MASAK KARI DAGING UNTUK MENU BERBUKA HARINI

Sis Lin
2
MASAK KARI DAGING UNTUK MENU BERBUKA HARINI. Harini Ahad, 15 Syaaban termasuk dalam 3 Hari Putih hari sunat berpuasa, dan di sebabkan Sis pun tak kemana-mana, so Sis berpuasa harini. Dapat amik puasa terakhir 15 Syaaban dan selepas ni berehat dari berpuasa bagi persediaan memasuki bulan ramadan. 

Harini pun mencabar keimanan juga, cuaca panasnya tak boleh bawa bincang yaa. Panas hangat betul!.

Masak Kari Daging Untuk Menu Berbuka Puasa Harini

Pepagi lagi Sis dah merancang menu apa nak masak untuk harini. Bukak wahtsapp ternampak seller open order daging lembut juga barang-barang mentah lain. Terus Sis order daging lembut 2 kilo. 

Sekilo kita simpan, sekilo lagi kita masak Kari Daging untuk menu berbuka puasa harini, alhamdulilah. Kebetulan anak bujang pun tak kerja harini, ada laaa geng makan tadi berbuka. 

Masuk kentang sikit sebagai penambah hiasan dalam kari dan Sis goreng Kacang Panjang tumis tomato sikit untuk menu sayur. Itu pun macam banyak, budak jantan tu mana nakk makan sayur, geramm betul!. 

Masak Kari Daging Untuk Menu Berbuka Puasa Harini

Dalam jam 5pm tu scroll-scroll whatsapp ehh seller open order pulak Ais Kacang, Ais Jagung, apalagi memang mengundang kekecuran laaa kan pepanas ni. Sis order keduanya hahahaha.. 

Anak bujang kata, dah macam buka puasa ramadan pulak Mak ni, semua bak beli kekeke, biasalah Mat, nafsu orang berpuasa ni bahaya! Duduk rumah pun boleh penuh meja yaaa.. 

Lepas tu anak bujang tanya pulak tadi, ‘Malam nanti ada menu lain pulak ke?’, ehhh budak ni, dia perli kita laaa tuuu!.. 


P/S : Esok event tema sarong, nak pakai apa ekkkk hurmmmm… 

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!