MAKAN DI NIPPON SHUSHI SEORANG DIRI. Ada yang kesah ke kalau tengok orang makan seorang diri? Atau korang tak boleh makan seorang diri? Bagi Sis memang tak kisah, kalau dah lapar, tak payah cari kawan, makan sengsorang pun boleh.
Tapi memang ada jenis orang tak boleh makan seorang diri, mereka rasa janggal atau dia rasa ada orang sedang memerhati. Tu namanya diri sendiri insecure. Kalau Sis ‘ada aku kesah’..
Baru ni Sis makan Nippon Shushi seorang diri di Taman Bukit Dahlia. Kebetulan singgah Klinik iSihat beli ubat Suami. Perut lapar, nak tunggu petang jumpa Suami di Pengerang, Sis takut Suami lambat, so better Sis makan dulu.
Sis suka makan di Nippon Shushi ni berbanding makan di SK tu. Sebab makin lama rasa bosan pulak dengan menumya, beza di Nippon Shushi ni, banyak pilihan.
Sis kalau ke sini, memang makan menu berbeza-beza, masa tu Sis order set bento ribeye beef aja dan makan shushi piring sepinggan, cuma menu Sotong Garage tu mesti order dan makan, walau makan seorang hahahaa, boleh habis okayyy..
Sotong dia memang besar, puas makan. Fresh dan crispy tak liat. Satu set besar tu tak silap rm24.90 rasanya, lupa laa .. tapi memang Sis suka! Lantak laa kalau orang pandang Sis makan sotong besar tu seorang habis, aku bayar, bukan kau! Hahaha.
Yang pelik dan gelihatinya, masa Sis pergi makan seorang diri tu, ada 3 meja pun sama perempuan makan seorang diri. Depan Sis, tepi Sis, dan hujung kanan sana.. sampai sendiri fikir, ‘harini hari makan seorang diri ke?’ Hahahahaha ..
P/S : Rindu kat Suami 😞 ..
haha..kita dulu zaman kerja pun selalu makan sendiri. buat tak tahu je. asalkan hati happy dapat makan kan..hehe
ردحذفDulu Sis tak konliden gak makan sengsorang, perasan ada yang memerhati, now lebih suka pulak makan sengsorang ...
حذفEh laa, hari makan sorang2 diri lah tu kan, sedap nya lama tak ke kedai Jepun.
ردحذفItulah boleh pulak satu kedai tu ramai perempuan makan seorang hahaha
حذفhealing aka me time. saya introvert, mmg takkan makan seorang diri di luar. kena tapau makan di rumah. jika nak makan di kedai harus ada yg temankan atau makan sama2.
ردحذفOoo kena ada teman laa yaa Cha.. Sis dulu camtu gak, sekarang ni okayy pulak,. faktor umur barangkali ..
حذفSyok makan sendiri, layan diri..Suka hati nak makan slow slow ke..Laju laju ke..arrange sendiri masa 😍
ردحذفYerr selalu nampak ko makan sengsorang Non ..
حذف