MAKAN NASI LEMAK MALAM JUMAAT

Sis Lin
0
MAKAN NASI LEMAK MALAM JUMAAT bersama Suami hujung minggu lepas. Sambungan cerita sebelum ni selepas Suami tinggalkan Sis di ZUS Sungai Rengit tu, selepas seharian ke sana ke sini, makan malam kami agak awal, Suami ajak makan Nasi Lemak Malam Jumaat di Kota Tinggi. 

Ini pertama kali Sis pergi dan singgah makan di sini. Asyiklah lalu lalang di TikTok dan IG tapi tak rasa nak pergi terjah. Last-last Suami juga yang ajak malan selepas dia tengok di TikTok.

Tak padan kan Laki aku, kemain semua makanan viral dia ajak test hahahahaha .. 

Makan Nasi Lemak Malam Jumaat

Makan Nasi Lemak Malam Jumaat

Kami sampai memang awal, kedainya buka jam 6pm, masa tu baru jam 5.50pm, sikit lagi jam 6pm, tapi tetap tak boleh beratur dan order ya, kena tunggu sapa sampai dulu baru giliran kita. 

Masa tu ada la 2/3 orang kat meja dah duduk, mungkin mereka awal lagi dari Sis, so Sis kena ikut turn. Kalau korang ke sini ikut aja waze ‘Nasi Lemak Malam Jumaat’. Nanti kalau korang dah sampai, cari parking belakang kedai, dan park belakang. 

Makan Nasi Lemak Malam Jumaat

Di sebabkan Suami yang beratur dan order, Suami suruh Sis duduk aja di meja menunggu. So Sis tak tau apa-apa menu yang terjual, yang Sis tau memang viral Sotong Bakar Sambal tu laa, dan tak tau kisah ayam sekor ni hahahahaha ..

Apa Suami order pun Sis tak tau. Sambil menunggu tu, nampak laa staff NLMJ ni hantar menu-menu ke meja, dan Sis terpandang ayam sekor tu, dalam hati kata, ‘Mak aii besarnya ayam’ .. sekali korang tau.. Suami pun order hahahahah .. 

Makan Nasi Lemak Malam Jumaat

Kata Suami, ayam tu dah termasuk dalam set, set kami amik ayam tu set Bahagia siap nasi dan ayam sekor rupanya RM40. Suami tak tau pulak ayam beso tu, patut katanya masa bayar dia terkejut semua sekali RM90 termasuk sotong hahahaha..

Sotong pulak harga dia ikut timbangan. Sis punya tu RM30. Masa order mereka akan timbang dulu, nanti mereka bagitau harga, kalau setuju dan comfirm, baru mereka bakar, kalau rasa mahal, jangan amik, mudah kann?.. datang family ramai, amik je set ayam sekor tu, puashati! 

Makan Nasi Lemak Malam Jumaat

Benda dah depan mata kan, dah bayar pun, so kita makan aja, walau rasa serba salahnya makan berdua sampai sekor ayam tu hahahaha .. rupanya ada jerr set ayam potong, tapi Suami tak tau, dan staff dia pun tak suggest, ermmm .. 

Last-last Sis amik paha, Suami amik pun amik paha, bahagian lain kami tapau bawa balik. Sotong bakar dia sedap! Sambalnya sedap, cuma kalau sotongnya masak lebih garing sikit sedap, tapi takut liat pulak kann.. 

Minuman pula korang order kat dalam kedai. Boleh makan dalam kedai atau makan di tepi belakang kedai macam Sis tu. Masa tu berangin, so best arr makan luar .. korang pergilah cuba.. 

Nasi Lemak Malam Jumaat
Lorong Belakang Jalan Jaafar
81900 Kota Tinggi Johor

Buka dari jam 6pm - 12am
Di buka setiap hari 


P/S : Lepas ni tempat makan mana pulak Suami nak bawa ya .. 

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!