LEPAK MINUM DI YARD & CO CAFE

Sis Lin
8
LEPAK MINUM DI YARD & CO CAFE sementara menunggu Suami selesai kerja. Lepas aja makan Nippon Shushi tu, Sia terus ke Pengerang untuk berjumpa Suami. Tapi Suami kata lambat sikit sebab kerja habis petang. 

So apalagi, Sis amik peluang untuk lepak minum di Yard & Co Sg Rengit sana. Ini kali pertama Sis datang sini minum walau berkali-kali plan dengan Suami tak menjadi-jadi, last-last Sis seorang aja ke sini. 

Lepak Minum Di Yard & Co Cafe

Lepak Minum Di Yard & Co Cafe

Sebab dah makan tadi, perut masih rasa kenyang, so Sis hanya order Rose Latte ice dan Creme Brulee sahaja sebagai minum petang sambil santai-santai melihat suasana Cafe.

Cantik Cafenya walau terletak di hujung laut situ. Sebelum ni Sis sekeluarga selalu makan seafood di Jade Garden tu, so memang tau laa letaknya Yard & Co Cafe ni. 

Lepak Minum Di Yard & Co Cafe

Lepak Minum Di Yard & Co Cafe

Time Sis datang ni tengah Hari Raya Cina, so memang ramai cina laa datang makan sini dan ada Melayu pun memasing hanya duduk di luar dan berOOTD sahaja hahaha. Yaa tempatnya cantik dan bersebelahan laut, tiupan angin dan desiran ombak buat jiwa tenang aja. 

Sis pilih duduk di dalam sebab Sis hanya seorang dan duduk meja yang couple aja. Kalau korang datang ramai, korang duduklah meja 4/6 seater. Di bahagian dalam cafe memang banyak seat, luas dan lapang cafe dia. 

Lepak Minum Di Yard & Co Cafe

Lepak Minum Di Yard & Co Cafe

Kalau pelanggan ramai di dalam, siap ada tempat menunggu di luar. Nasib baik masa Sis sampai, masih ada kekosongan. Staffnya pun ramah mesra pelanggan dan 80% semua staff Melayu. 

Sia tak sempat nak membelek buku menu atau amik gambar bahagian dalam cafe tu, sebab orang ramai beratur nak order makanan. Korang datang kena order makanan di kaunter dulu, then terus bayar dan bagitau seat kat mana, nanti makanan korang, mereka hantar .. 

Lepak Minum Di Yard & Co Cafe

So far apa yang Sis tengok, menu dessert dia menang banyak juga. Mata jeling-jeling juga kat meja sebelah dan ternampak orang makan Mochi. Woww nampak sedap, tapi Sis dah order Creme Brulee. 

Tak salah pilihan Sis, memang sedap gilerrr yaa Creme Brulee dia. Harga agak mahal tapi rasa dia sangat puashati! Sedap betul!! 10/5 bintang Sis bagi hahahahaha .. korang kena try. Lepas ni Sis nak try Mochi or menu lunch dia plakk.. 

YARD & CO
Lot4785, Lorong Siakap 1, 
Sungai Rengit, 81620 Pengerang Johor

Buka setiap hari
Isnin - Jumaat 12pm - 10pm
Sabtu Ahad 11am - 10pm 


P/S : Badan rasa letih tak cukup rehat, minggu ni nak rest betul-betul! Alhamdulilah .. 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Masa akak datang, masa tu tengah viral kot Kak, sekarang ramai tapi masih ada ruang..

      حذف
  2. next nak ajak suami pi area sana la , nampak best aje...

    ردحذف
    الردود
    1. Best SA, santai dan relax aja tempatnya, cuma jauh...

      حذف
  3. Cantiknya cafe. Dessert creme brulee tu memang nampak sedap sangat

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat sedap Mulan.. nanti nak try Mochi dia pulakk

      حذف
  4. sedap uii.. tak ramai orang time ko pegi ek sis, seronok...

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa paling ramai pun kat luar jerr OOTD Eda,, jomm nanti kita lepakkk

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!