MALAM NISFU SYAABAN

Sis Lin
0
MALAM NISFU SYAABAN. Disunatkan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa.

Malam Nisfu Sya’baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Berkata Imam asy-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan MALAM NISFU SYA’BAAN.”

Malam Nisfu Sya’baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Para tabi’in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya’baan dengan dua cara : 

- Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik. 

- Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Malam Nisfu Syaaban

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya’baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi’in itu.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya’baan yang menjelang. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Aamiin.

Moga bermanfaat. 
Kredit : Usaha Iman Amal


P/S : Moga kita semua sihat menuju ke bulan ramadan, aamiinn 
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!