.slam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada Malam Nisfu Syaaban.

Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.

15 Syaaban = 25 Februari. 
Malam Nisfu Syaaban 2024M/1445H = 24 Februari 2024, Hari Sabtu Malam Ahad 

Kemuliaan Malam Nisfu Sya'ban

Amalan malam Nisfu Syaaban. 

Melakukan puasa sunat, solat sunat dan qiyamullail. Memohon keampunan daripada Allah SWT dengan cara beristighfar, berselawat dan berzikir. Saling maaf memaafkan antara satu sama lain. Membaca al-Quran dan bersedekah

Bulan Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikannya. Justeru, diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w banyak melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain. Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa pada bulan tertentu selain Ramadan sepanjang tahun lebih banyak daripada puasanya dalam bulan Syaaban dan baginda bersabda: Lakukanlah amalan-amalan sunat yang kamu mampu kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan jemu sehingga kamu merasa jemu. Baginda juga bersabda: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit”. (H.R Muslim) (Sahih Muslim Bi Syarhi al-Nawawi: Jld 4 ms 218).

 

Kemuliaan Malam Nisfu Sya'ban

Bulan Syaaban juga mempunyai satu masa yang penting iaitu malam Nisfu Syaaban. Namun adalah diharapkan supaya tidak ada orang yang menganggapkan bahawa malam Nisfu Syaaban sebagai malam penentuan nasib seseorang pada tahun berikutnya sehingga terdapat sebahagian daripada masyarakat sanggup meninggalkan pekerjaan pada malam tersebut untuk menghadiri malam Nisfu Syaaban kerana bimbang terlepas habuannya. Kepercayaan seperti ini adalah dibimbangi akan menjejaskan akidahnya sebagai seorang muslim.

Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa pada malam tersebut adalah digalakkan kepada umat Islam untuk memperbanyakkan ibadat seperti memperbanyakkan bacaan al-Quran, zikir, berdoa dan Qiamullail sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis. (Yasalunaka fi ad-Din wa al-Hayat: Jld 4 ms 347). 

Terdapat hadis yang sahih jelas menunjukkan kelebihan malam Nisfu Syaaban ini iaitu: Daripada Abu Musa al-Asya’ri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t menilik (hamba-hambaNya) pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampunkan seluruh hamba-hambaNya melainkan orang melakukan syirik dan orang munafik.” (H.R Ibnu Majah).

Kemuliaan Malam Nisfu Sya'ban

Semestinya pengampunan Allah s.w.t tersebut berasaskan amalan-amalan soleh yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Galakan serta amalan-amalan tersebut seperti yang dinyatakan dalam hadis berikut:

“Apabila datang malam Nisfu Syaaban maka hendaklah kamu bangun mendirikan  solat-solat sunat pada malamnya dan melaksanakan puasa sunat pada siang harinya. Kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut bermula dari terbenam matahari”. (H.R Ibnu Majah) (Kanzul Ulum al-Jami’ lilahkami al-Syari’yyah fi al-Fiqhi al-Syafie: ms 215).

 

Oleh itu, disarankan kepada umat Islam supaya hadir ke majlis menghayati Nisfu Syaaban beramai-ramai dan jadikanlah majlis ini sebagai titik permulaan untuk mereka menjinakkan diri dengan rumah Allah (Masjid) selain daripada mendapatkan kelebihan-kelebihan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t pada malam tersebut. Malahan sebagai seorang Islam adalah tidak wajar mereka hanya memilih malam-malam tertentu untuk beribadat.

Hari malam Nisfu Syaaban adalah bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)


P/S : Ramadan kian menghampiri.. Ya Allah Engkau sihatkan aku untuk temui Ramadan ... 
Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!